Pagi Isnin yang tak ceria...

2, 3 hari ni bahu dan lengan kiri terasa sakit sangat. Nak angkat tangan pun rasa tak larat. Silap aku kerana mengambil mudah tentang sakit yang dirasa pada setiap pagi ketika bangun tidur selama hampir 3 minggu.
Akhirnya pagi ini aku jumpa doktor yang kebetulan namanya sama dengan nama aku. He..he.. dengar bebelan doktor dipagi hari ku anggap macam dengar Sinar FM. Dalam hati cepatlah doc bagi ubat. Puan Doktor tu nasihatkan aku selalu minum susu dan buat gerakan tangan ala-ala senaman macam yang dia ajar. Aku pun angguk-angguk walaupun ada rasa nak buat lawak geleng-geleng. Dan ubat-ubat yang dia bagi tu membuatkan aku rasa macam nak tercekik. Mai aii....., banyaknya pil. Kena telan semua ke? eh! eh! doktor tu macam tau je apa yang ku sebut dalam hatiku. Dia pun berkata "Kalau u rasa nak cepat baik sakit dibahu tu, u kena habiskan semua ubat yang i bagi. Dan u kena pastikan yang diri u tak lupa untuk minum susu setiap hari. Dengan tahap kesihatan u dan faktor umur, u have no excuse." Alahai...... benci betul dengar tambah-tambah bila dia sebut faktor umur. Iskh! doktor ni macam nak suruh aku rasa tua je. Well, aku memang perasan yang aku ni muda lagi..... hi..hi.. hi..
Sebelum aku ketuk papan kekunci kat PC ni, aku membaca entry "Faisal Tehrani" dalam blognya. Tentang perjuangan bahasa melayu. Aku menyokong agar bahasa melayu dikembalikan pada duduk asal martabatnya. Bahasa Inggeris satu keperluan masa kini namun bahasa melayu, bahasa ibunda negara tidak harus dipinggirkan oleh semua rakyat jelata. Bacalah tentang apa yang dirasa oleh beliau di lamannya:- http://www.tehranifaisal.blogspot.com/
Marilah bersama-sama menyokong perjuangan bahasa kita.

Politik Perak Makin Haru Biru...

Alahai Perak kampungku
kenapa langit mu tidak lagi biru
yang ku lihat hanya awan kelabu
dan udara mu penuh debu.....


Yang menang belum tentu menang walau rasa senang
Yang kalah dan mengalah belum tentu kalah walau payah
(fikir-fikirkan.........)


[Kalaulah P.Ramlee ada lagi dizaman ini, mesti beliau ketawa besar dengan aksi dan gelagat para ahli politik Malaysia]

CINTA ITU APA?

Untuk seorang rakan yang sedang asyik bercinta. Aku doakan kau bahagia. Yang penting restu ayah bonda agar kehidupanmu aman sentosa.


Cinta itu warna warni
Pada jiwa yang menghargai
Cinta itu warna kelabu
Saat hati tak menentu

Cinta bertukar warna biru
Bila dunia hanya milik kau, aku
Cinta umpama bunga-bunga tulip
Saat pandangan mata tak berkelip

Cinta umpama mawar merah
Yang hadir bersama aliran darah
Cinta sesuci mawar putih
Saat ianya baru berputik

Cinta adalah warna-warna pelangi
Yang menceriakan hati
Cinta adalah laut dalam
Akan lemas tanpa pedoman

Cinta pada manusia
Adakala hati sendiri yang terseksa
Cinta pada Ilahi
Cintamu akan dirahmati
Nota untuk mu.....,
kau harus tahu mengawal cinta. Semoga tercapai impianmu membina mahligai untuk berkeluarga.

Bila Pemuda UMNO tunjuk garang

Adengan drama dikaca tv semalam memang kelakar. Kenapa yek dorang tu beriya-iya melenting bagai. Karpal hanya menuduh. Kenapa perlu rasa tersinggung? Bukan ke bagus hantar saman je pada Karpal tu? Tak pun buat jelah laporan polis kan..kan..kan...
Si Ammar tanya aku "Ma, apesal diaorang gaduh?Eeiiii gaduh macam budak sekolah je"
Ha..ha..ha... terus aku gelak. Yelah, budak kecil tengok pun rasa macam pelik. Buat malu je.
Tentang kes peluru yang Karpal terima tu biarlah polis aje buat kerja. Kenapa tak percaya? Ada sesapa dalam Pemuda yang sanggup upah PI untuk siasat kes tu untuk memulihkan imej pemuda yang dituduh sebagai penghantar peluru? Kita tunggu dan lihat sampai kemana kes ini akan dibawa. Takut-takut nanti akhirnya senyap macam tu je.....
Alahai Malaysia ku, bagaimana nak membentuk negara gemilang bila jati diri rakyatnya ramai umpama 'telur temelang'. Tu tidak dikira lagi tentang unsur-unsur rasuah yang dicerita secara terang tetapi kesnya hanya dicampak dalam longkang.

syair siasah

Kena baca entry ni secara bersyair juga. Baru ada feel. He...he..he...

Tersebutlah kisah satu cerita
Antah Berantah nama negerinya
Dulu aman sekarang nestapa
Datang Bala bertimpa-timpa

Putera mahkota berdukacita
Pembesar semua mabuk kuasa
Tidak dihirau undang negerinya
Rakyat melata terpinga-pinga

Selingan muzik…….

Gegak gempita orang dimuara
Keris diusap membaca mentera
Dihulu pula parang ditempa
Umpama perang lagak gayanya

Negeri yang makmur hilanglah sudah
Angkara pembesar bertikam lidah
Tidak beradap tidak berakhlak
Hamba sahaya berasa muak

Selingan muzik….

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...