Ceritera 1

Pagi itu tidak seperti pagi hari yang lain. Puteri lebih banyak diam. Dia mengelamun dan membiarkan hatinya berbicara. Mengenang sejarah silam. Mengenang seseorang yang pernah melewati taman indah dijiwanya. Hatinya kini gundah. Berasa sedikit resah memikirkan kenapa dia harus terkenang pada peristiwa lalu. Kenapa setelah bertahun-tahun dilupakan hatinya kembali menjadi rindu. 

“Arrggghhhh……….sakit sungguh rindu ini.” 

Puteri bermonolog sendirian. Dia seakan-akan terdengar-dengar suara itu. Suara yang selalu menceriakan hatinya disatu ketika dahulu. Suara yang selalu memanjakan dirinya. Suara itu selalu melayan karenah dia bagaikan seorang puteri dari kayangan. Ya, puteri kayangan yang mabuk perasaan dengan seorang pahlawan dari negeri Antah Berantah. Padahal Puteri bukanlah dari keturunan raja. Jauh sekali dari salasilah keturunan istana. Puteri hanyalah seorang gadis desa yang menetap dihujung Tanjung. 

“aduhai….ingin rasanya memetik bintang didada langit menjadi obor cahaya untuk mencarimu Pahlawan”. 

Puteri terus berkata-kata dalam diam. Puteri sedar hatinya sedang merindu suara itu. Namun dia tak mungkin dapat mendengar suara itu lagi. Pahlawan yang dikenangnya telah pun ditawan oleh Istana Kesaktian ketika Sang Pahlawan tenat dimedan perang. Tanpa puteri sedar selama ini Permaisuri Istana Kesaktian telah berusaha sedaya upaya memberi bantuan hikmat dan merawat hati rawan Pahlawan yang akhirnya membuatkan Pahlawan melupai puteri serta jatuh kasih pula kepada Permaisuri itu. 

Puteri tahu akan kedudukan dirinya. Tidak mungkin dia dapat bersama dengan Pahlawan. Umpama langit dengan bumi jika boleh dibuat bandingan untuk mengambarkan hubungan kasih mereka. Puteri membawa hati dan meneruskan kehidupannya dihujung Tanjung tanpa memikirkan lagi tentang si Pahlawan. Namun pagi itu, segalanya tentang Pahlawan kembali bermain dalam kotak fikiran Puteri. Puteri lelah kerana terperangkap dalam tembok perasaan yang dibina sendiri. Dia tidak sanggup untuk merobohkan tembok itu. 

Puteri akhirnya keluar mencari Sang Pendita. Dari khabar yang dibawa orang ketika melewati pasar sehari di hujung Tanjung, Sang Pendita itu terkenal dengan ilmunya. Dia diberitakan handal sekali dalam ilmu perubatan. Puteri ingin mencuba nasib. Mungkinkah Sang Pendita boleh menyembuhkan rasa sakit rindunya pada Pahlawan selama ini. Puteri tidak ingin pergi ke Istana Kesaktian berjumpa dengan Pahlawan kerana puteri tahu Permasuri Istana Kesaktian akan memasang pagar sakti dan tidak akan membenarkan sesiapun berjumpa dengan Pahlawan. Memegang pagar istana sahaja akan membuat seseorang jatuh sakit selama beberapa purnama. Itulah berita yang didengar orang diluar Istana. Puteri tidak ingin jatuh sakit. Cukuplah rasa sakit yang ditanggung selama ini. Jantung umpama dicarik-carik, tersiat satu persatu sungguh pedih. Hati bagaikan ditikam oleh mata pedang sehingga tertembus ke belakang. Benarlah kata pujangga, sakit sungguh menangung rindu. 

“ Wahai Pendita yang bijaksana, bolehkah Pendita menolong hamba?” 

Puteri memohon pada Sang Pendita agar disembuhkan penyakit yang melanda dirinya. Sang Pendita mendengar segala keluhan dan ratap hiba si Puteri. Akhirnya si Pendita pun bersuara. 

“Duhai anakanda Puteri, sakitmu ini tiadalah sakti. Namun jika dibiarkan menjadi api. Akan membakar dirimu sendiri”. 

“Tapi Pendita, mengapa sakit menjadi luka, luka bernanah sungguh berbisa?” 

