isu hangat & sembang kosong di kedai kopi?

Hmmm......sekarang ni ramai sungguh orang bersembang pasal hukum HUDUD, pasal Khairy, Husam, DAP, PKR & MCA, PAS serta UMNO. Perhatikan dikedai-kedai kopi, dipejabat mungkin di rumah juga dan jangan tak percaya ditepi jalan pun orang bercerita. Masing-masing bercakap dengan penuh emosi. Ada juga golongan anak-anak muda yang buat tak reti. Rata-rata ku lihat yang berumur 30 tahun ke atas sahaja je yang banyak membicarakan pasal HUDUD.

Kenapa ramai orang tak suka dengan HUDUD ini? Pernah tanya kenapa mereka tak suka selain daripada melabelkan ianya hukum parti bulan? Nak salahkan siapa? Jangan terperanjat jika ada ahli parti bulan sendiri yang tak suka Hudud? (Ni kebanyakannya ahli ikut-ikutan sahaja sempena FRU dulu..) Sebenarnya ramai orang tak faham secara terperinci tentang hukum HUDUD & QISAS ni. Kenapa tidak diusahakan supaya masyarakat lebih memahaminya. Jika semua orang telah faham sefaham-fahamnya, maka tidaklah lagi ada yang memekak tak tentu pasal. Kalau orang melayu islam sendiri pun tak faham hudud apatah lagi bangsa lain. HUDUD hukum Allah swt tetapi kenapa manusia lebih takut pada hukuman manusia daripada hukuman Allah? Mungkin ada yang berkata 'eh, kubur lain-lain apa..' Tapi macam mana pulak kalau ada yang berani menjawap 'memanglah kubur lain-lain, tapi kubur ko bising, kubur orang lain tak tenang..' mesti rasa sakit hati pulak kan... sebab tu lebih baik diam jika tak faham dan berusaha untuk faham hukum tuhan. Jangan perasan diri tu bagus sebab ada orang lain yang lebih bagus dari kita untuk membicarakan hukum hakam agama. PAS patut fikir dan cari jalan macam mana nak bagi semua orang melayu islam faham tentang Hudud. Dalam masa yang sama kena cari cara untuk terangkan pada yang bukan islam juga. Untuk permulaan macam mana kalau hukum Hudud tu tertakluk pada orang islam sahaja dan bangsa lain guna pakai undang-undang sedia ada. Tunjukkan tentang kelebihan hudud pada mereka. Hmmm....apa pun mesti ada pro & kontranya.


Selain daripada sembang pasal hudud, sembang pasal calon Kuala T'ganu pun hebat juga. Kalah kempen piliharaya kat TV. Masa ni semua orang boleh jadi calon pemidator terbaik kedai kopi. Kalau dah tak suka calon tu macam-macam dikata. Diri sendiri belum tentu baik pekerti. Entahlah......

1 Januari 2009 berkuatkuasa untuk pemakaian talipinggang keledar penumpang belakang. Huh! ni pun jadi isu juga. Ada yang setuju ada yang tidak. Ada yang berkata menyusahkan. Ada yang kata bagus untuk keselamatan. Tapi anak-anak kecil payah nak berbaring nanti. Benda baru belum disetkan lagi dalam pemikiran jadi payah le bagi kebanyakan orang. Satu lagi pasal nak kuatkuasakan hanya 3 orang sahaja dibenarkan sebagai penumpang belakang. Jika pasagan suami isteri ada 4 orang anak dan mempunyai hanya 1 kereta, bila time nak balik kampong masa raya atau ke destinasi lain, tidak kah akan mengusarkan hati mereka. Tak kan nak suruh sorang lagi anak naik bas. Kena pulak kampong halaman jauh dan anak yang sulung belum pun mencecah usia sekolah menengah, bukankah agak bahaya bagi sianak? Nak suruh beli kereta lain? Tak kan nak balik kampong sampai 2 kereta? Peningkatan kos tu..... Bukan semua orang mampu beli MPV walaupun nanti akan ada MPV keluaran negara sendiri. Fikir-fikirkan. Kalau kat kedai kopi mereka bersembang tak puas hati kutuk kerajaan yang buta hati dan tak mengerti.


Ada juga sorang dua yang sembang pasal kenduri si Mawi. Mereka kata membazir je buat majlis berhari-hari. Hai!......nasiblah kau mawi, dalam orang memuji ada juga yang mengeji. Nak kata apa, mungkin ada yang iri hati mungkin juga gembira sebab ada projek diberi. Itukan lumrah duniawi. Duduk lama dikedai kopi boleh tersenyum sendiri.......


Sempena Awal Muharam tak berapa hari lagi, aku mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM" kepada mereka yang membaca entry kali ini.
Semoga hidup anda sentiasa ceria, aman sentosa dibawah rahmat Illahi. Semoga Allah swt tetapkan iman kita semua dan kehidupan kita dibumi ini diberkati oleh Nya. Amin.

????

Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka....

"Easy to judge the errors of others
Difficult to recognize our own errors"


"Easy to hurt those whom we love
Difficult to heal those wounds"


"Easy to say we love.....
Difficult to demonstrate it every day!"


Marah itu Api.....Dendam itu Bara


Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan sekuel novel 'Bagaikan Puteri' = "Hijab Sang Pencinta" karya Ramlee Awang Murshid. Novel yang bersambung dari novel kedua 'Cinta Sang Ratu'. Bezanya kali ini watak Laksamana Sunan pula yang melalui proses "back to the future" he..he.. tak rugi baca novel ni.


Apa yang boleh aku katakan penulis novel berjaya mencipta watak Saifuddin (Laksamana Sunan) yang merupakan seorang yang elok budi pekerti dan tinggi ilmu agama serta persilatannya. Dan itu juga yang membuatkan Haryani benar-benar jatuh cinta pada Laksamana Sunan dan membiarkan perasaan jodoh pilihan - Dani.


Jika novel "Ayat-Ayat Cinta" boleh dikategorikan sebagai Novel Islami, rasanya tak salah kalau Novel Sekuel ini juga dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Ramlee Awang Murshid mencipta watak Saifuddin seorang yang benar-benar faham dan beramal dengan ilmu Islam itu serta berusaha menentang segala kejahatan yang ditunggang oleh Iblis.



