Lemahkah Melayu....

Mereka telah datang
untuk meluahkan wadah perjuangan
watak Melayu jugaklah dilaung-laungkan
gegak gempita terdengar sorakan
seakan membenarkan sebuah pembohongan


Kuasa mereka terhakis sudah
namun disalahkan kuasa melayu yang lemah
mudah sungguh mereka berhelah
Tidakkah mereka sedar
melayu sekarang makin gagah
makin bijak menapis dan mentelaah


Mari dengarkan ting-ting kosong berbicara
sebelum tibanya hari pilihanraya
esok lusa lengkaplah kutukan mereka
dengan bantuan koran perdana
mereka menghambur kata-kata nista
pada Bulan Purnama
yang sinarnya tetap bercahaya

5S punya pasal........

Apa yang penting? KERJASAMA.........huhuhu :(



Sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan 5S. Gara-gara nak mendapatkan sekeping sijil pengiktirafan bahawa pihak syarikat mengamalkan dasar 5S maka secara tidak langsung semua kakitangan harus terlibat dengan projek ini.


Apa itu 5S? Kalau semak dalam laman sesawang ni cukup banyak info yang boleh didapati. Secara umumnya 5S itu dalam bahasa yang mudah difahami ialah ‘SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM & SENTIASA AMAL’


Nampak mudah je kan.......TETAPI bila nak melaksanakan projek ni, aduyaiiii....letih!!! terutama bila banyak sangat komen2 negative pada peringkat awal projek dijalankan. Ramai kakitangan tidak mahu bekerjasama dalam menjayakan projek ni. Tak pasal-pasal asyik kena marah je.
Aku yang dilantik sebagai salah seorang AJK untuk projek 5S kadang-kadang terasa stress jugak. Staff dept sendiri pun payah nak bagi kerjasama. Ada juga boss-boss yang suka sangat memperli tentang 5S. Iskh!......sebenarnya 5S ni untuk memudahkan cara bekerja. Yelah, mungkin pada peringkat awal terasa seperti membuang masa namun jika diamalkan akan memberi lebih banyak faedah kepada syarikat dan juga staff itu sendiri.


Sebelum tibanya hari untuk diaudit oleh pihak MPC, Committee 5S telahpun mengadakan beberapa siri audit dalaman kepada semua jabatan. Bila markah rendah bising pulak. Dapat tag merah kecohnya macamlah kena keluar padang seperti perlawanan bola. Eeiiii......tak faham betul. Tag merah tu untuk pembaikkan.


Kini hampir 80% kakitangan biasa telah terbuka minda mereka dan faham untuk terlibat dalam aktiviti 5S. Hmmmm yang pelik tu ada pulak sebahagian ketua-ketua jabatan yang pandang rendah pada program 5S ni. Almaklumlah antara aktiviti 5S kena buat label pada bahagian, ruang, alatan mahupun persekitaran pejabat . Tujuan label untuk memberi lebih kemudahan dan nilai tambah pada kerja namun asyik kena perli seolah-olah mereka itu kanak-kanak tadika. Hmmmm....sedih tak?


Apapun aku percaya jika kita ikhlas dalam bekerja insyaAllah, Allah swt akan mempermudahkan urusan kita. Semoga segala usaha penat lelah dan kerjasama erat rakan-rakan akan membuahkan hasil yang terbaik.

Resepi Kek Suji @ Semolina

Inilah resepi Kek Suji yang dibawa balik ke Trengganu semasa hari raya tempohari.


RESEPI KEK SUJI @ SEMOLINA




Bahan2

250 gm mentega (butter) * kalau guna majerin biasa tak berapa sedap

160 gm gula perang * kalau nak guna gula halus pun boleh
[hari tu guna gula perang]


2 camca besar madu

4 biji telur gred A

100 ml susu segar
[lepas sahur mana nak cari susu segar, kedai pun tak bukak lagi. Hehe...bantai aje guna susu sejat dlm tin tu-sedap gak]


2 camca teh esen vanilla
[ni lagi kelakar, esen vanilla dah habis. Guna esen ros. sesuka hati je tak ikut resepi-janji wangi...]

170 gm tepung naik sendiri * Kalau guna tepung gandum-tambahkan 1 camca teh baking powder
[guna tepung kek - samalah tu kak :D]


100 gm tepung Suji

½ camca teh pewarna kuning telur (optional) - [memang letak pun, taklah kuning sangat..]



Cara2 :-

Tepung naik sendiri tu diayak 2 kali. Kalau guna tepung gandum pun prosesnya sama juga.
[hehehe.... nak cepat, ayak sekali je...]


Campurkan dengan tepung Suji dan digaul sebati kedua2 jenis tepung tu.

Dalam bekas lain Telur, Susu, Esen Vanilla dan pewarna kuning telur dipukul sedikit hingga sebati.

