Buat Roti sendiri pulak....

Shanghai Bun







Resepi Shanghai Bun ni kawan yg bagi. Rotinya memang sedap. Bahan-bahan untuk roti ni seperti dibawah:-

220 ml air
75 gm butter
1 biji telur
1 camt bread improver
¼ camt doh pes (doh softener)
1 camt garam
4 camb susu tepung
100 gm gula kastor/halus
500 gm tepung high protein
1 peket yis mauripan

[Yg tu resepi asal, tapi aku tambah 1 sudu kecil shortening]

*** Masukkan semua dlm BM dan tekan program untuk doh sahaja. BM akan siapkan doh dlm masa 1 jam 30 minit. Keluarkan doh, setelah itu tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian boleh bentuk ikut suka atau nak letak inti dan biarkan adunan naik 2 kali ganda sebelum dibakar.

***(Aku tunggu roti ni naik lebih kurang sejam)


Okey, kalau u all tak ada BM pun tak pe, boleh je uli dengan tangan. Air tu jadikan air suam kemudian campurkan yis dlm air... Dlm mangkuk lain satukan gula, garam, doh softener, susu tepung, telur dan tepung. Buat lubang ditengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan air.
Uli sehingga menjadi doh kemudian baru letak butter dan diuli sekali lagi sehingga doh menjadi lembut dan elastic. Memang pada permulaan akan rasa sedikit melekit tapi jangan risau....uli je tepung tu. Lama-lama butter tu akan bersatu dengan doh. Uli lebih kurang 15-20 minit.
Tutup doh dengan tuala lembab dan tunggu hingga doh naik sekali ganda. Kemudian bolehlah tumbuk doh untuk proses buang angin dan lepas tu bolehlah dibentuk dan tunggu pula adunan roti tu naik 2 kali ganda sebelum dibakar.

Lepas bakar, bolehlah disapu diatas permukaan roti dengan butter supaya Nampak berkilat dan cantik.

Senang kan...

Nah, tengok gambar roti paun pulak.



Untuk Roti Wholemeal ni bahan2 spt dibawah:-


250ml air
1 sudu besar minyak bunga matahari atau minyak jagung
(*aku guna minyak masak. Ok je...)
75 gm butter
1 sudu kecil (rata) garam
2 sudu besar susu tepung
60 gm gula perang (*guna gula perang utk dapatkan warna yg cantik)
100 gm multi grain bread mix
400 gm tepung high protein
11 gm yis segera mauripan

Apakah PR hanya menang sorak dan tergadai Undi?

DAP sudah boleh tersenyum kerana memenangi 12 daripada 15 kerusi di Sarawak. Satu peningkatan yang ketara dan menarik. PKR pula boleh berbangga kerana berjaya mendapat 3 kerusi. PAS?? walaupun sifar dan mungkin pedih dengan kekalahan, perlu bangkit dan melihat serta mengkaji kenapa mereka tidak berjaya untuk mendapatkan satu kerusi sekalipun.

Apapun BN Sarawak dengan megahnya telah mendapat 2/3 daripada kedudukan kerusi. Dan telahpun diumumkan siapa dia Ketua Menteri Sarawak yang baru. Hahahaha.....mungkin Taib Mahmud akan berkata "Peduli apa...pada mereka yang tak suka, janji tetap dapat jadi KM juga"

Hakikatnya, PR bukanlah hanya menang sorak dan Undi tergadai tetapi PR telah berjaya menembusi hati rakyat Sarawak untuk mencari perubahan. Cuma kemenangan belum lagi berpihak kepada PR. Kepada PR ingatlah bahawa FRU 13 sudah semakin hampir. BN telah berjaya mendapat 'Fix deposit'nya di Sarawak.
Dan kepada warga semenanjung, apakah anda semua telah bersiap-sedia untuk FRU 13 ini?