Aku kira bukan semua orang boleh menulis novel Islami seperti ni. Sesungguhnya penulis novel tersebut mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Biarpun mungkin ada orang akan berkata cerita ini seperti tidak logik namun jika diteliti ada unsur dakwah dalam ceritanya dan terselit jua motivasi untuk diri.

Tahniah kepada penulis novel atas kejayaan beliau menulis novel sebegini.
{Nota untuk Finie : Kau & Asnan setuju tak dengan pendapat aku?}

Keluh Kesah Tun Baiduri

Tun Angsana membelai rambut Tun Baiduri yang ketika itu dihembus bayu petang yang mendamaikan lalu berkatalah Tun Angsana kepada isterinya yang tercinta setelah beliau mendapati isteri yang dikasihi telah hilang senyum serinya.
Tun Angsana : "Wahai Adinda permata jiwa, mengapakah adinda sehari dua ini Kanda lihat bermuram durja? Khabar duka apakah yang telah hadir menganggu dinda?"
Tun Baiduri : "Kanda Angsana, maafkan dinda jika perlakuan dinda mengundahkan hati kekanda. Bukan derita jiwa yang bertapa cuma adinda terbawa rasa dengan kejadian diluar sana."
Tun Angsana : "Gerangan apa yang berlaku hingga dinda demikian rupa?"
Tun Baiduri : "Dinda berasa nestapa kerana kediaman warisnya memanda menteri dimusnah alam kanda. Keponakkan memanda itu umpama hilang jiwa, ratap dan tangis sahaja." Tun Lebah itu kini mengamuk marahkan pihak istana dan mengata-ngata kerabat semua".
Tun Angsana : "Hilang akalkah Tun Lebah itu? Angkara Alam nak disalahkan istana? Bukannya Raja ada kuasa menentang Alam".
Tun Baiduri : "Entahlah Kanda, Panglima Laksamana serta hulubalang semua telah memerah keringat membantu sedaya upaya. Namun masih diumpat nista".
Tun Angsana : "Umpama tidak bersyukur sahaja lagaknya si Tun Lebah. Nyawa masih melekat dibadan, masih berupaya untuk sujud pada yang Esa. Emm... Apa pula kata pihak Istana? Tidakkah akan mengundang murka paduka Raja?"
Tun Baiduri : "Khabar yang dibawah Tuan Puteri kepada hamba, para pembesar bersetuju untuk mencari cerdik pandai tukang agar dapat dibina kediaman baru Tun Lebah. Hingga kini belumlah lagi diketahui tapak mana yang mahu dipasak."
Tun Angsana : "Khabarkan lah pada Tun Lebah dan juga hamba sahaya jua, andai meletak tiang seri untuk berlindung cuaca alam, janganlah digangu pasak bumi yang ada. Takut-takut kejadian sama menimpa."
Tun Baiduri : "Memang benar kata Kanda, namun apalah daya kita, hanya boleh bersuara sahaja. Kata putus ditangan mereka. Andai ditimpa musibbah, bermunajatlah kepadaNya. Moga-moga hati tak leka. Allah swt tetap menjaga kita".
Tun Angsana : "Duhai Dinda, usahlah lagi berasa pilu. Satu hari nanti pasti amuk Tun Lebah berlalu. Lambat laun sejuklah amarahnya itu. Semoga memanda menteri dapat memujuk, melentur akan Tun Lebah."

Cuti sekolah, Aku pun jadi Lelah...

Semalam selepas pulang dari kerja aku pening kepala bila melihat ramainya kengkawan anak-anakku didalam rumah. Dari luar rumah lagi dah dengar suara hilai tawa mereka. Adoi!lah...
rasa macam nak demam jadinya. Masuk je dalam rumah tengok rumah bersepah. Macam tongkang pecah. Sakit hati betul.... sebagai hukuman, aku suruh anak-anak ku mengemas semula segala permainan dan basuh segala pinggan mangkuk dan cawan yang bersepah kat singki. Aku suruh Alya menyapu. Dalam pada menyapu tu sempat lagi dia bagitau yang konon-kononya dia tak bersalah tapi si Kak Yong yang ajak kengkawan main dalam rumah. Aku cakap tak kiralah sapa yang ajak tapi bila dah bermain sama tu kira ambil bahagian le juga kan....

Aku pun naik angin juga dengan Ammar anak jantan sorang ni. Dah tahu jahitan bersunat tu pun belum putus lagi dah tak sabar-sabar nak bermain. Hari Jumaat lepas dahlah berdarah balik akibat bermain bola, tak jugak serik-serik. Bila diberitahu yang kita ni takut dia bentan, mulalah nak menjawap " Mama ni semua nya tak boleh". Lepas tu mengada-ngada nak merajuk kunun. Iskh! pening betul lah..

Pagi tadi sebelum pergi kerja dah 'berbakul' rasanya pesanan penaja untuk anak-anak. Sebentar tadi telefon juga dengan beberapa pesanan yang sama. Tambahan pula petang nanti ada jiran Opah mereka yang ingin bertandang. Harap-harap anak-anak tak buat perangai lagi dan rumahku tidak lagi tunggang langgang......

p/s : sekadar meluahkan perasaan

Remaja...

Ketika riang dipadang remajamu
ada mata yang memerhati
setiap langkah kaki

Kadangkala mereka tak peduli
andai kau berlumpur dipadang itu
mereka juga tak peduli
andai kau jatuh ketika berlari
Ada juga hanya bersorak memperli
tanpa memberi sebarang motivasi

Ada juga sang mata yang punya hati
berdoa berhari-hari
agar hidup remaja mu lebih bererti
tanpa kau sendiri sedari dan peduli

Padamu remaja hanya sekali
'ikut suka aku punya hati'


Nota Kaki : Besar sungguh cabaran mendidik anak-anak zaman remaja kini....

Harga sebuah Perkhidmatan.....

Antara perkhidmatan Dan Jasa, dua perkara yang berbeza walaupun seakan sama bunyinya ("service"). Biasanya bila disebut 'Jasa' orang akan terkenang akan budi/khidmat bakti/bantuan seseorang yang dihulur. Tetapi hari ini bila disebut perkhidmatan, ianya tidak lagi percuma. Perkhidmatan dalam apa jua bentuk sekarang ini kebanyakannya harus dibayar oleh kita sebagai penguna khidmat tersebut.