Mentega, gula dan madu disatukan ke dalam mangkuk mixer dan diputar hingga kembang. Masukkan bancuhan yang mengandungi telur+esen dll tu sedikit demi sedikit dan putar hingga gebu dan berkrim.

Setelah adunan gebu, perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Matikan mixer, gaul rata adunan dan masukkan dalam Loyang kek.

Bakar dengan suhu 175c


p/s - memang syoklah buat kek suji ni. Rasa dia macam kek yang mak aku buat masa kecik2 dulu...cuma mak suka letak macam2 warna..jadi kek pelangi..dulu2 mak tak guna mixer pun, jadi gak kek dia...

Salam Lebaran untuk semua...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan taulan dan pembaca semua. Mana-mana yang ingin pulang ke kampung tu, didoakan semoga selamat dalam perjalanan. Mana-mana yang tertinggal dan beraya di Kuala Lumpur ni, jangan sedih-sedih.... Raya tetap Raya k.


Malam ni terasa rajin sikit nak update blog. Mula2 letak resepi... pastu nak membebel kat sini pulak. hehe... :D  Ikut perancangan besok petang baru bergerak balik ke kampung suami di Trengganu. Pagi-pagi esok nak buat brownies & kek dulu. Hmmm...kain baju pun belum berkemas lagi. Lepas nilah baru kemas. Hari ni baru selesai buat biskut raya untuk dibawa pulang ke kampung. Lepas tu sibuk pulaklah nak mengemas rumah, masak untuk berbuka dan sambung kemas lagi. Tetiba rasa macam penat...Hmmm, akhirnya tercatuk pulak depan laptop ni.. Update resepi, jenguk FB dan sambung berblog. Hahaha..


Alahai.....cepatnya jarum jam tu berpusing. Dah hampir pukul 12 mlm rupanya. Kenalah berhenti melayan internet dan buat kerja rumah. Adoiii....kalau ada bibik kan senang, boleh gak minta tolong. Jawapnya diri sendiri lah yang jadi bibik....

Biskut Multigrain

Jangan tak percaya rupanya boleh jugak buat biskut dengan tepung roti. Hehe...alkisahnya sebab terpandangkan Multigrain bread flour yg masih ada separuh tu. Nak buat roti dlm bulan puasa ni memang tak berapa jalan lah... Lepas raya kut baru menyambung aktiviti meroti lagi. So, saja-sajalah cuba cipta resepi dengan tepung roti ni..eh! tak sangka..menjadi. Sedap la pulak. Yelah dlm tepung tu dah ada berbagai bijirin mestilah rasa wangi. Ada biji bunga matahari, ada oat, ada biji labu dll. Ok jom tengok resepi ni....

100 gm multigrain bread flour mix
100 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung jagung
140 gm cornflakes kisar (jgn halus sangat..biar kasar2 sikit)

250 gm butter
150 gm gula kastor
1sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
** boleh letak kurma/ceri/kismis untuk hiasan

Caranya:-

Tepung jagung dan tepung kek diayak. Kemudian campurkan dengan multigrain bread flour dan cornflakes kisar. Ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan adunan tepung dan uli hingga jadi doh.
Gentelkan bulat2 dan leperkan sedikit letak dlm dulang.
* Kalau suka sapu kuning telur dan hias dengan kurma/ceri/kismis atau apa2 ajelah...
Bakar dengan suhu  175c sehingga keperangan.

Resepi Cornflakes Madu yang harum

250 gm cornflakes
125 gm butter
1/2 cawan gula perang *( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
5 sudu makan Madu (wajiblah ada) * boleh ganti dgn golden syrup
manik warna warni untuk hiasan
paper cup comel secukupnya

Cara2nya....

Campurkan butter & gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter.
Masukkan cornflakes ke dlm cairan butter tu bersama dengan madu dan aduk hingga sebati dan rata.
Dah rata, masukkan dlm paper cup dan hias dengan manik warna warni.
Bakar selama 10-15 minit.
Bila dah siap bakar tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara

** Emmm....tak sempat raya, cornflakes ni dan tinggal separuh balang.


Biskut Choc Chip Nestum Ranggup

Tetiba terasa nak update blog pulak hari ni. Mood raya makin dekat. Hihihi :)....

Tahun ni aku memaksa rela dan merajinkan diri membuat sendiri biskut raya. Huh! harga pasaran biskut raya di kota yang penuh lumpur ini mahal sungguh. Demi anak-anak biskut raya tu wajib berada diatas meja untuk dijamu pada rakan-rakan mereka. Melayan permintaan anak-anak pun mau pening kepala juga. Berderet-deret la pulak senarai biskut kegemaran mereka. Haisshhh....

So, pagi Ahad yang lalu aku telah berjaya membuat Choc Chip Nestum yang ranggup ini.