Puteri terus bertanya dan airmata tiada tertahan olehnya. Mengalir laju seperti air terjun di Pergunungan Sepiso. Pendita yang arif lagi bijak itu terus memujuk dan menasihati Puteri bermohon doa pada yang Esa. Penjaga Alam Buana supaya hatinya kembali tenang. Pendita juga memberi beberapa nasihat agar luka dihati Puteri itu bisa sembuh dalam waktunya. Dalam senyum Pendita bersuara lunak, mendamaikan hati Puteri yang hiba. 

“Anakanda Puteri, luahkan segala rindu dan amarahmu diatas lembar. Lembar itu tiadalah berharga bila ianya kosong tanpa sebaris kata. Namun lembar yang penuh dengan luahan kata serta rasa menjadi berharga pada si empunya.” 

“Simpanlah jalinan lembar-lembar yang berbaris kata itu sebagai kenangan. Tiadalah guna anakanda berasa hiba mengenangkan Pahlawan”. 

“Adalah lebih baik anakanda berzikir memuji Penjaga Alam Buana agar Tuhan yang masa Esa tidak meminggirkan dirimu. Zikir itu sendiri menjadi ubat serta penawar paling berkesan untuk penyakit hati.” 

“Ini dia zikir yang paling mudah untuk diingat. Sebutlah, Subahanallah, Alhamdulillah serta Allahhu Akhbar selalu. InsyaAllah jiwa mu yang kacau akan tenang setenang air di Danau Toba”. 


 Bagai menerima emas sekarung, hati Puteri kembali berbunga. Tidak disangka nasihat Pendita amatlah mudah bagi dia untuk melakukannya. Tidak perlu memanjat gunung untuk mencari si Anggerik yang pastinya tidak mahu hidup jika ditanam di tanah bendang. Tidak juga perlu ke hutan rimba untuk mencari dedaun dan akar kayu sebelanga yang jika dimasak pun, belum tentu diminum kerana pahit akan rasanya. Kini Puteri telah mendapat semangat baru. 

Dia pulang semula ke hujung Tanjung dengan muka penuh berseri. Puteri pun mula menulis lembar. Kadang menulis, kadang berzikir. Banyak sudah lembaran yang dijahit dengan cantik. Dihias pula dengan bunga kering. Dan akhirnya segala kata-kata yang tertera menjadi hiburan pada Puteri. 


Inilah antara bait-bait kata yang pernah Puteri nukilkan : 

Bagaimana Dapat Aku melupakan Kau yang pernah menakluki Seluruh indera dan jiwaku Bagaimana dapat aku melupakan Kau yang pernah menguasai Fikir dan rasaku Yang berada dihujung kata Yang berkaca dihujung tinta Memenuhi setiap ruang dan rongga Diparas siang dikaki gelita Dalam jaga dalam alpa Bagaimana dapat aku melupakan Kerana aku adalah pesona alam Adalah debunga Dan haruman masa silam Meskipun didalam genggaman Telah terlepas sebutir nilam Kau tetap dalam ingatan Bagaimana dapat aku melupakan....

kertas undi tiada logo parti di Dun Galas?

Dalam wall photo fesbuk Tuan Guru Nik Aziz ada cerita mengenai kertas undi tiada logo parti yang bertanding di Dun Galas.

Apakah ini disengajakan oleh pihak yang mencetak kertas tersebut?

Apakah ianya hanya sekadar sebuah fitnah? (sebab hanya laporan polis dibuat tapi tiada gambar untuk membuktikannya?)

Apakah pihak SPR tidak memeriksa kertas undi tersebut atau hanya memandang sebelah mata?

Apakah kertas undi ini akan dikira sebagai undi rosak?

Kita tunggu apa komen polis pula?

apapun, selamat menunggu peti undi dan mengira siapa yang paling banyak kena pangkah...

Budget...siapa untung siapa rugi?

Marilah mari makcik dan puteri
mewarna rambut jadi berseri
shopping di KL seronok sekali
pakaian dalam cantik tak terperi


Laburkan duit beli kelambu
Jangan lupa tukar cadar selalu
awal bulan ganti langsir baru
kan dah ada budget tu........