Ini Pantun Buat Mereka yang duduk di Singgahsana

Belalang kunyit ditengah bendang



Mencari makan dicelah padi


Dato mana yang suka temberang


Akhirnya membuka Aib sendiri










Cantik sungguh si Rama-Rama


Terbang hinggap di bunga Dahlia


Kerana cinta dunia lupakan Agama


Akhirnya yang berilmu menjadi Hina







[Saat ini terfikir disanubari, apakah perasaan seorang isteri serta anak-anak bila si suami dan bapa mereka dicaci maki. Telah hilang maruah diri. Apakah mereka tidak takut mati?]

Cerita dalam Lift - video punya pasal.

Lelaki A : "Ntah apa nak jadi dengan Malaysia ni?"
Lelaki B : "Hmmm, tak jadi apa-apa. Yang gila kuasa je perasan Malaysia ni depa punya"
Lelaki A : "Aku dah naik menyampah nak tengok Berita. Anak aku dok tanya tv tu cakap video apa. Dia suruh aku pergi beli video tu. Dia nak tengok. Haru aku!!"
Lelaki B : "Hah? berapa umuq anak hang?"
Lelaki A : " Darjah satu. 7 tahun"


Kemudian pintu lift terbuka, dan dua orang lelaki tadi keluar.


Aku masih didalam lift sambil terfikir, bagaimana penerimaan kanak-kanak lain ketika mereka menonton berita ataupun membaca berita tentang kecohnya isu Video ini. Sedangkan kita yang dewasa pun jadi pening dengan berbagai laporan. Kerana politik, kuasa dan wang harga diri manusia makin hilang.


Setiap kali nak buat pilihanraya, barulah keluar macam-macam cerita. Ada yang nyata dan ada yang sekadar direka cipta. Malangnya bagi bangsa kita, kerana keburukan Melayu juga dijaja.
Alahai.......

Kami redha dengan pemergian mu. Semoga rohmu tenang disana.

Catitan kenangan buat arwah adik iparku W Ahmad Fadzil bin W Mohd atau lebih dikenali dengan nama Nafastari dalam dunia bloggers.


Arwah adalah merupakan seorang yang baik tingkah lakunya, amat berbudi bahasa, sentiasa menghormati sahabat-sahabatnya, menghargai ipar-duai serta saudara maranya. Dan amat menyayangi keluarganya. Saat ini masih lagi terbayang-bayang akan wajah dan senyumanmu dik.


Malam selasa 1hb Mac yang lalu ketika Abang Asri pulang kerumah dan memberitahu tentang kemalangan yang menimpa dirimu, akak rasa seolah-olah tak mampu untuk berdiri namun akak kuatkan semangat. Akak cuba untuk tenangkan Abg Asri kerana akak tahu dia akan keluar rumah untuk pergi menjemput adik-adik yang lain termasuk kembar mu Lutfi. Ya Allah, engkau selamatkanlah adikku. Itu doa yang pertama akak ucapkan setelah abg asri keluar rumah.


Hampir pukul 12.00 malam akak terlihat status dalam FB yang ditulis oleh Abg Sabri mengatakan kau telah kembali kepadaNya. Ya Allah, saat itu airmata tak tertahan lagi. Anak-anak yang sama-sama membaca status tersebut kehilangan kata-kata. Akak cuma mampu meminta anak-anak sedekahkan bacaan al-fatihah padamu. Akhirnya mereka tertidur dalam sendu.


Pukul 2.30 pagi akak akhirnya menguatkan diri untuk menulis didalam blog tentang pemergianmu yang telah dijemput oleh Illahi. Dan akak juga mendoakan agar kembarmu Pie bersama abg asri selamat dalam perjalanan menuju ke kampong. Dan akak terkenangkan Nur, isterimu serta Nadaa dan Marwa yang masih kecil. Ketika itu akak masih tidak pasti bagaimana keadaan mereka.


Akak tidak ditakdirkan oleh Allah swt untuk menatap wajah terakhirmu dik. Rasa sedih sangat. Akak difahamkan yang jenazahmu telah dibawa pulang ke rumah ketika bercakap dengan Abg Asri melalui telefon pada pagi 2hb. Akak ada bertanyakan tentang keadaan Nur, Nadaa dan Marwa. Mereka selamat. Abg Asri sentiasa memaklumkan pada akak tentang perkembangan di kampong sehinggalah jenazahmu selamat dikebumikan.


