sembang-sembang dgn ahli puteri umno

Aku baru lepas berborak dengan seorang ahli puteri umno perak yang tengah syok shopping sakan kat tengah Kuala Lumpur. Ha...ha....ha.... kan dah kata sebelum ni, memang korang semua sibuk nak membeli belah je. Tak kisahlah, katanya dia dapat duit free....(?) Siapa yang bagi ek?
Uuuuuiiiiii................yang tu rahsia katanya.
Bayangkan kalau si ahli ni yang hanya datang sebagai penyokong pun dapat duit "elaun sebagai peraih undi", yang jadi perwakilan pulak aku tak berapa nak percaya kalau dia kata 'satu sen pun tak de' He.....he.......he.... cover bagus nampak...
Cuma yang tak berapa sedap didengar tu bila si minah ni beritahu supaya aku jangan harap sangat Dato' Nizar boleh menang di Bukit Gantang. Lepas selesai di PWTC hujung minggu ni orang-orang umno perak akan mula berkampung di Bukit Gantang pula dan memulakan kempen yang lebih berbisa. Ye ke? Beriya-iya lah minah ni kutuk Dato' Nizar dan PAS. Aku tadah telinga je... sambil-sambil tu cuba gak korek rahsia apa tindakan mereka.
La, rupanya para puteri ni plan tindakan pun tak de lagi. Tunggu arahan pihak atasan. Tak leh nak memandai cuma waktu ni mereka hanya diberi penerangan akan keburukan parti bulan je.
Alahai.........

Perjanjian Najib & Pak Lah?

Iskh!..... biar betul teori ni. Aku baru je lepas baca pasal teori ni dalam satu laman wordpress.
Kononnya mengikut kefahaman aku lah kan....., Pak Lah janji undur dan serah kerusi pada Najib kalu KJ dapat tempat? Dan kes-kes busuk Najib pun akan selamat?

Ho....ho.....ho...... ni siapa yang ikat siapa nih?

Bacalah dengan lebih nyata di http://aminiskandar.wordpress.com/
Hukum berita menyampaikan yang benar
Wartawan menulis yang dilihat didengar
Maklumat dicantas atas arahan pembesar
Rakyat melihat makin tak sabar
Pemimpin yang ada tak jugak sedar-sedar
Riwayat si keris macam dah nazak benar
Apakah perlu disediakan keranda yang besar



Persidangan berkampung di lubuk niaga
Selain mesyuarat macam-macam ada
yang datang masihkah ada cinta
atau sekadar berjalan nak cuci mata
sambil shopping habiskan duit yang ada
dengan harapan keris masih lagi bernyawa



Keris menjadi senjata utama
Zaman melayu dahulukala
Menghunus musuh belum tentu kena
Takut nanti diri sendiri yang tercedera



Gelanggang dibuka untuk berjuang
Siapa yang gagah dialah yang menang
Orang diluar silalah pandang
Dikaca tv ada terpampang
Mana tahu ada peluang
Untuk belasah keris yang makin goyang



Berhajat nak beli rumah lelong?

Pagi ni hujan turun dengan lebatnya dan sudah pasti diluar sana ada rasa sejuk yang membelai kulit wajah. Tetapi kenapa aku rasa panas. Mungkin mood pagi aku telah diganggu. Entri kali ini aku tak nak cerita pasal politik tetapi sesuatu yang lain.




Bila ekonomi negara didalam keadaan tidak menentu tambahan pula dengan suasana politik negara yang haru biru, pasaran hartanah menjadi agak lembab sekarang. Dan rata-rata kebanyakan orang berfikir banyak kali untuk membeli rumah atau hartanah baru. Tetapi ada juga pihak yang merasakan ini mungkin satu peluang yang bagus untuk mereka membeli rumah-rumah yang telah dilelong oleh pihak bank dengan harga yang jauh lebih rendah.
Kepada mereka yang berhajat untuk membeli rumah secara lelongan oleh pihak institusi kewangan cuba fikirkan perkara berikut selain daripada harga yang ingin dibida. Mungkin senarai dibawah boleh memberi sedikit gambaran yang berguna.


1) Harga bidaan yang ditawarkan
2) Status geran hakmilik – adakah ada sekatan kepentingan
3) Siapa pemaju perumahan tersebut
4) Sila semak hutang tertunggak dengan pihak pemaju untuk caj penyelengaraan
dan sebagainya
5) Tunggakan cukai pintu dan cukai tanah
6) Tunggakan bil air dan elektrik
6) Buat lawatan ke rumah yang ingin dibida mana tahu ada penghuni /
penyewa yang sain kontrak sewaan dengan pembeli asal.
7) Lantik peguam bagi pihak pembida


Kadangkala, hutang yang tertunggak tidak termasuk dalam harga bidaan dan kebanyakkan pembida terlepas pandang perkara ini. Bila kontrak telah ditandatangani pembida merasakan yang diri mereka telah tertipu dan kos nilai hartanah yang dibeli menjadi lebih tinggi. Itu belum termasuk budget untuk renovation kediaman lagi.

Sebagai pembeli dan juga pembida rumah lelong, sebaik-baiknya cari dan lantik peguam untuk mewakili anda dan jangan hanya bergantung kepada pihak peguam bank sahaja. Jangan lupa untuk membaca terma-terma yang terkandung dalam (proclamation of sale) kontrak pengistiharan jualan itu.
[Opppsssss!!!…….gambar yang kat atas tu hanyalah sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan rumah lelong tau.]

Bila Harakah & Suara Keadilan digantung...

Rata-rata bila buka laman-laman sesawang pagi ini ramai yang tak puas hati bila Harakah & Suara Keadilan digantung selama 3 bulan. Kenapa? Kenapa baru sekarang kononnya diberitakan bahawa kedua-dua akhbar itu membawa berita & cerita berbagai fitnah. Apakah akhbar arus perdana negara membawa berita yang benar sahaja. Kadangkala maklumat yang diberi pun tidak berapa tepat.
Cuma yang dirisaukan sekarang apakah Harakah Daily juga bakal digodam menjelang piliharaya kecil kali ini. Apakah mungkin akan ada usaha-usaha untuk menyekat penyebaran maklumat dari laman-laman blog dan web berita pula. Parti bulan mengambang kenalah usaha lebih sikit untuk menyampaikan maklumat pada orang kampung yang tidak lagi boleh membeli Harakah. Bukan semua orang kampung berupaya untuk mencari maklumat dalam internet.
Semoga bulan terus bersinar walaupun kadang-kadang ada awan hitam yang menghalang pandangan.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...