Siapalah punya idea untuk beberapa budget yang seperti budget rumahtangga tu??
Haiyaa...mau kasi untung pada siapa?
dan sejauh mana budget ini akan menguntungkan rakyat bawahan?

cerita Ameer

setakat ni dah guna 3 kali treatment nebulizer untuk Ameer. Besok sambung lagi....Adoiii penat betul melayan si kecik ni sekarang. Masa nak rewang-rewang diruang maya selalu terganggu. Hmmm...kadang-kadang dia pun sama nak tengok apa yang mama dia buat ralit sangat kat depan computer.


Sekarang ni walaupun dia tak sihat tapi mujurlah masih lagi aktif untuk bermain. Harapnya selepas 2 lagi treatment esok paru-paru dia akan bersih daripada kahak. Malam semalam betul-betul menduga kesabaran sebab dia asyik meragam. Dan pukul 4 lebih dan menghampiri subuh tu barulah dia boleh tidur.


Masih lagi kedengaran Ameer batuk namun dia sedang seronok bermain dan aku mengambil kesempatan untuk update blog ini. Sebelum tidur nak intai blog pakatan rakyat jap. Pastinya banyak isu hangat....cuma aku je tak punya waktu untuk bercerita disini.

Apa sebab mereka nak suruh Ku Li jd calon?

Setelah sekian lama tak update blog ni, tetiba tangan rasa gatal sesangat nak menaip. Ha..ha.. :))


Musykil la...apa sebab orang-orang UMNO tu beriya-iya sangat suka kalau letak Ku Li sebagai calon di DUN GALAS?


Dah pupus ke orang-orang UMNO yang lain kat Galas tu?


Mungkin la kut depa ingat kalau letak Ku Li BN pasti menang besar.


Mungkin la kut depa nak sekat Ku Li daripada berbaik dgn PAS kat Kelantan nun.


Mungkin juga depa nak test sama ada Ku Li ni sayang lagi ke UMNO ke tak.....


Tapi yang paling musykil ni, sudi ke Ku Li jadi calon depa??

Saat ini, ini yang aku rasa...

Mula-mula nak ucapkan takziah pada Pesuruhjaya PAS atas kembalinya isteri beliau ke Rahmatullah.


Hari ni aku tergelak depan computer bila membaca kenyataan si Razak yg mewakili SPRM dalam Malaysiakini tentang Inkues kematian si Teoh. Nampak macam tak berapa cerdik je kenyataan beliau. Ada pulak cekik diri sendiri pastu terjun bangunan?? Soalan pun dah makin berbelit. Emmm....tak pasal-pasal kena kutuk si Razak ni. Belajar tinggi tapi pemikiran macam budak prasekolah le pulak.


Kat Malaysia ni macam-macam cerita yang ada dari pelbagai sumber. Terpulang pada rakyat nak menilai akan NILAI sesuatu berita itu. Namun ada juga sebahagian dari Rakyat yang hanya menerima bulat-bulat apa yang diwartakan dalam suratkhabar perdana. Akhbar alternatif mereka tidak percaya langsung. Payah juga nak dijernihkan pemikiran kelabu asap mereka tu.


Ingatkan di bulan Ramadhan yang mulia ni akan berkuranglah perkara negatif. Tapi kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi. Kesian baby yang tak berdosa tu. Yang pelik tu senang pulak si Ibu yang melahirkan bayi berkenaan. Sebab tu agaknya dia sanggup buang. Orang lain ada yang sampai kena bedah bagai.....


Sebagai rakyat biasa apa tindakan kita untuk menghentikan gejala ini. Fikir-fikirkan...Jangan asyik dok fikir politik parti je. Fikirkan sama untuk kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Ustaz Burn

Hari sabtu lepas semasa berjumpa dengan teman lama semasa zaman bersekolah dulu, aku difahamkan bahawa Pesuruhjaya Pas negeri Perak sekarang ini adalah orang yang sama yang mangajar kami semasa bersekolah dulu. Uuiii..memang tak sangka langsung. Kami gelarkan dia Ustaz Burn sebab masa tu tengah popular cerita Opah dalam Tv. Dalam cerita tu ada watak Bakar yg dipanggil Burn. So, terlekat lah pulak gelaran tu pada ustaz.


He..he.. Maafkanlah kami ustaz sebab bagi gelaran tu pada ustaz. Perkara terakhir yang aku tahu, selepas keluar dari sekolah, ustaz menjadi pensyarah disalah sebuah institut yang berdekatan juga dengan sekolah aku tu.