Yang menjadi masalahnya, perkhidmatan yang kita kehendaki kadangkala tidak setimpal dengan nilai yang dibayar. Selalunya kita akan merungut tentang mutu perkhidmatan yang rendah dan jarang sesekali memuji andai gembira dengan kualiti khidmat yang diberi.

Aku lebih sukakan cara hidup dikampung. Pertolongan/perkhidmatan yang dihulur oleh warga desa selalunya tidak perlu dibayar. Semuanya dibuat atas dasar keikhlasan. Paling tidak pun akan dibuat secara gotong royong dan kerjasama.

Dibandar, serba-serbi kena bayar terutama kalau yang tinggal di apartment. Perkara pertama yang menjadi kudis ialah "Service Charge" (Caj perkhidmatan/penyelengaraan). Kita perlukan penyelengaraan yang berkualiti maksimum daripada pemaju tetapi ada juga antara kita yang terlepas pandang untuk membayar 'service charge' ini. Jadi bagaimana mahu mendapatkan perkhidmatan yang terbaik? Ada juga terdapat kes-kes yang sengaja tidak mahu membayar service charge dengan alasan yang berbagai-bagai. Maka akhirnya tempat kediaman menjadi tempat pembuangan sampah, lift tidak berfungsi, persekitaran yang tidak selamat serta 1001 masalah yang lain.

Disebabkan terdapat banyak masalah seperti ini, pihak kerajaan telah mewartakan satu Akta yang baru khusus bagi pembeli rumah yang dikenali sebagai 'Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007' [Akta 663] Dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya 'Joint Management Body (JMB)' [Badan Pengurusan Bersama] satu badan pengurusan yang melibatkan pembeli rumah secara langsung walaupun hak milik geran secara strata/individu belum dikeluarkan. Secara peribadi aku rasa ada bagusnya setiap pembeli rumah tahu akan hak mereka. Mereka boleh membeli buku Akta ini dikedai buku yang ternama. Ataupun boleh juga surf di www.hba.org.my terdapat banyak akta didalam laman web tersebut.

Apakah nilai sebuah perkhidmatan sekarang? Apa yang aku nampak perkhidmatan telah dijadikan sebagai satu bentuk perniagaan. Daripada perkhidmatan perkahwinan sehinggalah kepada perkhidmatan masuk tandas. Dan harganya juga makin lama makin tinggi. Taraf hidup masyarakat dan pemikiran kita telah diset kepada mentaliti. Jangan salahkan generasi akan datang andai mereka tidak lagi mengamalkan dasar berbudi...yang penting MONEY!

Makanan untuk Otak?

Ramai orang sedia maklum bahawa Makan & Minum satu keperluan bagi tubuh badan kita. Tetapi berapa ramai yang sedar Otak kita juga memerlukan makanan. Aku sendiri pun baru tahu yang dimaksudkan dengan makanan untuk otak itu ialah pembacaan.
Ketika dizaman belajar dulu baca buku untuk lulus periksa je. Baca suratkhabar untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia serta Dunia. Baca Novel sebab minat. Tak pulak ku tahu membaca itu satu bentuk 'makanan'.
Lepas ni kalu terasa otak tu beku - Maknanya otak tengah lapar le kut. He.. he.. kenalah cari bahan untuk dibaca.
Kalau disuruh baca agreement? Iskh!......cam boring le pulak....

sekadar luahan rasa...

Minggu ini aku penat sangat bila terpaksa menguruskan anak-anak sendiri kerana suami ke Cameron Highland. Kebetulan tugasan menimbun yang harus diambil tindakan dengan kadar segera. Alahai....balik rumah ada tugasan 'rasmi' lain pula yang sedia menanti.

Aku jadi rindu untuk membaca blog rakan-rakan tapi tidak punya waktu senggang yang bisa bertandang. Hari ini dan besok kena attend in-house training on Seven Tools of Quality Control pulak. Iskh!....cepatnya masa berjalan...dah nak kena keluar ni. Tak sempat nak melawat laman sesawang berita ehwal semasa langsung. Dahlah 2-3 hari ini tengok berita di TV pun tak berkesempatan. Cuma dengar cerita daripada mulut kawan-kawan je....

Tajuk Sembang paling Popular?

Sembang paling popular masa musim rumah terbuka ni ialah:-

1) siapa lebih layak jd PM m'sia
2) nak pilih siapa jd ketua pemuda & wanita
3) kuih raya buat sendiri atau beli
4) Juadah raya masak sendiri atau cater
5) duit raya dapat berapa (yg ni anak-anak kecil punya sembang)

He..he..he.... sembang politik lebih hebat dari sembang bab-bab raya

Novel terbaru dalam simpanan

Entah bila masa pulak aku boleh mula membaca 2 novel yang baru ku beli ini.

1) Hijab Sang Pencinta - oleh Ramli Awang Murshid
2) Saasatul Ibaad - oleh Faisal Tehrani

Tak sabar sebenarnya nak baca novel ni. Tapi sekarang tengah banyak kerja le pulak. Balik rumah dengan kerja-kerja rumah lagi. Malam dan penat terus tidur je... Tak berkesempatan untuk membacanya. Hujung minggu bulan Syawal ni dah ada jemputan beraya pula.
Tapi aku percaya kedua-dua novel ini memang best. Hijab Sang Pencinta adalah sambungan dari novel Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu. Aku minat betul dengan watak Laksamana Sunan yang dicipta oleh penulis novel ini.

Mungkin aku akan tulis pendapatku bila dah selesai membaca novel-novel ini.

Malam nanti nak tengok 'Ayat-Ayat Cinta' di TV3. Dulu masa baca novelnya sampai nangis-nangis. Tak tahulah pulak bila dah dok kat depan tv malam karang. Mungkin kena sediakan kotak tissue kot..... he..he..he...kalu aku nangis for sure kena gelak dengan anak-anak nanti. Eeeiii, kena control ayu sikit le jawapnya.

Pinggan Mangkuk yang berbahaya??




