Apa Nak Jadi?

Apa nak jadi
Dengan urus tadbir Pie Em ini
Kuasa belum seratus hari
Berbagai cerita timbul sana sini


Apa nak jadi
Pada tanah timur ni
Semua kena mengaku berjanji
Jika tidak tak aman ke negeri


Apa nak jadi
Nak lelong pula si camry
Awat yang rasa sakit hati
Bukannya nak guna duit sampai berlori


Apa nak jadi
Penanti bukan kawasan mati
Tapi kenapa Be End tak berani
Belum berperang dah kalah lagi


Apa nak jadi
Mana perjuangan melayukan ekonomi
30 percen pun dah hilang tak tercari

Sabarlah hati……….

Resepi Kek Kukus Prune

Salam pagi semua.... pagi ni aku rasa ceria sikit sebab selalunya time-time macam ni aku dah mula rasa pening-pening. Setakat ni ok pulak, belum lagi rasa pening. Seronoknya. Sebagaimana yang dah dijanji tempohari, kat bawah ni ada resepi Kek Kukus Prune yang sedap tu.
Tapi kan, aku sendiri pun belum cuba lagi resepi ni cuma dah merasa makan je. Buat masa ni aku belum berselera lagi nak buat kek sendiri. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai.



250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
½ cawan gula putih
½ cawan gula perang
¼ tin susu pekat manis
20 biji prune (dikisar dengan sedikit air)
5 biji prune dihiris kasar
5 biji telur



Cara-caranya:-


Didihkan air dalam pengukus
Putarkan butter, gula & susu hingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Masukkan prune yang telah dikisar
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Akhir sekali masukkan prune yang dihiris
Dan kacau adunan dengan senduk pun dah ok
Pas tu apa lagi… gris kan loyang dengan butter dan kukus selama 1 ½ jam


[Pesanan daripada teman aku tu, kalau nak lagi sedap guna prune jenama sun sweet]


Selamat mencuba.
Anak
Anugerah Tuhan
Untuk kita didik menjadi insan
Bukan sekadar sebagai hiasan



Anak
Begitu tinggi harapan ibu ayah
Supaya dewasa berdiri gagah
Dengan ilmu serta ibadah



Anak
Jangan sekali kau lupa jasa ibu ayah
Yang membesarkan mu dengan lelah
Bersama doa-doa kesejahteraan
Agar hidup mu nanti sentiasa dibawah rahmat Tuhan


~Aishah Jamal~
Kuala Lumpur



**** Tahniah kepada Nafastari & MawarNafastari kerana telah bergelar Ibu & Ayah.
**** Tahniah juga kepada WS Zuriati kerana telah memperolehi cahayamata ketiga.

Aqillah yang teringin makan Roti....

Ini antara perbualan aku dengan Aqillah malam tadi.

“Mama, kenapa mama dah lama tak buat Roti?”
“Asyik beli je. Mama buatlah malam ni…”

Aku pun menjawap :

“Alah…yong, lain kali ajelah mama buat. Tepong untuk buat Roti tu dah habis.”

Dengan muka frust Aqillah kata “Okey….”


Dulu, aku memang le rajin buat roti sendiri. Lepas tu letak macam-macam inti. Kadang-kadang buat berbagai bentuk dan rupa. Cepat je habis kena bedal dengan anak-anak.
Untuk 2, 3 bulan akan datang ni….. minta maaf le tak larat aku nak buat roti tu. Rasa cam malas je. Kalau paksa gak mau aku tergolek depan Oven tu karang. He..he..he…
Kesian kat anak-anak aku 2, 3 menjak ni asyik breakfast roti kedai je… nak masak menu lain aku rasa tak larat. Menghadap singki yang penuh dengan pinggan mangkuk tu pun kadang-kadang aku rasa macam nak termuntah. Ini kan pula nak masak macam-macam.
Layan katil lagi best……


Aku terima beberapa potong kek prune semalam daripada seorang teman. Katanya sempena menyambut kemenangan PAS dibukit Gantang. Hi...hi...hi.... kelakar betul dengan gurauannya. Sekarang ni aku tengah nak membodek dia untuk dapatkan resepi kek tu. Sedap sangat……. Kalau aku berjaya dapatkan resepi tu nanti, aku akan kongsikan dengan korang semua yang sudi bertandang kat blog aku ni.


Pagi ini pagi yang ceria kepada para penyokong PR. Seronok sungguh mereka sembang-sembang pasal kemenangan semalam. Ada yang beri komen tentang salah satu sebab kekalahan BN ialah kerana sibuknya bekas PM Tun Mahadhir datang berkempen. Uuiiiii…., ingatkan ada orang yang suka. Rupanya ramai yang menyampah! Nasib le kan….. lagi banyak percakapan yang keluar daripada mulut Tun Mahadhir, lagi banyak orang sok-sek kutuk dia.



Sekarang kita tengok pula barisan kabinet baru yang akan diperkenalkan oleh PM baru kita. Siapa yang masih kekal dan siapa pula yang terkeluar daripada barisan kepimpinan kerajaan. Dan sesuatu yang pasti Dato’ Najib dan para menteri yang dilantik akan menghadapi situasi sukar untuk memenangi semula hati rakyat Malaysia yang semakin tidak dapat menerima UMNO dan sekutunya. Dan mereka-mereka yang kelihatan begitu rapat dengan orang-orang tertentu dalam barisan kepimpinan bolehkah dipercayai akan setianya kepada parti kerajaan. Mungkinkah hanya bersikap ‘ada udang sebalik batu’? Atau masihkah ramai yang kaki ampu dan kerjanya hanya membodek menteri sahaja? Kita tunggu dan lihat perkembangan politik Malaysia.



Secara peribadi apa yang aku harapkan daripada PM baru ialah satunya tentang isu PPSMI. Aku berharap sangat yang Dato’ Najib sepupu Dato’ Hishammudin ini akan buka mata seluas-luasnya tentang isu tersebut. Jangan hanya melihat keputusan peperiksaan pada sekolah-sekolah dibandar. Lihat dan halusilah akan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar diluar bandar. Sayangilah masa depan anak-anak orang Melayu kita. Sayangilah bahasa ibunda kita. Jika betul ingin mempertingkatkan bahasa inggeris, berilah pilihan pada pelajar untuk mempelajari sastera inggeris. Jangan pula korbankan matapelajaran sains dan matematik itu pula.



Yang keduanya, aku harapkan Dato’ Najib dapat menangani isu ekonomi negara yang semakin tidak menentu. Bila ekonomi negara dalam keadaan gawat, kesannya amatlah ketara pada rakyat. Suka atau tidak wang ringgit akan mempengaruhi emosi dan motivasi kerja kebanyakkan orang. Faktor wang ringgit juga kadangkala boleh membawa kepada isu-isu jenayah. Bila kehidupan rakyat semakin susah ada kemungkinan kes jenayah juga akan meningkat. Dato’ Najib harus memikirkan perkara ini dengan lebih berhemah. Janganlah pula nanti hanya saluran tertentu sahaja yang mendapat imbuhan ekonomi. Peluang haruslah diberikan secara terbuka dan samarata.



Dato’ Najib baru menjadi PM hanya beberapa hari. Kita beri peluang kepadanya untuk membuktikan bahawa dia layak untuk memegang title ‘PM’ itu……… Jika rentak dia salah, dah tentu ramai pihak yang akan membantah.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...