Tahniah ustaz. Semoga bulan mengambang terang benderang di Perak dan Pas Perak tetap memberi imej yang baik kepada rakyat perak keseluruhannya.

Adussss.....Naik lagi.

Anak punai anak merbah
Terbang tinggi buat sarang
Hidup rakyat makin susah
Tok Jib naik harga barang


Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga
Manakah hati hilangkah akal
membiarkan rakyat hidup derita


Durian dimakan bersama pulut
Pulut dari bendang lama
Rakyat jugaklah yang ikat perut
Kroni pula melancong bersama

DAP nak saman 5 juta pada ADUN yg lompat

Hah baru padan ngan muka...... tak sangka le pulak sebelum ni DAP ada buat perjanjian dengan ADUN mereka untuk saman 5 juta jika sekiranya ada diantara mereka yang lompat parti. Ha..ha.. mesti ramai yang terkedu. Eh! betul ke ada perjanjian tu..... kita tunggu dan lihat adengan seterusnya.




Kalau mereka-mereka ni tidak berkemampuan untuk membayar saman tersebut, agaknya lepas ni kerusi "BEBAS" yg depa duk canang tu kena kosongkan lah ye. Lepas tu, mari kita siap sedia untuk piliharaya sekali lagi. Atau ada ke pihak yang sanggup 'tolong' (?) dorang ni untuk bayar saman tersebut......5 juta beb! bukannya 5 ratus. Jutawan mana yang sanggup?



Kenapa banyak sangat Katak Lompat dalam politik Malaysia ni? Lompat kerana Wang atau kerana prinsip sekalipun, masyarakat tetap memandang serong terhadap mereka.



Kerana wang manusia hilang pedoman
Kerana wang prinsip jatuh ke longkang
kerana wang sanggup hilang rakan
kerana wang hidup tak keruan
kerana wang hilang kasih sayang
Sedihnya bila diri di peralatkan oleh wang!!!

Si Hijau Iguana


Balik kerja petang semalam, tiba-tiba nampak seekor Iguana warna hijau dalam rumah. Iskh!....ngeri & gelilah...Anak-anak bagitau abah dorang yang bawa balik Iguana tu.
Entah kat mana lah dia jumpa si Hijau ni plak. Katanya dia nampak binatang ni atas jalan raya. Sanggup berhenti kereta semata-mata nak kutip binatang ni?.....Adoilah! Pastu, dia cakap rasa macam nak bela binatang ni pulak dah.
Hah?Nak pelihara? oh! NO!...NO!....NO!....jenuh lah aku duk geleng kepala tak setuju. Tapi anak-anak duk pakat satu hati suka gak kalu si Hijau ni tinggal sekali dengan depa. Tak aci betul...Aku minta cik Abang jual je Iguana ni. Tapi nak letak harga berapa pulak ye...
Entahlah, aku tak nampak comel mana pun Iguana ni. Lebih rasa takut adalah...manalah tahu, entah-entah spesis pembawa penyakit ke, virus ke, eeeiiii......susah hati betul. Aku memang blur bab-bab Iguana ni. Hai, nampak gayanya kenalah surf internet lak lepas ni cari maklumat pasal Iguana.
Hmm....daripada duk ngadap Iguana tu lebih baik ngadap Ameer yang dah makin lasak....

Test market ke apa?

Lesen Judi - Mula-mula kata ada.
Tiba-tiba -lesen belum dikeluarkan....


Subsidi barangan ditarik balik secara berperingkat?
Tiba-tiba - penarikan subsidi belum diputuskan lagi???


Hebatkan suratkhabar arus perdana kita. Kalau semuanya sekadar satu andaian, buat apa tulis macam-macam pasal perkara ini dalam suratkhabar tu? Bila rakyat dah mula marah, tiba-tiba semua yang tertulis sebelum ni macam sekadar 'gossip' bawah pokok.
eh! gossip pun kadang-kadang ada benarnya tau.


Ha..ha...ha... diary rasa ini macam satu strategi untuk test market 'FRU 13' je...

Teruskan Bantahan

Apa pilihan kita sebagai rakyat Malaysia yang mengaku beragama Islam mengenai Lesen Judi Bola ini????


