Jom Buat Pizza


Ada berbagai resepi pizza kalau kita tanya lebai google. Tapi aku sukakan cara yang paling simple. Malas betul kalau semua nak main sukat-sukat ni. Last-last main agak-agak sendiri je adunan tu. menjadi gak buat pizza. Hmmm..yummy! Yang penting anak-anak suka. Bukan apa, kalau selalu nak singgah ke Pizza Hut tu ada masalah sikit sebab cik abang memang tak suka langsung dengan pizza. Baginya, lempeng pisang dan roti canai lagi sedap. Huhuhu... :( sabar je kan... selalunya akan ambil sedikit doh pizza itu untuk dibulatkan menjadi roti. Hehe.. letak lah inti kaya atau sebagainya khas untuk cik abang.


Bahan untuk doh

½ kilo tepung roti (atau lebih dikenali sebagai tepung berprotein tinggi)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar shortening
1 sudu besar butter
1 sudu kecil bread improver
Sedikit Oregano kering
Sedikit minyak masak
1 paket Yis Mauripan
Sedikit sos cili Thai
¾ mug air suam (lebih kurang dlm 200ml)
Sedikit cheese mozzarella / cheddar parut
1 biji tomato segar, ½ biji lada benggala, sausage ayam, tuna & bawang holand
*tomato, lada benggala dan bawang di potong dadu.
(untuk topping ni...boleh letak macam-macam, terpulang pada citarasa masing-masing)

Cara-cara untuk doh

Campurkan Yis mauripan kedalam air suam. Kacau dan ketepikan.
Campurkan tepung, gula, garam, bread improver, butter dan shortening ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
Buat bulatan ditengah adunan dan masukkan air yang telah bercampur dengan yis mauripan serta diuli sehingga lembut.
Jika adunan terasa keras boleh tambah air suam sedikit dan minyak masak untuk melicinkannya. Uli macam kita nak buat doh untuk karipap tu la.
Tutup adunan doh dengan tuala lembab sehingga doh menjadi naik seketika.
Setelah doh naik, tumbuk adunan tepung untuk mengeluarkan angin.

***Masa ni dah boleh panaskan Oven terlebih dahulu.

Leperkan adunan doh diatas tudung periuk atau dulang yang sesuai. Tunggu 10 minit.
Sapu dan ratakan sos chilli diatas doh.
Selepas itu boleh letak Tuna, sausage, bawang, tomato segar, lada benggala.
Taburkan chesse diatas bahan tadi. Kemudian taburkan pula oregano kering.
Lepas tu bakar.
Fuh....bau pizza yang dibakar didalam oven pasti membuatkan hidung u all semua kembang kempis..
Harum sangat!
* boleh dapat dalam 4 set pizza...bergandung pada dulang & tudung periuk u all la kan..
** SELAMAT MENCUBA YE...........

Pindaan Akta? Mari kita BANTAH!!

Senjata dah makan tuan ke?

Mungkin itulah ayat yang paling sesuai untuk diberikan kepada pihak yang merasakan
Bahawa semua laman sesawang kat dunia maya ni terutama yang berpengakalan di Malaysia perlu dikawal selia.


Apa dah jadi dengan slogan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ tu?? Hmmm…


MARI KITA BANTAH cadangan Pindaan Akta tersebut.


Nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang tidak berasa senang hati bila Rakyat menjadi lebih cerdik untuk menapis berita yang dibaca.


Dan mungkin ada pihak yang merasa amat sakit hati kerana Media arus perdana tidak popular lagi sebagai bahan berita rasmi.

Garis Panduan?

Dalam Malaysia Kini :-

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini”



Fuyooo…. Nampaknya para bloggers kena lebih berhati-hati buat laporan dalam dunia tanpa sempadan ni. Pastikan setiap berita tu sahih dan benar. Tapi kadangkala melapurkan perkara yang benar pun silap haribulan dikatakan menabur fitnah pula terutama kalau berita sensasi yang memanaskan jiwa dan raga puak gerombolan.



Dan pastinya laman web dan blog PR yang lebih banyak disiasat oleh pihak-pihak tertentu berbanding dengan laman web dan blog yang seangkatan dengan puak gerombolan.



Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Apakah mereka cuba memasang jerat untuk melemahkan semangat??


I got a PA.


PA ni memang bagus. Bagus dalam menjadualkan semula kerja. Huhu... terutama kerja-kerja rumah yang belum sampai waktu untuk pencen tu.


Dan PA ini akan menjadi teman setia bila aku 'asyik' menatap skrin yang boleh bercerita macam-macam perkara di ruang maya. PA yang sungguh baik hati sehingga dengan sukacitanya tolong mengetuk-ngetuk butang hitam putih tu.
Adoiiii....... sehingga kadangkala hilang semua butiran yang baru terpampang kat skrin.


Tapi jangan tak tahu, PA ni pandai buat perangai gak. Masa tu akulah orang yang paling tension. Kenalah banyak bersabar. Iskh...iskh.....

Ceritera 1

Pagi itu tidak seperti pagi hari yang lain. Puteri lebih banyak diam. Dia mengelamun dan membiarkan hatinya berbicara. Mengenang sejarah silam. Mengenang seseorang yang pernah melewati taman indah dijiwanya. Hatinya kini gundah. Berasa sedikit resah memikirkan kenapa dia harus terkenang pada peristiwa lalu. Kenapa setelah bertahun-tahun dilupakan hatinya kembali menjadi rindu. 

“Arrggghhhh……….sakit sungguh rindu ini.” 

Puteri bermonolog sendirian. Dia seakan-akan terdengar-dengar suara itu. Suara yang selalu menceriakan hatinya disatu ketika dahulu. Suara yang selalu memanjakan dirinya. Suara itu selalu melayan karenah dia bagaikan seorang puteri dari kayangan. Ya, puteri kayangan yang mabuk perasaan dengan seorang pahlawan dari negeri Antah Berantah. Padahal Puteri bukanlah dari keturunan raja. Jauh sekali dari salasilah keturunan istana. Puteri hanyalah seorang gadis desa yang menetap dihujung Tanjung. 

“aduhai….ingin rasanya memetik bintang didada langit menjadi obor cahaya untuk mencarimu Pahlawan”. 

Puteri terus berkata-kata dalam diam. Puteri sedar hatinya sedang merindu suara itu. Namun dia tak mungkin dapat mendengar suara itu lagi. Pahlawan yang dikenangnya telah pun ditawan oleh Istana Kesaktian ketika Sang Pahlawan tenat dimedan perang. Tanpa puteri sedar selama ini Permaisuri Istana Kesaktian telah berusaha sedaya upaya memberi bantuan hikmat dan merawat hati rawan Pahlawan yang akhirnya membuatkan Pahlawan melupai puteri serta jatuh kasih pula kepada Permaisuri itu. 

Puteri tahu akan kedudukan dirinya. Tidak mungkin dia dapat bersama dengan Pahlawan. Umpama langit dengan bumi jika boleh dibuat bandingan untuk mengambarkan hubungan kasih mereka. Puteri membawa hati dan meneruskan kehidupannya dihujung Tanjung tanpa memikirkan lagi tentang si Pahlawan. Namun pagi itu, segalanya tentang Pahlawan kembali bermain dalam kotak fikiran Puteri. Puteri lelah kerana terperangkap dalam tembok perasaan yang dibina sendiri. Dia tidak sanggup untuk merobohkan tembok itu. 

Puteri akhirnya keluar mencari Sang Pendita. Dari khabar yang dibawa orang ketika melewati pasar sehari di hujung Tanjung, Sang Pendita itu terkenal dengan ilmunya. Dia diberitakan handal sekali dalam ilmu perubatan. Puteri ingin mencuba nasib. Mungkinkah Sang Pendita boleh menyembuhkan rasa sakit rindunya pada Pahlawan selama ini. Puteri tidak ingin pergi ke Istana Kesaktian berjumpa dengan Pahlawan kerana puteri tahu Permasuri Istana Kesaktian akan memasang pagar sakti dan tidak akan membenarkan sesiapun berjumpa dengan Pahlawan. Memegang pagar istana sahaja akan membuat seseorang jatuh sakit selama beberapa purnama. Itulah berita yang didengar orang diluar Istana. Puteri tidak ingin jatuh sakit. Cukuplah rasa sakit yang ditanggung selama ini. Jantung umpama dicarik-carik, tersiat satu persatu sungguh pedih. Hati bagaikan ditikam oleh mata pedang sehingga tertembus ke belakang. Benarlah kata pujangga, sakit sungguh menangung rindu. 