Rupa biskut ni tak lawa mana tapi kiranya menepati citarasa anak-anak.
Aku tinggalkan resepi biskut dalam blog supaya mudah untuk aku membuatnya kembali pada bila-bila masa.

Resepi Choc Chip Nestum

Bahan A

250 butter
1 sudu besar shortening
160 gm gula perang (nak letak gula castor pun boleh, gula perang lebih wangi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

130 gm tepung naik sendiri (tepung kek)
100 gm tepung gandum       
20 gm serbuk koko
100 gm chocolate chip
50 gm chocolate rice
50 gm badam cincang  (di bakar sekejap atau di sangai dlm kuali)
50 gm nestum

Cara-caranya :-

1) Ayak tepung kek, tepung gandum dan serbuk koko sekali
2) Pukul mentega dan shortening dengan gula sehingga berkrim.
    Masukkan telur dan esen vanilla.
    Pukul sehingga sebati.
3) Masukkan chocolate chip, chocolate rise, badam dan nestum
    dan gaul bersama tepung yang diayak tadi sehingga  rata dan bersatu.
4) Kemudian baru masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sehingga sebati semuanya.
5) Gunakan sudu kecil dan letak diatas loyang sebelum dibakar.
    Boleh juga kalau nak dibulatkan sebesar biji guli dan leperkan sedikit.
    Ikut sukalah....Pastu bakar dalam oven yang bersuhu antara 175-180c.
    Jangan lebih nanti hangus lak...


Selamat mencuba kepada sesiapa yang teringin nak ikut resepi ni....



p/s ** Kalau terRajin.... esok atau lusa atau tulat atau.......
          tunggu ajelah bila-bila.....(one sweet day)
          aku tulis resepi biskut yang lain pula.


Salam Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan bulan yang suci
Rahmat dari Ilahi untuk manusia sekelian alam
Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
Ianya juga sebagai latihan untuk mensucikan hati
daripada berkata yang bukan-bukan
lebih baik tingkatkan amalan


Semoga puasa kita semua dalam redha Allah swt
diberi berkat dan pahala
Selamat berpuasa untuk kalian semua.......

Selepas BERSIH

Selepas BERSIH ada yang bukak mata
pada kekotoran politik Malaysia
namun masih ada yang buta hati
sengaja tidak mahu memahami
hanya memikir tentang poket sendiri



Selepas BERSIH angan-angan sudah tinggi
seolah-olah kuasa itu sudah berada dijari
maka masing-masing mula meninggi diri
konon dialah calon yang akan diundi



Selepas BERSIH
kita mendengar dan membaca pelbagai cerita
dari kedai kopi, fb, blog dan twitter
dengar berita yang dicanang sini dan sana
pandai-pandailah menapis segala fitnah yang ada


Selepas BERSIH........... masih ada hati-hati yang kotor

Kuning lagi....

BERSIH minta rakyat pakai baju KUNING setiap Sabtu.

Emmmm..... kalau tak nak pakai Kuning ataupun tak dibenarkan pakai Kuning TAPI hati meluap-luap sukakan warna Kuning, apa kata kita masak dengan menu bertemakan warna Kuning pada setiap Sabtu tu?

Contoh masakan:-

1) Masak lemak Labu Kuning
2) Masak lemak cili api
3) Puding Jagung
4) Jangan buat lepat pisang tapi buatlah lepat Labu

eh...macam2 lagi boleh masak. Suri rumah kena kreatiflah sikit. Jangan pulak letak pewarna kuning tu lebih sangat, nanti pahit pulak.

Hahaha

Alahai Kuning.....

Ceritera : Alahai Kuning……….

KUNING jadi bengang dengan sepupunya MERAH. KUNING ingin mengadakan Majlis harijadi untuk dirinya dan berhajat untuk memanggil semua saudara maranya datang berkumpul ke majlis tersebut. Namun hasratnya dicemuh oleh sepupunya MERAH dan mengata-ngata serta memburuk-buruk akan dirinya konon KUNING mahu tunjuk lagak.

KUNING tidak berpuas hati sebab hajat hatinya dihalang MERAH.


Satu petang ketika langit menangis dan menurunkan titis-titis air dengan lebatnya, Mak KUNING membawa sepinggan ubi rebus serta sambal bilis dan KUNING pula membawa seteko kopi panas ke beranda rumah. Ketika cuaca sejuk tentulah amat berselera makan ubi rebus yang masih panas. Sambil makan, KUNING meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan sikap MERAH kepada ibunya.


“ Mak, KUNING menyampah betul dengan Si MERAH tu. Dia sengaja nak sakitkan hati KUNING. KUNING rasa dia dengki dengan KUNINGlah mak”


Mak KUNING yang sedang minum Kopi O yang masih keluar kepulan wap panas dari cawannya itu tersedak mendengar cakap KUNING lantas kembali meletakkan cawan kopinya.