Marilah bersama-sama menyatakan bantahan kita terhadap lesen tersebut.


http://bantahjudi.wordpress.com


Anda mungkin juga boleh menyatakan bantahan dalam Facebook masing-masing.....
Hari Terakhir Kempen

Ramai yang merepek

Cakap pun mula berbelit-belit

Lantas telinga dan hati menjadi sakit

Mereka mencari kesinambungan politik

Atau kuasa mengulit duit

Calon bebas tarik diri - Dah macam main tarik tali...

"Dua calon bebas tarik diri tanding" - itu tajuk dalam berita hari ini.


Kononnya si Chandran dan si Johan menarik diri sebab tidak mahu menentang kepimpinan Barisan Nasional (?)
Kalau dah tahu tak mahu menentang, awatnya sibuk nak mencalonkan diri hari tu?
Saja nak buat gempak ke? Atau mencari glamour ? atau ........................(?) fikirlah sendiri.


Apapun, sekarang tinggal satu lawan satu.


Calon PKR yang dulunya jadi duri sekarang tiba-tiba menjadi bunga yang 'wangi'. Piliharaya hanyalah satu anak tangga untuk membentuk kerajaan. Sama ada calon atau lambang parti yang menjadi pilihan terpulang kepada para pengundi nanti. Yang pasti semua peraih undi sedang berusaha gigih untuk memberi kredit kepada calon mereka.


Jangan lupa kuasa undi ditangan rakyat.

Gema untuk Hulu Selangor

Pilihanraya bergema lagi
nak pilih siapa untuk kerusi
hulu yang tenang tak lagi sunyi
banyaknya suara pencari undi


Ku sangka kan tiga rupanya empat
yang mana satu akan selamat
masing-masing nak tunjuk hebat
siapa terjerat siapa pula yang kena lipat


berkibar-kibar bendera parti
bila ceramah jangan memaki
hak pengundi usah dinafi
beri keyakinan sematkan dihati



(kepada tukang sorak dan tukang kempen, bila bekerja jangan asyik dok tension.
biarlah berhemah jangan amarah, supaya menjadi pilihan terbanyak)

seorang nenek di pinggir jalan

Seorang nenek di pinggir jalan
mencari rezeki dengan tin-tin kosong
katanya untuk cari 'luit'
agar bisa beli nasi


Zaman mudanya tak ketahuan
asal usul juga keturunan
adakah berwaris adakah berteman
yang pasti dia keseorangan


{kesian aku tengok nyonya tua tu tadi cuba jengah dlm tong sampah cari tin. Rupa taklah selekeh sangat, tapi badannya berbau busuk. Tak tahu berapa lama dah tak mandi}

Brunei lebih takutkan laknat Allah swt...Malaysia???


Tak tahulah apa korang rasa bila baca keratan akhbar tu. Mampukah Malaysia menolak perniagaan tentang arak ini? Sekurang-kurangnya Brunei bersikap tegas. Malaysia tanah airku yang mengaku sebagai sebuah negara islam bagaimana pula?


Ekonomi Malaysia akan mundurkah jika perniagaan arak ini dihentikan?

Dakwah dimana?

Ada teman yang menegur sebab aku dah lama tak update blog. Bukannya apa, sibuk sikit dengan pelbagai urusan. Kadang-kadang tu tangan ni terasa gatal sangat menaip sesuatu namun masa & keadaan tidak mengizinkan.



Cuma aku ingin menitipkan pesan disini buat teman-teman semua, jangan lupa pada zakat pendapatan. Kerana bukan semua duit yang kita dapat tu milik kita. Ada bahagian untuk hamba Allah yang lain juga. Kita hanya sebagai perantara sahaja. Bukannya kena bayar zakat sampai separuh dari harta kita pun.... sikit je. Kebanyakan daripada kita ni hanya sibuk nak bayar zakat masa nak raya nanti. Apa salahnya kita bayar awal. Nak tunggu raya, entah-entah duit yang ada tu dah tinggal ciput. Camna?