Pagi ni aku terima satu e-mail yang mengatakan jangan guna pinggan mangkuk drpd Melamine. Hmm.....korang bacalah tentangnya. Aku dah cut & paste kan kat bawah ni... Dulu-dulu ramai makcik-makcik kat kampung pakat-pakat buat rombongan pergi Langkawi beli pinggan-mangkuk ni. Murah kat sana. Hah! sekarang dah dikira bahaya le pulak... So, pinggan kat rumah tu nak buat apa? He..he..he... makan guna Daun Pisang lagi senang. Nasi pun jadi sedap & wangi. Lepas tu tak payah basuh campak terus. Senang kerja.
"Tolong sebarkan email ini jika anda sayangkan rakan-rakan dan keluarga anda!!Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan."
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang. Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi.
Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.
So, macam mana? Masih berani nak gunakan pinggan mangkuk Melamine? Bagi aku guna jelah..sampai dia dah jadi buruk baru buang. Pinggan Melamine ni bukannya tahan lama manapun. Siapa kata tak pecah? Kat rumah aku ada pinggan Melamine yang pecah. Pinggan ni pun akan cepat meresap warna kunyit. Cubalah letak masak lemak cili padi kat dalam tu....jawapnya payahlah bila nak mencuci nanti.
Lepas ni kita semua pakat-pakat beli barang arcopal, arcoroc, pyrex, corning ware dll. Camna? He...he...he.. tapi poket aku sekarang ni tak ter pyrex & ter corning nyer... kita kumpul pinggan free dah lah terutama daripada 'darlie' & sabun kain entah brand apa tak ingat le pulak.

Salam Lebaran


Alya : "Mama, bulan tu ada anak ke? Anak dia baby bulan ya Ma?"
Mama : "Ko ni Ya, dah macam cerita Upin-Ipin je. Mana bulan ada anak kecik."
Alya : "Abis anak bulan tu camna?"
Mama : "Anak bulan tu macam nampak garisan cahaya kecil. Macam bulan sabit tapi kecik lagi rasanya"
Ha...ha...ha... kantoi aku. Tak tau nak terangkan macam mana pada Alya pasal rupa anak bulan ni. Hmm....minggu ni anak-anak asyik dok mengira hari nak raya. Dah tak sabar katanya. Yang paling haru sebab dorang merungut kenapa aku kena kerja lagi pada hari isnin 29hb nanti. Dorang semua dah cuti sekolah sebab tu tak sabar nak balik kampung. Aku mungkin akan pulang ke kampung pada malam tu...Tapi kampung yang mana satu dulu ni??
Kalau ikutkan giliran patutnya tahun ni balik kampung aku dulu then baru balik Ganu. Tapi entah kenapa suami pula minta agar raya kali ni balik Ganu dulu pas tu baru balik Perak. Camna yek? mula-mula tu cam tension le gak sebab tak ikut turn. Tapi sebagai isteri terpaksalah aku bermuhasabah diri ikutkan ajelah kalau betul kena balik Ganu dulu pun takpelah. Lepas tu balik Perak gak. Cuma program yang dah diatur bersama adik-adik aku tak dapatlah disertai sekali. Hu..hu..hu..sedihnya... Kalu aku balik kg sendiridulu, raya ni kami adik beradik seramai 9 orang akan berkumpul sekali. Kesian dorang aku kakak yang sulung tak join sekali dipagi raya pertama. Takpelah harap-harap dorang akan tunggu aku balik dari Ganu raya ke 2 atau ke 3 nanti.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran buat semua yang singgah diblog aku ni. Bagi yang memandu, pandulah dengan cermat agar raya kali ini lebih bererti. Sempena ketibaan Syawal ini juga aku mohon maaf jika ada nurkilan ku yang menyinggung hati anda serta selamat menikmati ketupat, rendang dan juga lemang....
Salam Aidil Fitri untuk semua.......















Memohon keampunan Mu..

Mari kita menanam kacang
Kacang ditanam ditepi bendang
Dosa lama usah dikenang
Dosa baru jangan bertandang

Indahnya Anggerik di dalam taman
Tambah berseri Kiambang di kolam
10 kedua bulan Ramadhan
memohon redha Mu serta keampunan

{siang hari ahli-ahli siasah bertekak sesama sendiri. Bila malam menjelang duduk sebaris berterawih dan beribadat dalam tenang} - Itulah indahnya Islam.....

Tun M masuk balik UMNO?

Kecoh pula sekarang berita tentang Tun Mahathir nak masuk balik dalam UMNO.
Dulu kononnya tinggalkan UMNO sebab tak percaya pada kepimpinan Pak Lah. Habis sekarang ni dah percaya balik ke? Iskh! Iskh!..... makin kelam kabut orang-orang UMNO la ni. Ada yang tak senang duduk dan tidur lena memikirkan tentang 16 Sept. Pulak tu tetiba pening lagi dengan masa depan orang Melayu. (Nak tanya sikit, Melayu yang mana tu?)

Kadang-kadang rasa macam pelik je dengan karenah orang kita. Kalau disentuh bab melayu melentingnya bukan main. Tapi bila disentuh tentang Islam, diam kelu tak terkata. Mana lebih penting? Melayu atau Islam? Jika disuruh buat pilihan apa yang nak kita pilih? Islam itu lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Jika pilih Islam, dengan sendirinya ada hak-hak yang terpelihara.

Tentang 16 Sept biarlah Allah swt sahaja yang menentukannya. Sama ada berjaya atau tidak DSAI mengambil alih kerajaan kita semua kena yakin dan redha bahawa setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah swt. Kita hanya menjadi penyebabnya sahaja. Apa yang aku harapkan kini biarlah Islam diMalaysia lebih kental dan dihormati oleh bangsa lain. Islam itu untuk semua bukan hanya untuk Melayu sahaja. Apa guna jadi Melayu kalau hanya membiarkan agama Islam dikritik. Apa guna jadi Melayu kalau perangai mengalahkan bangsa asing. Apa guna jadi Melayu kalau nilai-nilai Melayu itu sendiri tak diambil peduli.

Fikir-fikirkan........

Ada sesapa nak buat Roti?

Resepi Roti ni aku dah cuba beberapa kali. Ternyata menjadi. Anak-anak pun suka. Korang cubalah buat pulak ye.

Basic Sweet Dough
Bahan A:-
330 gm High protein flour (sesetengah kedai dia sebut tepung roti)
1 1/2 tbsp Milk powder
60 gm Gula Caster

Bahan B:-
1 biji Telur - grade A

Bahan C:- (Mixed together)
120 ml Water
10 gm Instant Yeast (biasa guna Mauripan je)

Bahan D:-
40 gm butter

Cara-caranya:-

Campurkan bahan A didalam mixer. Putarkan perlahan sehingga sebati dan masukkan bahan B dan bahan C. Putarkan dough tersebut selama 5 minit untuk menjadi lembut. Akhir sekali masukkan bahan D, putar selama 5 minit sehingga doh menjadi lembut dan elastik.