“ Wahai Pendita yang bijaksana, bolehkah Pendita menolong hamba?” 

Puteri memohon pada Sang Pendita agar disembuhkan penyakit yang melanda dirinya. Sang Pendita mendengar segala keluhan dan ratap hiba si Puteri. Akhirnya si Pendita pun bersuara. 

“Duhai anakanda Puteri, sakitmu ini tiadalah sakti. Namun jika dibiarkan menjadi api. Akan membakar dirimu sendiri”. 

“Tapi Pendita, mengapa sakit menjadi luka, luka bernanah sungguh berbisa?” 

Puteri terus bertanya dan airmata tiada tertahan olehnya. Mengalir laju seperti air terjun di Pergunungan Sepiso. Pendita yang arif lagi bijak itu terus memujuk dan menasihati Puteri bermohon doa pada yang Esa. Penjaga Alam Buana supaya hatinya kembali tenang. Pendita juga memberi beberapa nasihat agar luka dihati Puteri itu bisa sembuh dalam waktunya. Dalam senyum Pendita bersuara lunak, mendamaikan hati Puteri yang hiba. 

“Anakanda Puteri, luahkan segala rindu dan amarahmu diatas lembar. Lembar itu tiadalah berharga bila ianya kosong tanpa sebaris kata. Namun lembar yang penuh dengan luahan kata serta rasa menjadi berharga pada si empunya.” 

“Simpanlah jalinan lembar-lembar yang berbaris kata itu sebagai kenangan. Tiadalah guna anakanda berasa hiba mengenangkan Pahlawan”. 

“Adalah lebih baik anakanda berzikir memuji Penjaga Alam Buana agar Tuhan yang masa Esa tidak meminggirkan dirimu. Zikir itu sendiri menjadi ubat serta penawar paling berkesan untuk penyakit hati.” 

“Ini dia zikir yang paling mudah untuk diingat. Sebutlah, Subahanallah, Alhamdulillah serta Allahhu Akhbar selalu. InsyaAllah jiwa mu yang kacau akan tenang setenang air di Danau Toba”. 


 Bagai menerima emas sekarung, hati Puteri kembali berbunga. Tidak disangka nasihat Pendita amatlah mudah bagi dia untuk melakukannya. Tidak perlu memanjat gunung untuk mencari si Anggerik yang pastinya tidak mahu hidup jika ditanam di tanah bendang. Tidak juga perlu ke hutan rimba untuk mencari dedaun dan akar kayu sebelanga yang jika dimasak pun, belum tentu diminum kerana pahit akan rasanya. Kini Puteri telah mendapat semangat baru. 

Dia pulang semula ke hujung Tanjung dengan muka penuh berseri. Puteri pun mula menulis lembar. Kadang menulis, kadang berzikir. Banyak sudah lembaran yang dijahit dengan cantik. Dihias pula dengan bunga kering. Dan akhirnya segala kata-kata yang tertera menjadi hiburan pada Puteri. 


Inilah antara bait-bait kata yang pernah Puteri nukilkan : 

Bagaimana Dapat Aku melupakan Kau yang pernah menakluki Seluruh indera dan jiwaku Bagaimana dapat aku melupakan Kau yang pernah menguasai Fikir dan rasaku Yang berada dihujung kata Yang berkaca dihujung tinta Memenuhi setiap ruang dan rongga Diparas siang dikaki gelita Dalam jaga dalam alpa Bagaimana dapat aku melupakan Kerana aku adalah pesona alam Adalah debunga Dan haruman masa silam Meskipun didalam genggaman Telah terlepas sebutir nilam Kau tetap dalam ingatan Bagaimana dapat aku melupakan....

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...