Lagi satu, ilmu ni aku perolehi daripada kuliah zohor tadi. Ingin berkongsi dengan pembaca blog semua. Kalau kita tak mampu nak berceramah [baca berdakwah], kita patut ambil tindakan dengan menyokong usaha-usaha dakwah seperti menderma untuk majlis dakwah tersebut. Tal boleh atau tak mampu nak menderma, kita tolong dengan usaha memberi tenaga pada keperluan tersebut. Tak mampu lagi...... usahakan untuk dengar majlis ilmu. TETAPI, jangan sekali-kali kita HALANG kerja dakwah. Berdosa tau! Sekarang ni bukannya orang kafir yang halang kerja-kerja dakwah tetapi mereka-mereka yang mengaku Islam. Dakwah Islam bukan hanya di Masjid dan surau. Kat tempat-tempat umum pun boleh berdakwah. Konon mengaku Malaysia negara Islam, tak kan tak boleh nak bagi ceramah percuma kat pasar kot.... Apa kata sambil-sambil beli ikan sayur tu, kita dengar ceramah ilmu. Bagi peniaga dipasar, daripada asyik nak pasang hot fm, pasanglah kaset/cd kuliah daripada ustaz/ustazah. Mungkin pada peringkat permulaan kita rasa pelik dengan idea ni namun bila dah terbiasa esok oklah....



Alahai....ingatkan nak tulis panjang lebar lagi. Tapi tak sempatlah pulak. Nantilah bila ada kesempatan aku akan menceceh lagi dalam diary ini.


Ada yang tak kena dengan PKR?

Something wrong somewhere? Huh! cerita keluar parti lagi........ kali ini Ahli Parlimen Bagan Serai pula.


"Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR", kata Mohsin pada sidang medianya.



Tidakkah kita berasa pelik bila ramai yang keluar daripada PKR? Apakah betul semua yang keluar itu dibeli UMNO? Tidakkah kita cepat sangat melatah menuduh macam-macam kepada mereka yang kita tidak sangka sama sekali akan keluar dari parti. Pernahkah kita mengkaji sebab musabab mereka-mereka ini mengambil tindakan yang sedemikian. Secara peribadi aku berpendapat yang PKR lebih kurang sama je UMNO malahan sebelum dan semasa FRU12 dahulu ramai daripada orang UMNO yang lebih rela lompat masuk PKR daripada duduk dibawah payung PAS. Jadi tak heranlah kalau pemikiran kedua parti ni lebih kurang sama je.



Terdapat juga beberapa ahli parlimen PKR yang kita nampak lebih ke arah PAS tapi bertanding dulu atas nama PKR. Salah siapa? Adakah duduk didalam PKR lebih mendaulatkan Islam daripada duduk dalam PAS?



Carilah sebab yang tersirat dan tersurat kenapa semua ini berlaku. Secara peribadi aku rasa semuanya bermula dari isu pengunaan nama Allah swt. Mati nanti kita akan ditanya ke kita ni masuk parti politik mana. Kita akan ditanya ke berapa ramai orang duk mengundi kita masa pilihanraya. Politik tu memanglah penting untuk memerintah sesebuah negara. Namun jika kita disuruh buat pilihan antara tiket politik dan tiket agama, lebih baiklah pilih agama dan peliharalah akidah kita.


Projek Muffin - Lieyna


Aku nak promote projek Muffin yang dibikin oleh sahabat aku- Lina. Yang kat atas tu ada 6 ketul muffin reganya 5 hinggit malaysia.
Yang 4 ketui ni plak rega dia 3 hinggit lima kupang. Tapi harga tu untuk pasaran sekitar Tmn Desa ie Faber Tower je. Untuk pasaran tempat lain tak tahu lah pulak. Mesti ada kos penghantaran kot. Berniaga beb! mesti semua kena kira. U all kalu teringin nak rasa muffin dia bolehlah contact dia kat alamat email : lieyna70@gmail.com




Aku cadangkan kat lina untuk buka laman blog dia sendiri. Senang, bule jadikan tapak untuk pasaran cookies dan keknya. Tak tau bila dia nak start. Bila dia dah ada blog nanti aku akan linkkan disini.