(untuk pengetahuan korang aku tak guna mixer pun, tapi uli tepung tu secara original guna tangan. Letih le juga. Tapi berbaloi. Pastikan doh tu lembut boleh diregang/ditarik. )

Letakkan doh didalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan ia selama 30-40 minit sehingga double size. Selepas itu tumbuk doh tersebut (ini dipanggil proses buang angin)

Timbang setiap doh kepada 60gm. Leperkan doh dan masukkan inti (ikut suka sama ada kacang merah atau kaya) kalau nak kosong pun ok juga. Rehatkan doh selama 5-10 minit sehingga ia mengembang sedikit.

Kalau suka sapukan telur(yang telah dipukul) diatasnya dan bakar selama 12-15 minit pada suhu 180c

Ataupun boleh juga sapu butter diatas roti setelah roti masak.

Main Sumpah-Sumpah

Dollah - "Wooi! Apa ni. Tak baiklah main sumpah-sumpah. Korang tak ingat ke cerita Gajah kena sumpah dengan Sang Kelembai? Cerita tentang Batu Gajah tu?"

Sepol - "Sumpah! Lah. Si Nuar tu 'tenet' aku semalam. Kau faham ke tak makna tenet ni? Habis sakit badan aku di tenetnya. Kalau tak caya meh aku tunjuk badan aku yang lebam ni. Kalau tak pun, kau suruh je si Nuar tu sumpah pulak."

Dollah - "Huh!. Ntah hapa-hapa..."

Ajib - "Aku caya cakap kau Pol. Aku pun nak bersumpah gak. Sumpah! Lah... Aku tak kenal pun si Alan anak Cina Tuu Yaa tu"

Dollah - "Sikit pun aku tak percaya lah Ajib. Nuar dah tunjuk kat aku gambar ko masa pergi rumah Alan!."

Ajoi - "He....he....he..., seronok pulak dengar korang main sumpah-sumpah ni. Aku pun nak join sekali boleh tak?"

Dollah - "Ko jangan sibuk!. Baik kau pergi jaga lembu-lembu kau kat padang tu. Karang kalau lembu tu hilang rugi pulak bisness bapak kau. Eh! tengok kat atas dahan pokok tu...nampak macam 'Sesumpah' je..."

Dollah - "Wooi! Jom Blah lah wooi.... Karang tak pasal-pasal kita semua kita sumpah dengan Sesumpah tu...."

KUASA?

Ketika di tampuk kuasa
janganlah alpa dan leka
kerana ruang gagal akan terbuka
musuh pula menaburkan racun berbisa

Kuasa dan Harta satu petaka
tak dijaga bawa bencana
ramainya orang ingin merasa
berbagai helah diguna dijaja
asalkan kantung penuh sentiasa
tak peduli lagi aib dan nista

Andai perasan adanya kuasa
mengorak langkah ke Singgahsana
jangan pula riak dan bangga
kerana itu pinjaman sahaja
yang lebih berkuasa hanya DIA

Ketika Duka datang menyapa...

Minggu ini banyak betul khabar duka yang ku terima. Ramai teman-teman yang menerima musibbah. Bersabarlah menerima dugaan ini.

Ida yang baru kembali bekerja setelah hampir setahun bercuti sakit itupun datang ofis masih bertongkat tiba-tiba dia jatuh semula dan menyebabkan tulang pinggulnya renggang kembali. Aduhai.... Kesian Ida. Baru je masuk ofis 2 hari dah kena berehat semula.

Zarina - Patah tanggan kerana kemalangan motor.

Junaidi - Suami si Ziana pula patah tanggan jatuh tangga semasa sedang menukar lampu offis.

Sabariah - Puteri yang dikandung hanya berusia empat bulan dijemput Illahi. Ada masalah baby ketika masih dalam kandungan. Ada air bertakung dalam kepala baby dan menyebabkan otak baby menjadi kecil serta buah pinggangnya tidak berfungsi. Semua ini ketentuan Allah swt. Aku mendoakan agar Sabariah terus tabah.

Begitulah kitaran hidup ini. Ada masa gembira. Ada masa berduka. Musibbah datang tanpa dipinta. Kebahagiaan dan keberkatan hidup dimohon sentiasa.

Harta Dunia

Apa perasaan Anda jika Anda ditanya soalan tentang harta si Mati ketika jenazah masih lagi ada dirumah? Terkejut? Marah? Sakit Hati?
Aku rasa macam nak tempeleng je pada orang yang bertanya soalan itu pada aku semalam ketika menziarahi Nenek Saudara yang meninggal dunia di Ipoh pagi semalam. Tapi bila mengenangkan yang bertanya tu agak lebih berumur daripada aku maka aku cuma diam menahan rasa dan menjawap tak tahu.
Ada harta pun salah tak ada harta pun salah. Kasihan pada Arwah bila orang mempertikaikan tentang hartanya. Beliau tidak mempunyai zuriat dan suami. Yang pasti adik-beradik arwahlah yang lebih berhak atas hartanya. Arwah pernah menjaga salah seorang daripada adik ku yang kembar sejak kecil lagi. Mungkin sebab itu persoalan ini timbul. Mungkin ada yang merasakan adiku akan mengambil alih harta Arwah. Adikku hanya mengeleng kepala. Sedih benar dia. Walaupun berpangkat nenek saudara tapi telah dianggap seperti ibu sendiri. Adikku telah berkahwin dan kini punyai 2 anak kecil.
Hai....entahlah, tak faham aku dengan perangai manusia yang hanya memandang pada harta dunia.

Peguam Zulkifli kena tahan lagi?

Eh!...macam tak percaya je. Betul ke Zulkifli Nordin kena tahanan ISA ? Tapi pihak Polis menafikan penahanan ini. Kenapa ada pihak yang cuba hubungi telefon bimbit YB Zul tak dapat berhubung dengannya? Kita andaikan telefon habis bateri kut....

Iskh!...Iskh! haru ni. Mesti ramai yang tak puas hati kalau benar YB Zul ditahan. Mungkin ada kena mengena dengan kejadian hari Sabtu lepas kut. Pasal forum yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang tak sedar diri duduk aman kat Malaysia ni.