“ Apa yang MERAH dah buat sampai kau cakap kat mak macam ni?”


“MERAH tak bagi KUNING buat majlis harijadi tu. Dia kata KUNING mengada-ngada. Dia kata KUNING hanya nak kumpul hadiah dan gila glamour”, jelas KUNING pada ibunya. Ibu KUNING tersenyum sahaja mendengar omelan anak gadisnya itu.


“Mungkin MERAH rasa KUNING membazir tak? Sebab tu dia halang. Jangan pulak KUNING suruh mak buat kek harijadi yang bertingkat-tingkat sudahlah. Tak larat mak nak menyediakannya nak”


KUNING yang sedang mengunyah ubi rebus terhenti dan memandang muka ibunya sambil tersenyum kelat.




“Mak, kali ni KUNING tak nak kek, KUNING nak mak masak pulut kuning banyak-banyak. Kemudian mak masak pulak rendang cili padi. Fuhh!... mesti terangkat bila makan tu mak”


“Tu aje ke? Cukup ke hanya nak masak pulut kuning?”


“Taklah mak, kita tambah pulak dengan Mee Goreng Kuning, Roti Jala dengan kuah kari, Untuk Pencuci mulut, mak buatlah pudding Mangga. Nanti KUNING pergi pasar beli Pisang Emas dan juga Pisang Kaki”.


Kali ni KUNING nekad, dia nak majlisnya bertemakan warna Kuning.


“Mak, nanti kita bagi tetamu minum air Oren atau pun jus Manggalah mak.”


Ibu KUNING tergelak mendengar permintaan anaknya itu. Patutlah si MERAH tak suka, fikirnya dalam hati. MERAH tu sedari kecil memang tak suka dengan warna kuning. Pandang warna kuning lama-lama boleh sakit mata katanya.





*(Cerita diatas tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang hidup ataupun yang sudah mati. Ianya hanya merupakan rekaan penulis semata-mata)

Uhuk...uhuk....

Kenduri Kahwin kerabat pada 9 Julai. Sama tarikh dengan program BERSIH. Wajiblah aku menghadirkan diri pada majlis itu. Tentang BERSIH biarlah orang lain yang ambil bahagian. Dah tentu banyak sekatan jalanraya akan berlaku. Jalan ditutup.....lencongan ke arah lain... Adoiiii.... cuma mendoakan agar para jemputan dapat menghadirkan diri ke undangan majlis kerabatku ini.

Semoga Majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. InsyaAllah....

Ramai suka bersih....tapi ada yang 'alergic' BERSIH ??

Dia suka pakai baju bersih
Dia nak makanan yang sedap dan bersih
Dia mahu pejabatnya bersih
Dia mahu pekerjanya bersikap bersih
Dah tentu dia juga mahu wang gajinya bersih
Dia tentu sekali suka rumahnya cantik dan bersih
apalagi kalau Dia jumpa tandas yang paling bersih


TAPI............


 
kenapa ya, Dia tiba-tiba rasa lain dengan
logo.... BERSIH ???

DOA

" Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan....
Bukan juga pada manisnya ucapan di Bibir,

Tetapi pada Ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOANYA "


~~IMAM AL GHAZALI~~

===========================================================

Entah kenapa, aku amat tertarik pada kata-kata ini yang tertera dalam status teman FB. Lantas secara tiba-tiba terasa ingin meletakkan ayat tersebut dalam blog (dengan izin).


Ayat itu nampak mudah disebut namun mempunyai makna yang sangat mendalam. Secara jujur, mari kita tanyakan dalam diri kita... berapa kali kita turut mendoakan saudara kita mahupun rakan taulan dalam setiap DOA kita?

sekali? dua kali? atau hanya pada waktu-waktu tertentu?

Bagaimana pula dengan jiran tetangga kita? Adakah kita berusaha untuk mendoakan kesejahteraan mereka juga?


Emmmm...... kita selalunya berkata amat sayang pada sebuah perhubungan, terutama saudara mara kita, jiran tetangga yang turut menjaga rumah ketika kita keluar daerah, anak beranak dan juga rakan taulan yang lain. Apa kata, selepas ini kita usahakanlah berdoa untuk kejayaan orang-orang yang kita sayang. Semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama kita.


p/s Ketika ini amat suka dengar lagu tema drama MAKBUL.... (amin...amin...amin...)

Buat Roti sendiri pulak....

