Panglima bermalam di Inderagiri
Melepaskan penat merehatkan badan
Rakyat Malaysia bersedih hati
Onar di Sabah ada yang terkorban
Terlanjur kata dibibir
Senjata dan nyawa jadi taruhan???
Aduhai....
Sabah negeri dibawah bayu
Semoga damai seteru itu
Daun Kantan Daun Keladi Bunga Kekwa dalam Jambangan, Diary ini luahan hati Buat penawar kenang-kenangan...
Nota peribadi untuk Dr Juanda dan juga Dr Maza
Secara peribadi saya tidak menggalakkan kedua-dua orang yang bergelar
Dr ini terjun masuk ke dalam parti politik. Kenapa? Kerana saya mahukan suara
dan pendapat mereka di dengar dan tulisan mereka dibaca oleh semua pihak.
Biarlah mereka menjadi orang yang ‘neutral’. Suara mereka akan
menjadi lebih ikhlas untuk menegur salah laku masyarakat. Jika masuk salah satu
parti, parti yang berlawanan akan sentiasa mencari salah diri. Jika ingin
membuat sesuatu teguran silap haribulan parti sendiri tidak benarkan. Konon
mesti mendapat restu dari pihak pimpinan parti terlebih dahulu.
Dr Juanda dan Dr Maza,
Jika kedua Dr berada di luar kotak parti politik, kedua Dr bebas
bersuara seterusnya inshaAllah kata-kata yang dilontarkan mungkin akan diterima
pakai oleh banyak pihak. Maklum ajelah sesetengah pihak ini walaupun kenyataan
yang dikeluarkan oleh orang yang berilmu itu benar dan bernas namun oleh sebab
dia berada dalam kumpulan parti politik tertentu maka kenyataan orang itu
senang sekali di bakulsampahkan dan dianggap kenyataan politik semata-mata.
Janganlah kedua Dr sempitkan pemikiran atau bataskan sebarang teguran yang membina hanya kerana tertawan dengan sedikit imbuhan yang belum pasti akan
berkekalan.
Apa pun terpulanglah kepada kebijaksaan kedua Dr. Pilihlah yang
mana intan yang mana suasa. Yang mana permata yang mana pula kaca. Sebagai
rakyat biasa saya mendoakan yang terbaik sahaja untuk masa depan Malaysia .
Bahang PRU13 makin terasa
Bahang PRU13 makin terasa
Siapa calon pilihan
mereka
Siapa pula yang dipilih
oleh si ketua
Siapa pula yang akan
dipangkah oleh rakyat jelata
Berbagai komentar juga
tertera
Laman web, blog dan
mukabuku juga
Eh! Baru ku perasan ada
yang sama nama
Tapi dah tentulahlah
orangnya berbeza
Seronok membaca apa kata
mereka
Masing-mas ing dengan pendapatnya
Mana yang benar mana yang
dusta
Pandai-pandailah pembaca
menilainya
Membisu seketika………? (ini jawapan kepada yang bertanya)
Dah sekian lama membisu kat blog, hari ni nak
bercerita sepatah dua. Zaman anak dara dulu pernah berkata aku ingin punya anak
lima
bila telah berumahtangga. Mana tahu rupanya kata-kata itu satu doa. Dan Allah
swt makbulkan ungkapan itu dan kini sah aku telah punya 5 cahayamata. Alhamdulillah…….
Syukur.
Yang bongsu si Puteri diberi nama Aida yang
bermaksud keberungtungan/imbalan/hadiah. Usia Aida kini 2 bulan setengah dan
sudah pandai meniarap. Abangnya Ameer 3 tahun selalu punyai perasaan cemburu
pada adik walaupun nampak dia sangat sayang pada adiknya itu. Ada ketikanya bila si adik nak menyusu, mas a itulah si abang nak itu nak ini. Adoii…. Berasa
sangat geram bila Ameer buat perangai namun sebagai ibu dapat memahami bahawa
dia hanya menuntut perhatian yang lebih dari aku. Masa dalam pantang dulu
rajinlah aku melayan karenah dia tapi sekarang ni bila dah mula mas uk kerja balik terasa kurang sabar kerana
terpaksa terkejar-kejar dengan waktu. Mana nak layan baby nak buat kerja rumah
lagi. Abang dan kakak-kakaknya sibuk dengan kerja sekolah mas ing-mas ing,
mana ada mas a sangat nak layan dia. Itu yang kadang-kadang rasa nak marah je bila
Ameer buat hal. Huhuhu ….. sabarlah duhai hati.
Sekarang ni kalau di rumah mas a untuk menjengah laman sesawang makin terhad. Facebook
umum pun dibuka sekali sekala. Apatah lagi untuk menulis mahupun memberi
komentar. Ikutkan rasa hati semuanya mahu dibaca. Tambahan pulak sekarang ni
sudah hampirnya tarikh pilihanraya, tentu banyak informas i
yang boleh dicari.
Facebook peribadi untuk tatapan keluarga juga seakan
menyepi seketika. Bila ada mas a terluang
aku mengomel di situ melalui hp sahaja. Sebenarnya banyak yang ingin aku
luahkan di dalam diary maya ini namun mas a
adalah penghalang utama.
emmmm....
Sudah lama aku tidak menulis disini. Rasanya banyak sekali yang ingin diluahkan namun masa lapang amatlah terhad. Sekali sekala ku intai blog kawan-kawan. Sekadar membaca, meninggalkan jejak pun tidak. Nanti-nantilah bila ada kelapangan yang berpanjangan aku pasti akan meluahkan segala rasa disini. Semoga diary ini tidak akan sepi lagi..........
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka.... "Easy to judge the errors of others Difficult t...
-
Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang? Mesti lah pan...