Syair untuk Anakanda

Wahai anakanda permata jiwa
dengar nasihat ayah dan bonda
jadi pedoman dihari muka
moga hidupmu akan bahagia



Jangan kau lupa pada agama
walau dicabar hidup nestapa
Allah yang Esa sentiasa Ada
bermohon doa serah padaNya



Hidup didunia banyak dugaan
carilah ilmu buat sandaran
tingkah nan buruk jadi sempadan
maruah diri usah dikorban



Duhai anakanda permata hati
ilmu yang ada harus dikongsi
jangan sekali berbangga diri
Allah jua pemberi rezeki



Entah macam mana boleh timbul idea syair ni masa dok menyusu Ameer minggu lepas. Hari ni baru aku teringat nak updatekan dalam blog. Korang kena baca secara bersyair gak barulah syookkk.

Gambar Ameer


Gambar masa Ameer baru keluar hospital dan terus balik Ipoh.



Yang ni pulak gambar baru dia. Cukuplah dulu letak 2 post gambar Ameer kat sini. Ameer sekarang dah pandai sembang.

Apa dah jadi dengan YB Zul?

Selepas diwawancara oleh pihak TV3 malam tadi, rasanya selepas ini kedudukan YB Zulkifli Nordin dalam pakatan rakyat akan bertambah mantap atau dicairkan terus? Huhh!..... sebenarnya secara peribadi aku menghormati pendirian YB ini dalam memperjuangkan nama dan risalah Islam. Pastinya beliau akan dikutuk dan dihina selepas meyatakan pendiriannya malam tadi tambahan menyentuh dan menyebut pula mereka-mereka yang berada dalam pakatan rakyat itu sendiri.



Agaknya rakyat malaysia sudah terlebih "berpolitik" dan gila kuasa maka timbul perbagai perkara yang membuat perut rakyat menjadi senak dan otak menjadi berat. Apakah YB Zul umpama "si Luncai yang akan terjun dengan Labu yang berinti islamnya?"..... Dan adakah akan ada orang islam lain yang hanya berkata "biarkan.....biarkan...."



Mari kita fikirkan akhirnya nanti kita nak Islam yang menang atau parti politik yang bersorak girang?

Teman dan Kenangan

Teman
Aku rindu untuk berbicara
Aku rindu pada tawa mesra
juga duka nestapa
yang kita kongsi bersama
Teman
betapa relung waktu
semakin jauh memisahkan kita
Teman
kita semakin alpa juga semakin teruja
dalam meniti kedewasaan
kita lupa pada torehan luka silam
Dan apabila kita sedar
akan makna kehilangan
yang tinggal cumalah kenangan
Uuiiiii......lamanya rasa aku tak merayap-rayap kat laman sesawang ni. Rasa macam kekurangan sesuatu bila lama tak surf internet. Rasa rindu nak baca blog kengkawan. Duk dalam pantang kat kampong rasa beku otak jap. Tak leh nak buat apalah...jaga je baby baru.
Aku dahpun selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Wan Ameer pada 24/11/2009 yang lalu. Berat Ameer masa lahir 3.6 kg. Masa umur dia sebulan tempohari, beratnya telahpun mencecah 4.4 kg. Sebulan aku berpantang kat Ipoh, syok jugak dapat memanjakan badan. Terimakasih pada emak yang banyak membantu ketika dalam pantang tempohari. Aku hanya pulang ke KL bila anak-anak nak masuk sekolah semula.
Huhu....balik KL rasa nak pengsan tengok rumah yang betul-betul dah jadi macam rumah orang bujang. Cik Abang tinggal kat KL dan sekali-sekala jengok aku & anak-anak kat Ipoh. Faham ajelah kalu dah tinggal bujang tu....... Haiii, sabor ajelah...
Bila dah ada baby Ameer ni rasa tak cukup masa nak buat kerja rumah. Ameer pulak suka gak buat hal. Kalu dah mula meragam tu...letihnya... He..he...selama ni dah seronok tidur lena sekarang asyik kena ganggu dengan tangisan Ameer. Anggap macam melody nan indah barulah tak stress. Iskh! macam mana nanti bila aku dah mula bekerja semula ye.... sekarang aku tengah dok fikir nak bagi siapa jaga baby bila aku dah mula berkerja semula. Ada juga 2, 3 orang yang ku tanyakan... tapi Cik Abang pulak tak berapa setuju. Emmm..... mungkin juga aku akan hantar ke nursery je.
Sorrylah, tak leh nak letak gambar Ameer kat sini lagi. Mungkin dilain ketika. Untuk rakan dan sedara terdekat tu....nanti I sms je gambar Ameer k.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...