Shanghai Bun







Resepi Shanghai Bun ni kawan yg bagi. Rotinya memang sedap. Bahan-bahan untuk roti ni seperti dibawah:-

220 ml air
75 gm butter
1 biji telur
1 camt bread improver
¼ camt doh pes (doh softener)
1 camt garam
4 camb susu tepung
100 gm gula kastor/halus
500 gm tepung high protein
1 peket yis mauripan

[Yg tu resepi asal, tapi aku tambah 1 sudu kecil shortening]

*** Masukkan semua dlm BM dan tekan program untuk doh sahaja. BM akan siapkan doh dlm masa 1 jam 30 minit. Keluarkan doh, setelah itu tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian boleh bentuk ikut suka atau nak letak inti dan biarkan adunan naik 2 kali ganda sebelum dibakar.

***(Aku tunggu roti ni naik lebih kurang sejam)


Okey, kalau u all tak ada BM pun tak pe, boleh je uli dengan tangan. Air tu jadikan air suam kemudian campurkan yis dlm air... Dlm mangkuk lain satukan gula, garam, doh softener, susu tepung, telur dan tepung. Buat lubang ditengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan air.
Uli sehingga menjadi doh kemudian baru letak butter dan diuli sekali lagi sehingga doh menjadi lembut dan elastic. Memang pada permulaan akan rasa sedikit melekit tapi jangan risau....uli je tepung tu. Lama-lama butter tu akan bersatu dengan doh. Uli lebih kurang 15-20 minit.
Tutup doh dengan tuala lembab dan tunggu hingga doh naik sekali ganda. Kemudian bolehlah tumbuk doh untuk proses buang angin dan lepas tu bolehlah dibentuk dan tunggu pula adunan roti tu naik 2 kali ganda sebelum dibakar.

Lepas bakar, bolehlah disapu diatas permukaan roti dengan butter supaya Nampak berkilat dan cantik.

Senang kan...

Nah, tengok gambar roti paun pulak.



Untuk Roti Wholemeal ni bahan2 spt dibawah:-


250ml air
1 sudu besar minyak bunga matahari atau minyak jagung
(*aku guna minyak masak. Ok je...)
75 gm butter
1 sudu kecil (rata) garam
2 sudu besar susu tepung
60 gm gula perang (*guna gula perang utk dapatkan warna yg cantik)
100 gm multi grain bread mix
400 gm tepung high protein
11 gm yis segera mauripan

Apakah PR hanya menang sorak dan tergadai Undi?

DAP sudah boleh tersenyum kerana memenangi 12 daripada 15 kerusi di Sarawak. Satu peningkatan yang ketara dan menarik. PKR pula boleh berbangga kerana berjaya mendapat 3 kerusi. PAS?? walaupun sifar dan mungkin pedih dengan kekalahan, perlu bangkit dan melihat serta mengkaji kenapa mereka tidak berjaya untuk mendapatkan satu kerusi sekalipun.

Apapun BN Sarawak dengan megahnya telah mendapat 2/3 daripada kedudukan kerusi. Dan telahpun diumumkan siapa dia Ketua Menteri Sarawak yang baru. Hahahaha.....mungkin Taib Mahmud akan berkata "Peduli apa...pada mereka yang tak suka, janji tetap dapat jadi KM juga"

Hakikatnya, PR bukanlah hanya menang sorak dan Undi tergadai tetapi PR telah berjaya menembusi hati rakyat Sarawak untuk mencari perubahan. Cuma kemenangan belum lagi berpihak kepada PR. Kepada PR ingatlah bahawa FRU 13 sudah semakin hampir. BN telah berjaya mendapat 'Fix deposit'nya di Sarawak.
Dan kepada warga semenanjung, apakah anda semua telah bersiap-sedia untuk FRU 13 ini?

Ini Pantun Buat Mereka yang duduk di Singgahsana

Belalang kunyit ditengah bendang



Mencari makan dicelah padi


Dato mana yang suka temberang


Akhirnya membuka Aib sendiri










Cantik sungguh si Rama-Rama


Terbang hinggap di bunga Dahlia


Kerana cinta dunia lupakan Agama


Akhirnya yang berilmu menjadi Hina







[Saat ini terfikir disanubari, apakah perasaan seorang isteri serta anak-anak bila si suami dan bapa mereka dicaci maki. Telah hilang maruah diri. Apakah mereka tidak takut mati?]

Cerita dalam Lift - video punya pasal.

Lelaki A : "Ntah apa nak jadi dengan Malaysia ni?"
Lelaki B : "Hmmm, tak jadi apa-apa. Yang gila kuasa je perasan Malaysia ni depa punya"
Lelaki A : "Aku dah naik menyampah nak tengok Berita. Anak aku dok tanya tv tu cakap video apa. Dia suruh aku pergi beli video tu. Dia nak tengok. Haru aku!!"
Lelaki B : "Hah? berapa umuq anak hang?"
Lelaki A : " Darjah satu. 7 tahun"


Kemudian pintu lift terbuka, dan dua orang lelaki tadi keluar.