Pas masuk Umno atau Umno masuk Pas??

Beberapa hari ni kecoh seantara negara dengan isu Muzakarah/Mugabalah antara Pas dan juga Umno. Jika ditakdirkan dua parti ini bergabung apa kelebihannya? Aku cuma dapat senaraikan 4 perkara aje:-

1) Hukum Islam terlaksana
2) Melayu dan Institusi Rajanya terpelihara
3) Gejala Sosial dikawal selia
4) Iman makin tinggi darjatnya

Tetapi berapa ramai rakyat yang faham hala tuju Pas bertemu dengan Umno ini? Bersediakah Pak Lah, MT dan akar umbi Umno itu sendiri menerima parti baru?

**[Ramai lagi rakyat jelata yang masih angguk-angguk, geleng-geleng tak mengerti apa yang terjadi]

Penyakit zaman sekarang?

Adapun diberitakan oleh Sang Anthropology bahawasanya akan tiba satu masa datang sejenis penyakit iaitu penyakit saman-menyaman.
Adapun penyakit ini bermula dengan tersebarnya kuman Aib. Konon di permasyurkan lagi antara ubatnya penyakit saman ini adalah dengan jujur, ikhlas serta bermuhasabah diri.
Maka yang tempang pun datang bertongkat, yang buta datang meraba, yang sihat berlari ia duduk berkumpul tertanya-tanya takut dan hiba penyakit menimpa kaum keluarga.

Persoalan yang belum terjawap

Ketika ini dalam minda ku membentuk soalan-soalan berikut:-
1) Bila Menteri Penerangan tu nak letak jawatan?
2) Siapa pengadil sebenar dalam Debat malam tadi? Wartawan? Penonton? Penyokong? Atau siapa ?
3) Tengahari tadi Dato Seri Anwar telah ditahan. Bila pulak akan dibebaskan?
4) Selain tuduhan Liwat, apakah akan ada tuduhan yang lain pula?
5) Apa perasaan Tun Mahathir & Dato Najib?
6) Apakah akan ada demontrasi jalanan berhubung dengan penahanan DSAI ini?

Kita tunggu dan lihat..........

Family Day - Awana Kijal, Trengganu





Best betul bila dapat pergi "Family Retreat" 5 & 6 Julai 2008 di Awana Kijal, Trengganu.
Aku berikan 4 bintang setengah pada para Comittee yang bertungkus-lumus menjayakan trip kali ini. Ramai tu... lebih kurang seribu orang gak termasuk anak-anak. Bas dari KL je dah 6 buah bas. Tak termasuk yang berkenderaan sendiri. 'Door Gift' dapat selimut tebal lagi. Malam tu jugak si Ammar dah rasmikan. Bilik pun ok. namapun hotel 5 bintang. Cantik betul hotel ni.

Masa kitaorang sampai kul 3 ptg tu anak-anak dah sabar nak mandi laut. Si Aqillah nak terjun kat kolam renang je. Jenuh nak suruh dorang ni sabar sikit. Lepas asar baru le aku bawa anak-anak turun. Sebelum tu dorang dah berenang dalam bath tub bilik air je.... he..he...
Elok dah sampai lobi hujan pulak turun dengan lebatnya sekali dengan kilat. Swimming pool tutup sekejap. Lepak dan berlegar-legar lah kitaorang empat beranak kat sekitar hotel tu sebelum hujan reda. Lepas tu barulah dapat gi pantai. Abah mereka sakit gigi + sakit kepala pulak. Dia lepak kat bilik jelah...

Dinner kat 'Banana Plantations' Huh!. Makanannya semua sedap-sedap. Rasanya ini family day trip yang paling best yang majikan aku anjurkan. Lucky Draw - dapatlah periuk sebiji. [Asyik nak kena masak le ni..... he...he..he..]

Trip kali ni dapat complimentary naik 'Banana Boat' tapi aku tak sempat untuk merasai keseronokkan melakukan aktiviti ini. Cuma cik Abang & Aqillah je dapat naik bot. Masa tu aku sibuk nak tengok Ammar & Alya masuk telematch. Dapat gak le dorang kumpul hadiah.
Nak tengok gambar? Sorry le. Masa kat highway baru teringat tak bawa kamera. Gambar yang kat atas tu pun menempel kat kamera kawan. Adalah juga kenangan.

Politik ? Ooohhh.....Politik

Pemimpin Politik Malaysia makin haru biru
Ada gentar, ada dendam, ada juga yang terkedu
Antara Pak Lah, Dr. M, Najib & juga Anwar
Andai diperhati seolah ada tersirat tawar menawar
dalam kenyataan yang bersifat peribadi,
bukan lagi kepentingan negara dan juga parti

Aduhai, Malaysia ku.....
Politik dalaman mu makin kelabu dan berdebu....

{Hanya Allah swt jua lah yang lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat}

Notice of Demand

Dah seminggu aku duduk dalam timbunan fail. Pening bila kena baca fail ni. Ada beratus notis yang telahpun dihantar kepada para pembeli rumah yang tidak membayar maintenance charges. Dah lah kena check tarikh SPA / DOA, kena buat pulak perincian jenis-jenis tunggakan. Adoi!....dah rasa cam sakit-sakit badan dah ni.
Bila aku buat surat notis ni aku ada juga rasa kasihan pada mereka-mereka yang menerimanya nanti. Dalam notis tertulis dalam masa 14 hari mereka kena selesaikan hutang mereka pada syarikat aku. Hutang dahlah banyak sampai beribu-ribu kena pulak sekarang ni dalam suasana 'minyak naik'. Jangan pulak nanti ada yang Naik Minyak dahlah...
Aku harap para tuan punya rumah ni mengambil tindakan yang sewajarnya. Majikan aku akan menyaman mereka-mereka yang sengaja ingkar dan tidak mempedulikan notis tuntutan tersebut. Alahai...ada juga nama jiran-jiran aku dalam senarai ni. Tapi aku masih lagi memikir-mikir sama ada perlu atau tidak aku bercakap dengan mereka tentang perkara ini. Hati dan perasaaan jiran tetangga kena jaga juga. Nanti tak pasal-pasal dikatanya aku ni busy body pulak. Pada mereka mungkin segala yang bersangkutan dengan maintenance charges tak de kena mengena dengan legal dept. Hai! entahlah.....
Lepas ni ada lagi 240 notis yang perlu dihantar. Tensionnya!

