Berhajat nak beli rumah lelong?

Pagi ni hujan turun dengan lebatnya dan sudah pasti diluar sana ada rasa sejuk yang membelai kulit wajah. Tetapi kenapa aku rasa panas. Mungkin mood pagi aku telah diganggu. Entri kali ini aku tak nak cerita pasal politik tetapi sesuatu yang lain.




Bila ekonomi negara didalam keadaan tidak menentu tambahan pula dengan suasana politik negara yang haru biru, pasaran hartanah menjadi agak lembab sekarang. Dan rata-rata kebanyakan orang berfikir banyak kali untuk membeli rumah atau hartanah baru. Tetapi ada juga pihak yang merasakan ini mungkin satu peluang yang bagus untuk mereka membeli rumah-rumah yang telah dilelong oleh pihak bank dengan harga yang jauh lebih rendah.
Kepada mereka yang berhajat untuk membeli rumah secara lelongan oleh pihak institusi kewangan cuba fikirkan perkara berikut selain daripada harga yang ingin dibida. Mungkin senarai dibawah boleh memberi sedikit gambaran yang berguna.


1) Harga bidaan yang ditawarkan
2) Status geran hakmilik – adakah ada sekatan kepentingan
3) Siapa pemaju perumahan tersebut
4) Sila semak hutang tertunggak dengan pihak pemaju untuk caj penyelengaraan
dan sebagainya
5) Tunggakan cukai pintu dan cukai tanah
6) Tunggakan bil air dan elektrik
6) Buat lawatan ke rumah yang ingin dibida mana tahu ada penghuni /
penyewa yang sain kontrak sewaan dengan pembeli asal.
7) Lantik peguam bagi pihak pembida


Kadangkala, hutang yang tertunggak tidak termasuk dalam harga bidaan dan kebanyakkan pembida terlepas pandang perkara ini. Bila kontrak telah ditandatangani pembida merasakan yang diri mereka telah tertipu dan kos nilai hartanah yang dibeli menjadi lebih tinggi. Itu belum termasuk budget untuk renovation kediaman lagi.

Sebagai pembeli dan juga pembida rumah lelong, sebaik-baiknya cari dan lantik peguam untuk mewakili anda dan jangan hanya bergantung kepada pihak peguam bank sahaja. Jangan lupa untuk membaca terma-terma yang terkandung dalam (proclamation of sale) kontrak pengistiharan jualan itu.
[Opppsssss!!!…….gambar yang kat atas tu hanyalah sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan rumah lelong tau.]

Bila Harakah & Suara Keadilan digantung...

Rata-rata bila buka laman-laman sesawang pagi ini ramai yang tak puas hati bila Harakah & Suara Keadilan digantung selama 3 bulan. Kenapa? Kenapa baru sekarang kononnya diberitakan bahawa kedua-dua akhbar itu membawa berita & cerita berbagai fitnah. Apakah akhbar arus perdana negara membawa berita yang benar sahaja. Kadangkala maklumat yang diberi pun tidak berapa tepat.
Cuma yang dirisaukan sekarang apakah Harakah Daily juga bakal digodam menjelang piliharaya kecil kali ini. Apakah mungkin akan ada usaha-usaha untuk menyekat penyebaran maklumat dari laman-laman blog dan web berita pula. Parti bulan mengambang kenalah usaha lebih sikit untuk menyampaikan maklumat pada orang kampung yang tidak lagi boleh membeli Harakah. Bukan semua orang kampung berupaya untuk mencari maklumat dalam internet.
Semoga bulan terus bersinar walaupun kadang-kadang ada awan hitam yang menghalang pandangan.

Bicara kata untuk piliharaya

Jikalau menampi padi, jangan tumpah isinya
Bila nak ngundi, tengok calon dan juga partinya

Diam ubi selalu berisi, diam besi akhir berkarat
Bila nak ngundi, pilihlan calon yang pentingkan akhirat

Jika tak lalu perahu di air, di gurun dirangkakkan
Apa maksud apa harapan, pada rakyat sampai-sampaikan

Mencari ikan biarlah dapat, serampang jangan pula patah
Meraih undi dengan berhemah supaya tidak hanya lelah

Teguh pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah
Calon mana yang menang besar, kekuatan ada pada ahli siasah
Selamat Berhujung Minggu.....
dah ada yang bercadang nak mulakan kempen tak rasmi ke?

Nak Undi Siapa?

Semalam ku selak akhbar Sinar. Tup-tup terpandang pula ruang iklan untuk undian sms antara Opah Pidah kita dengan Nenek Ijat. Uuuiiiii......., glamer sungguh dorang berdua ni sampai keluar dalam suratkhabar untuk pancing undi peminat. Siap ada kiraan undi sms undi siapa yang paling tinggi.
Pelik pula rasa dihati kerana aku berpendapat perwakilan yang nak berkumpul didalam lumpur kena buat pemilihan undi pada hari yang telah ditetapkan. Kenapa tiba-tiba perlu ada iklan sms semacam ini. Siapa pihak yang menganjurkan dan membuat iklan itu? Macam nak test market je... he..he..he...
Entah-entah ini salah satu teknik untuk cantas dan tebas. Bila terpapar lawan yang satu lagi terima undi sms paling popular mestilah tak puas hati dan mulalah mengatur rentak srikandi. Hai.....kata skrip dalam cerita P. Ramlee tempohari "Inilah permainan dunia......." masih relevan sampai kini.

Paluan Gendang telah bermula...

Maka para bentara pun telah mula memukul gendang. Paluan gendang sebagai tanda untuk pembesar bergelar yang ingin merebut kerusi emas siap sedia dengan ilmu yang dituntut dan gelanggang AMNOR telah bersedia untuk menahan amuk. Betulkah begitu?
Hulubalang yang lain terpinga-pingga, masa peraduan belum pun tiba. Mengapa perlu dipalu gendang beradu. Datanglah Nenek Kebayan memberi hikmat akan pentingnya paluan itu supaya dapat memberi gerun kepada pembesar yang berhajat benar akan kerusi emas merasa cemas sebelum rentak dan senjata sama beradu.



Sirih Pinang didalam puan
makan bersama ditengah serambi
cerita rasuah dah mula jadi hebahan
yang bertanding mula tak sedap hati



Cantik sungguh Anggerik di desa
tumbuh meliar di dalam hutan
Mari tengok siapa yang kena
dicantas kaki sebelum kedepan

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...