Aku masih didalam lift sambil terfikir, bagaimana penerimaan kanak-kanak lain ketika mereka menonton berita ataupun membaca berita tentang kecohnya isu Video ini. Sedangkan kita yang dewasa pun jadi pening dengan berbagai laporan. Kerana politik, kuasa dan wang harga diri manusia makin hilang.


Setiap kali nak buat pilihanraya, barulah keluar macam-macam cerita. Ada yang nyata dan ada yang sekadar direka cipta. Malangnya bagi bangsa kita, kerana keburukan Melayu juga dijaja.
Alahai.......

Kami redha dengan pemergian mu. Semoga rohmu tenang disana.

Catitan kenangan buat arwah adik iparku W Ahmad Fadzil bin W Mohd atau lebih dikenali dengan nama Nafastari dalam dunia bloggers.


Arwah adalah merupakan seorang yang baik tingkah lakunya, amat berbudi bahasa, sentiasa menghormati sahabat-sahabatnya, menghargai ipar-duai serta saudara maranya. Dan amat menyayangi keluarganya. Saat ini masih lagi terbayang-bayang akan wajah dan senyumanmu dik.


Malam selasa 1hb Mac yang lalu ketika Abang Asri pulang kerumah dan memberitahu tentang kemalangan yang menimpa dirimu, akak rasa seolah-olah tak mampu untuk berdiri namun akak kuatkan semangat. Akak cuba untuk tenangkan Abg Asri kerana akak tahu dia akan keluar rumah untuk pergi menjemput adik-adik yang lain termasuk kembar mu Lutfi. Ya Allah, engkau selamatkanlah adikku. Itu doa yang pertama akak ucapkan setelah abg asri keluar rumah.


Hampir pukul 12.00 malam akak terlihat status dalam FB yang ditulis oleh Abg Sabri mengatakan kau telah kembali kepadaNya. Ya Allah, saat itu airmata tak tertahan lagi. Anak-anak yang sama-sama membaca status tersebut kehilangan kata-kata. Akak cuma mampu meminta anak-anak sedekahkan bacaan al-fatihah padamu. Akhirnya mereka tertidur dalam sendu.


Pukul 2.30 pagi akak akhirnya menguatkan diri untuk menulis didalam blog tentang pemergianmu yang telah dijemput oleh Illahi. Dan akak juga mendoakan agar kembarmu Pie bersama abg asri selamat dalam perjalanan menuju ke kampong. Dan akak terkenangkan Nur, isterimu serta Nadaa dan Marwa yang masih kecil. Ketika itu akak masih tidak pasti bagaimana keadaan mereka.


Akak tidak ditakdirkan oleh Allah swt untuk menatap wajah terakhirmu dik. Rasa sedih sangat. Akak difahamkan yang jenazahmu telah dibawa pulang ke rumah ketika bercakap dengan Abg Asri melalui telefon pada pagi 2hb. Akak ada bertanyakan tentang keadaan Nur, Nadaa dan Marwa. Mereka selamat. Abg Asri sentiasa memaklumkan pada akak tentang perkembangan di kampong sehinggalah jenazahmu selamat dikebumikan.


Paa,

Allah swt lebih menyayangi mu walau sedalam mana kasih sayang kami kepadamu. Kau seorang yang istimewa dik. Kau selalu menceriakan keluarga. Selama hampir 15 tahun akak mengenalimu kau tidak pernah mengecewakan keluarga. Tentunya Chek, Ayah dan adik-beradikmu amat berbangga dengan kejayaan yang kau kecapi. Akak masih teringat disaat kau ingin meminang Nur, kau sungguh bahagia ketika itu. Akak rasa akaklah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan hantaran peminangan tersebut. Sungguh gembira melihat kau bahagia dik. Kemudian semasa hari pernikahanmu, kak Olin pula telah bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan untuk majlis tersebut. Kami gembira untuk menerima dan menyambut kehadiran orang baru ke dalam keluarga besar kita.


Paa,

Sebagai iparmu, akak sungguh berasa terharu kerana kau tidak pernah sekalipun menganggap kami ini sebagai ipar. Kau menganggap kami sebagai kakak-kakakmu sendiri. Sungguh mulia hatimu dik. Banyak yang kau kongsi bersama kami. Layananmu terhadap anak-anak buah sungguh mesra dan erat. Pastinya semua anak-anak buahmu akan merindui dirimu.


Paa,

InsyaAllah zuriat kau tidak akan kami sia-siakan. Ianya adalah amanah yang telah kau tinggalkan agar ikatan kasih sayang itu terus subur. Akak percaya Nur, isterimu akan memberi sepenuh kasih dan sayangnya untuk Nadaa dan Marwa. Dia ibu yang baik. Isteri yang solehah. Bertuahnya mu dik kerana memilih Nur untuk menjadi teman, sahabat, isteri dan ibu kepada anak-anakmu.