Apa sebab aku tulis blog

Ada teman bertanya apa sebenarnya tujuan aku tulis blog. Walaupun soalan beliau tidak berjela, tetapi bila diajukan secara tiba-tiba dan sementelah tugasan dipejabat sedang menimbun, aku kehilangan kata-kata untuk menjawap soalan itu. Apa yang keluar daripada mulut hanyalah 'saja suka-suka'.... he..he...
Teman,
Blog ini ku anggap seperti diary maya. Aku boleh menulis dan meluahkan segala apa yang terlintas di jiwa. Berbeza dgn 'diary tradisi' yang hanya untuk tatapan sendiri, diary aku boleh di baca oleh orang lain. Aku boleh berkongsi rasa dengan mereka diluar sana walaupun tak kenal rupa. Mungkin pendirian dan pendapat aku tak sama dengan orang lain tapi tak kisahlah sekadar bertukar pendapat dan cerita, apa salahnya.
Alahai.....tension pulak bila tengah banyak kerja ni.

"Kenyataan" - memujuk rakyat?

Hangat hati betul bila dengar kenyataan Pak Lah yang mana kerajaan kononnya prihatin dengan masalah rakyat dan telah bersetuju untuk memotong "Elaun Keraian" menteri sebanyak 10%. Apa jenis kenyataan ni? Helloooo... dengan petrol yang naik hampir 40% dan juga tarif letrik yang dibenarkan naik sehingga 18%, apa nilainya dengan elaun keraian yang 10% tu??

Bayangkan kalau sebelum ini Elaun Keraian menteri sebanyak RM18,000.00 setahun. Jika dipotong 10% baru RM1,800.00 je. Masih berbaki RM16,200.00 Patutnya potong gaji menteri tu sebanyak 30% dan Elaun Keraian tu 50%.

Hai.....nampak sangat tak ikhlasnya kenyataan Pak Lah dan sikap kerajaan dalam isu ini.

Ayat-Ayat Cinta

Aku berjaya membeli Novel ini dan 'Salju Sakinah' di kedai buku Popular di Ipoh Parade pada hari Selasa 3 Jun yang lalu. Terlalu banyak komentar yang ku baca dan dengar tentang buku ini.

Membaca "Ayat-Ayat Cinta" hingga akhirnya mengalirkan airmata ku...Segala rasa berbaur dipenghujungnya.

Bertuahlah sang Ibu andai mempunyai anak soleh seperti watak Fahri itu.

MINYAK NAIK LAGI.....

Minyak naik lagi
ramai orang rasa sakit hati
pagi hari cakap pun berapi-api
dipasar, dipejabat hatta di kedai kopi
kutuk kerajaan le....apa lagi
Pak Lah & the Geng asyik kena maki...

[Hmmm...... apa kata lepas ni kita pakat-pakat gi kerja naik basikal? Ha..ha..ha..]

Seloka Cuti Sekolah

Bila Cuti Sekolah
Anak-anak suka ria
ada masa untuk bermain katanya
Mak Ayah mula pening kepala
balik kerja tengok rumah jadi tak tentu hala
dengan barang permainan dan
buku-buku yang bersepah merata

Bila Cuti Sekolah
Anak-anak sibuk bertanya
kenapa Mak Ayah tak cuti sama
nak balik kampung jumpa
atuk nenek dan sedara-mara
juga nak merasa cuti-cuti Malaysia

Bila Cuti Sekolah
kereta pulak buat semput
poket Mak Ayah dah hampir tinggal habuk
nak berjalan pun rasa longgar lutut....

Puding Cendol

Sekarang ni aku dah tahu kenapa Puding Cendol yang aku buat tak menjadi. Hmm, bahan asasnya yang salah. He...he..he... (rupanya untuk puding cendol ni tak guna agar-agar kering tapi guna agar-agar serbuk!. Patut le pun...)

Resepi yang dibawah ini diberi oleh sahabatku, Azlina yang sanggup pergi belajar teknik memasak dan dan dapatkan resepi yang betul. Aku sendiri tak berkesempatan untuk mencubanya lagi. Tapi, pagi ni bila tengok si Michele dah berjaya buat, rasa teruja le jugak.... eh! tak sabar pulak nak masak puding ni nanti bila cuti.

Resepi Puding Cendol
Bahan-Bahan :-
Bhg Bawah -
a) 175 gm atau 2/3 cawan gula halus
1 1/2 tbsp. agar-agar powder ( 1 packet)
400 ml air
1/2 tsp. garam
b) 300 ml santan pekat
c) 500 gm cendol

Bhg Kepala (atas)
d) 200 gm gula merah
50 gm gula halus (optional)
1 1/2 tbsp. Agar-agar powder (1 packet)
500 ml air
1/2 tsp. garam
e) 300 ml santan pekat

Cara-cara nak memasak pulak ye...
1. Ambil loyang size (10x10x1)
2. Masak kesemua bahan-bahan (a) sehingga mendidih. Masukkan bahan (b)
Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan cendol.
5. Kacau rata & tuang ke dalam loyang.
6. Bila bahan bawah ni dah hampir keras, masak pulak bahan (d) sehingga
mendidih. Masukkan bahan (e)
7. Tapis, kacau dan tuang ke atas bahan tadi.
8. Biarkan sejuk sehingga boleh dipotong.

Eh! kat rumah tak adalah pulak loyang saiz 10x10 tu... guna loyang biasa pun boleh kut...

Cerita pasal Hantu?

Hari ini masuk pejabat rasa macam pelik sikit sebab nampak banyak sangat lada hitam bertaburan dilantai. Begitu juga didepan pintu dan dalam tandas, di perkarangan lif dan di semua dept rupanya...Semalam, aku tak masuk office kerana tubuh badanku tidak mengizinkan aku untuk bekerja. Dan petang semalam rupanya ada majlis yang dibuat khusus untuk "menghalau hantu" yang dikatakan telah mengusik staff-staff tertentu dipejabat ini.

Sebenarnya, cerita tentang hantu di Faber Tower ini telah lama aku dengar sejak aku mula bekerja disini dulu. Bezanya, aku rasa dulu-dulu orang tak ambik kisah sangat pun. Ada berbagai versi pasal hantu di beberapa tingkat di bangunan ini. Dan selalunya mahluk halus ini hanya menganggu selepas pukul 7.00 malam.