Nur,

Walaupun arwah Paa telah tiada lagi, ikatan persaudaraan kita tidak pernah putus. Ingatlah Nur, kami sentiasa ada disini. Kita tetap bersaudara dunia akhirat. Semoga kau terus tabah ye dik. Allah menduga mu kerana DIA tahu kau boleh mengharungi ujian ini. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusanmu kelak. Akak tetap mendoakan yang terbaik untukmu.


Ada waktunya nota catitan ini terhenti kerana tak mampu untukku menulis lagi. Airmata tak boleh nak disekat-sekat. Ianya mengalir laju. Betapa akak rindu padamu dik. Kita tak sempat untuk berjumpa ketika kau pulang ke Malaysia kali ini. Membaca kembali catatanmu didalam wall FB serta blogspot menambah rasa sayu. Kau punya Aura yang tersendiri. Begitu ramai yang menyayangimu diluar sana.


Selain daripada blog Nafastari, kau juga telah membuka satu lagi blog yang khusus menceritakan tentang zaman kanak-kanakmu ketika di kampong, Setiu. Trengganu. http://membesardisetiu.blogspot.com
Akak percaya blog ini akan sentiasa dibuka oleh saudara-mara kita walaupun entri terakhir dalam blog tersebut pada 9 August, 2010. Banyak catitan didalam blog ini akan menjadi memori paling indah untuk dikenang.
Kau juga telah berusaha untuk membuka satu lagi laman didalam wordpress khas untuk anak-beranak Wan Mohd. (Bari Rumah Kita) http://wmohdbari.wordpress.com
Cerita terakhir disini juga semasa April 2009 hanyalah nota tentang kelahiran Rafiq. Semuanya kau lakukan demi untuk mengeratkan ikatan keluarga kita. Akhirnya kita lebih dekat dan lebih mudah berhubung melalui Facebook. Macam-macam yang kita ceritakan diruang maya ini. Dalam FB tidak terasapun yang kau jauh beribu batu di perantauan. Paa, disatu ketika nanti, anak-anakmu pasti akan membaca blog-blog ini. Mungkin telah ditakdirkan anak-anakmu akan lebih mengenalimu melalui tulisan serta nota yang telah kau tinggalkan.


Paa,

Kami redha dengan pemergianmu. Bersemadilah dengan aman dik. Semoga rohmu tenang disana. Ya Allah, engkau ampunilah dosa adikku, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah kuburnya taman-taman syurga. Ya Allah engkau angkatlah rohnya ke tingkat yang paling tinggi disisiMu. Amin. Amin. Ya Rabil alamin……


Al fatihah.

Al Fatihah untuk penulis blog - Nafastari

Al Fatihah untuk penulis blog-Nafastari yang telah kembali kepadaNya akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke kampung halaman setelah baru sahaja beberapa hari terbang pulang ke Malaysia dari bumi Pakistan. Beliau disahkan meninggal dunia malam tadi. Arwah meninggalkan seorang balu dan 2 orang puteri yang masih kecil.


Semoga rohnya berada bersama roh para syuhada dan dimuliakan oleh Allah swt. Dan semoga isteri arwah diberi kekuatan olehNya untuk menempuh ujian ini.


Arwah adalah antara orang terawal yang memberi galakan kepadaku untuk menulis blog. Pemergiannya amat dirasai oleh seisi keluarga.

http://nafastari.blogspot.com - mungkin disatu hari nanti anak-anak arwah akan berpeluang membaca tulisan ayah mereka.

nota untuk pemimpin

Bila Ulamak di caci
Manakah iman dalam diri
Mengapa Ulamak dibenci
Bukankah mereka berilmu tinggi
Patutnya belajar serta memahami
Tapi kenapa pula rasa sakit hati



Sedarlah wahai pemimpin
Tidak selamanya kau berada di dunia
Untuk apa mendabik dada
Konon terlebih tahu hal-hal agama
Maka timbul pula agama sederhana
Ini mazhab datang dari mana?



Nota ini untuk kau baca
Walaupun kau tidak mungkin menjawapnya.

GST...ohh.....GST

Woi! GST
Kau ni macam apilah
Membakar rasa hati



Woi! GST
Kau macam pencuri
dengan lagak 6%
Kau menyamun duitku
dalam bil terkini



Woi! GST
Dulu kau cakap lain
konon tunggu hujung 2011
tapi kau memang hampeh
Januari, Februari kau datang dengan pantas
Tak pasal-pasal RM….RM….RM…kena cantas



Woi! GST
Kau memanglah mimpi ngeri
Dalam rumah, luar rumah semua ada
GST…...GST…….GST



HUH!......GST, KAU HANYA MENAMBAH BENCI !!!!