Hai, entahlah......susah untuk diperkatakan. Jin dan Syaitan memang suka menganggu manusia. Tapi kadang-kadang aku rasa manusia zaman ini lagi jahat daripada jin. Tengoklah berapa banyak manusia yang mati dibunuh oleh manusia, yang merogol juga manusia, yang menculik anak orang pun manusia dan begitu banyak kejahatan dimuka bumi dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Mahluk halus dan alam ghaib tu wujud namun janganlah sampai ada unsur syirik dan tergelincir akidah kerananya.
Semoga iman aku dan semua muslimin/muslimat di bangunan faber ini diperlihara oleh Allah swt. Amin...

Bila Anak dan pandai bertanya

"Masa bila Mama dengan Abah cinta-cinta?"
Gulp!.... tertelan liur aku. Dan aku pun ceritalah... so and so.....
yang tak tahan tu dorang boleh gelak suka bila aku cerita 1st time jumpa abah dorang dalam bas.

"Mama kata mengandung tu 9 bulan je tapi ammar tengok dah berapa tahun baby tak keluar-keluar pun
daripada perut mama?"
Ha....ha....ha..... soalan ni yang buat aku gelak sakan dengan abahnya. Nak tengok baby, tunggu 'Ende' ko
beranak pulak ye ammar.

[Kadang-kadang soalan anak-anak tu payah sungguh nak dijawap]

Nurkilan buat Dr Mahadhir

Dahulu
Aku kagum pada Dr Mahadhir
dengan pemimpin umno amnya
dengan ketua 4B khususnya
ketika umur masih hijau
pada 16 tahun yang lampau
dan ketika belum kenal
pada jalur-jalur siasah yang kotor

Sekarang
aku kasihan pada Dr Mahadhir
ketika umur di penghujung senja
bukankah lebih baik menilai diri
mencari bekalan yang tidak berduri
buat perjalanan menuju akhirat nanti

~aishah jamal
190508 @ 6 sore

Quality ?

Hari ni, aku ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kualiti. Selamat membaca.

What is Quality?
* Fit for use
* The totality of features and characteristics of a product or service that bear on its ability to satisfy stated or implied needs
* The degree to which customer expectations (implicit and explicit) have been met

5 Types of Quality?
* Personal quality
* Dept/Team quality
* Product quality
* Service quality
* Company quality

Quality & Expectation?
* Good if it meet or exceeds expectation
* Poor if it does not meet our expectation

The more individuals that produce high quality in a department, the better the department and company quality image will be.

Why is the Quality Important?
* The Economic Imperative
* The Legal Imperative - Quality failures can cripple companies and even cause them to go bankrupt
* The Marketing Imperative
* The Survival Imperative

Tips:-
1) Understand customer's requirements
2) Understand well the processes of your business
3) Avoid duplicate work and non-value adding activities in the processes.
4) Focus your effort on continual improvement of processes and customer satisfaction. Do not focus on paper work only.
5) Generate more data, more analysis

oh ya, masak-memasak pun kena ada kualiti juga baru lah selera nak makan... setuju tak?
:-)

Bicara Kalbu

Dunia

hanya perhiasan

dan perhiasan itulah yang mengasyikkan

kadang waktu bisa melalaikan

pada hati yang tak keruan



Iman

cahayaNya melata di dunia

pada yang mencari pasti bersua

bermohon hidayah pada yang Esa

agar hati tidak gundah gelana



Ilmu

telah banyak waktu berlalu

baru sedar ada yang kelabu

berkajang nasihat guru

jadi sandaran pencarian ilmu

Al Fatihah

Terkejut bila mendengar berita yang adik Kak Ros telah kembali ke rahmahtullah pagi ini.
Innalillahwainalillahhirojiun.......

Kalau tak silap umurnya lebih kurang sebaya je dengan aku. Terus teringat pada anak-anak
arwah si Maria yang masih kecil. Tiba-tiba mereka kehilangan kasih seorang Ibu yang tercinta.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin dan dirahmati Allah swt"
Amin...

Al-Fatihah.

Hujung Minggu yang memenatkan

Pagi Sabtu ke Senawang mengikuti rombongan ibu saudara untuk majlis peminangan/pertunangan anak lelakinya dan tak disangka-sangka tersangkut dlm jammed pepagi hari dlm perjalanan hampir 2 jam disebabkan sebuah lori trailer yang dipenuhi dengan muatan besi terbalik secara melintang di KM264 menghala arah ke selatan.
Cuaca diluar pula panas, aircond dalam kereta pun tak terasa sejuknya. Anak-anak sampai bukak baju kecuali si Ayong. Cik Abang yang memandu dah mula sakit kepala dan keluar sendawa angin. Pagi tu breakfast disajikan oleh pulut/nasi lemak/roti jala oleh ibu saudara di Gombak. Hmmmm.... menjadi-jadi le anginnya.

Kasihan pada keluarga perempuan di senawang, majlis yg sepatutnya bermula jam 11.00 pagi akhirnya hanya dapat direalisasikan pada jam 1.00 tengahari. Nak buat camna, kita semua hanya merancang, yang menentukan Allah swt jua adanya. Di Senawang kami dijamu pula makan tengahari. Teringat menu mereka Ayam kampong masak lemak cili padi yang sungguh sedap.

Malam Sabtu bergerak pula ke Ipoh hantar Mak balik. Pagi Semalam terus aku demam. Mungkin penat + tak cukup rehat & faktor cuaca agaknya lah...

Malam tadi bertolak pulang semula ke KL. Anak-anak ada ujian sekolah Agama hari ini..
Semoga mereka berjaya menjawap soalan ujian itu... InsyaAllah.
12052008
Rasa bangga bila Anak bagi Kad "Selamat Hari Ibu" yang dibuat sendiri dengan manila kad.
Terharu sungguh bila membacanya. Yang kelakar tu lukisan kereta dan kartunnya mesti ada.
Bila ditunjuk pada si Ayah, dia berkata apa yang ditulis di kad tu mesti si anak tiru drpd majalah.
Tak kisah le kan, Yang pentingnya ingatan dia tu. Tak sangka sungguh.
He...he..he... sebenarnya si ayah jealous kot?
ha..ha.....ha.... tunggulah Hari Bapa pulak ye...
baru belajar nak tulis blog. Senang nak luahkan perasaan.
he...he....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...