Jom Buat Pizza


Ada berbagai resepi pizza kalau kita tanya lebai google. Tapi aku sukakan cara yang paling simple. Malas betul kalau semua nak main sukat-sukat ni. Last-last main agak-agak sendiri je adunan tu. menjadi gak buat pizza. Hmmm..yummy! Yang penting anak-anak suka. Bukan apa, kalau selalu nak singgah ke Pizza Hut tu ada masalah sikit sebab cik abang memang tak suka langsung dengan pizza. Baginya, lempeng pisang dan roti canai lagi sedap. Huhuhu... :( sabar je kan... selalunya akan ambil sedikit doh pizza itu untuk dibulatkan menjadi roti. Hehe.. letak lah inti kaya atau sebagainya khas untuk cik abang.


Bahan untuk doh

½ kilo tepung roti (atau lebih dikenali sebagai tepung berprotein tinggi)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar shortening
1 sudu besar butter
1 sudu kecil bread improver
Sedikit Oregano kering
Sedikit minyak masak
1 paket Yis Mauripan
Sedikit sos cili Thai
¾ mug air suam (lebih kurang dlm 200ml)
Sedikit cheese mozzarella / cheddar parut
1 biji tomato segar, ½ biji lada benggala, sausage ayam, tuna & bawang holand
*tomato, lada benggala dan bawang di potong dadu.
(untuk topping ni...boleh letak macam-macam, terpulang pada citarasa masing-masing)

Cara-cara untuk doh

Campurkan Yis mauripan kedalam air suam. Kacau dan ketepikan.
Campurkan tepung, gula, garam, bread improver, butter dan shortening ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
Buat bulatan ditengah adunan dan masukkan air yang telah bercampur dengan yis mauripan serta diuli sehingga lembut.
Jika adunan terasa keras boleh tambah air suam sedikit dan minyak masak untuk melicinkannya. Uli macam kita nak buat doh untuk karipap tu la.
Tutup adunan doh dengan tuala lembab sehingga doh menjadi naik seketika.
Setelah doh naik, tumbuk adunan tepung untuk mengeluarkan angin.

***Masa ni dah boleh panaskan Oven terlebih dahulu.

Leperkan adunan doh diatas tudung periuk atau dulang yang sesuai. Tunggu 10 minit.
Sapu dan ratakan sos chilli diatas doh.
Selepas itu boleh letak Tuna, sausage, bawang, tomato segar, lada benggala.
Taburkan chesse diatas bahan tadi. Kemudian taburkan pula oregano kering.
Lepas tu bakar.
Fuh....bau pizza yang dibakar didalam oven pasti membuatkan hidung u all semua kembang kempis..
Harum sangat!
* boleh dapat dalam 4 set pizza...bergandung pada dulang & tudung periuk u all la kan..
** SELAMAT MENCUBA YE...........

Pindaan Akta? Mari kita BANTAH!!

Senjata dah makan tuan ke?

Mungkin itulah ayat yang paling sesuai untuk diberikan kepada pihak yang merasakan
Bahawa semua laman sesawang kat dunia maya ni terutama yang berpengakalan di Malaysia perlu dikawal selia.


Apa dah jadi dengan slogan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ tu?? Hmmm…


MARI KITA BANTAH cadangan Pindaan Akta tersebut.


Nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang tidak berasa senang hati bila Rakyat menjadi lebih cerdik untuk menapis berita yang dibaca.


Dan mungkin ada pihak yang merasa amat sakit hati kerana Media arus perdana tidak popular lagi sebagai bahan berita rasmi.

Garis Panduan?

Dalam Malaysia Kini :-

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini”



Fuyooo…. Nampaknya para bloggers kena lebih berhati-hati buat laporan dalam dunia tanpa sempadan ni. Pastikan setiap berita tu sahih dan benar. Tapi kadangkala melapurkan perkara yang benar pun silap haribulan dikatakan menabur fitnah pula terutama kalau berita sensasi yang memanaskan jiwa dan raga puak gerombolan.



Dan pastinya laman web dan blog PR yang lebih banyak disiasat oleh pihak-pihak tertentu berbanding dengan laman web dan blog yang seangkatan dengan puak gerombolan.



Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Apakah mereka cuba memasang jerat untuk melemahkan semangat??


I got a PA.


PA ni memang bagus. Bagus dalam menjadualkan semula kerja. Huhu... terutama kerja-kerja rumah yang belum sampai waktu untuk pencen tu.


Dan PA ini akan menjadi teman setia bila aku 'asyik' menatap skrin yang boleh bercerita macam-macam perkara di ruang maya. PA yang sungguh baik hati sehingga dengan sukacitanya tolong mengetuk-ngetuk butang hitam putih tu.
Adoiiii....... sehingga kadangkala hilang semua butiran yang baru terpampang kat skrin.


Tapi jangan tak tahu, PA ni pandai buat perangai gak. Masa tu akulah orang yang paling tension. Kenalah banyak bersabar. Iskh...iskh.....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...