Paa,

Allah swt lebih menyayangi mu walau sedalam mana kasih sayang kami kepadamu. Kau seorang yang istimewa dik. Kau selalu menceriakan keluarga. Selama hampir 15 tahun akak mengenalimu kau tidak pernah mengecewakan keluarga. Tentunya Chek, Ayah dan adik-beradikmu amat berbangga dengan kejayaan yang kau kecapi. Akak masih teringat disaat kau ingin meminang Nur, kau sungguh bahagia ketika itu. Akak rasa akaklah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan hantaran peminangan tersebut. Sungguh gembira melihat kau bahagia dik. Kemudian semasa hari pernikahanmu, kak Olin pula telah bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan untuk majlis tersebut. Kami gembira untuk menerima dan menyambut kehadiran orang baru ke dalam keluarga besar kita.


Paa,

Sebagai iparmu, akak sungguh berasa terharu kerana kau tidak pernah sekalipun menganggap kami ini sebagai ipar. Kau menganggap kami sebagai kakak-kakakmu sendiri. Sungguh mulia hatimu dik. Banyak yang kau kongsi bersama kami. Layananmu terhadap anak-anak buah sungguh mesra dan erat. Pastinya semua anak-anak buahmu akan merindui dirimu.


Paa,

InsyaAllah zuriat kau tidak akan kami sia-siakan. Ianya adalah amanah yang telah kau tinggalkan agar ikatan kasih sayang itu terus subur. Akak percaya Nur, isterimu akan memberi sepenuh kasih dan sayangnya untuk Nadaa dan Marwa. Dia ibu yang baik. Isteri yang solehah. Bertuahnya mu dik kerana memilih Nur untuk menjadi teman, sahabat, isteri dan ibu kepada anak-anakmu.


Nur,

Walaupun arwah Paa telah tiada lagi, ikatan persaudaraan kita tidak pernah putus. Ingatlah Nur, kami sentiasa ada disini. Kita tetap bersaudara dunia akhirat. Semoga kau terus tabah ye dik. Allah menduga mu kerana DIA tahu kau boleh mengharungi ujian ini. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusanmu kelak. Akak tetap mendoakan yang terbaik untukmu.


Ada waktunya nota catitan ini terhenti kerana tak mampu untukku menulis lagi. Airmata tak boleh nak disekat-sekat. Ianya mengalir laju. Betapa akak rindu padamu dik. Kita tak sempat untuk berjumpa ketika kau pulang ke Malaysia kali ini. Membaca kembali catatanmu didalam wall FB serta blogspot menambah rasa sayu. Kau punya Aura yang tersendiri. Begitu ramai yang menyayangimu diluar sana.


Selain daripada blog Nafastari, kau juga telah membuka satu lagi blog yang khusus menceritakan tentang zaman kanak-kanakmu ketika di kampong, Setiu. Trengganu. http://membesardisetiu.blogspot.com
Akak percaya blog ini akan sentiasa dibuka oleh saudara-mara kita walaupun entri terakhir dalam blog tersebut pada 9 August, 2010. Banyak catitan didalam blog ini akan menjadi memori paling indah untuk dikenang.
Kau juga telah berusaha untuk membuka satu lagi laman didalam wordpress khas untuk anak-beranak Wan Mohd. (Bari Rumah Kita) http://wmohdbari.wordpress.com
Cerita terakhir disini juga semasa April 2009 hanyalah nota tentang kelahiran Rafiq. Semuanya kau lakukan demi untuk mengeratkan ikatan keluarga kita. Akhirnya kita lebih dekat dan lebih mudah berhubung melalui Facebook. Macam-macam yang kita ceritakan diruang maya ini. Dalam FB tidak terasapun yang kau jauh beribu batu di perantauan. Paa, disatu ketika nanti, anak-anakmu pasti akan membaca blog-blog ini. Mungkin telah ditakdirkan anak-anakmu akan lebih mengenalimu melalui tulisan serta nota yang telah kau tinggalkan.


Paa,

Kami redha dengan pemergianmu. Bersemadilah dengan aman dik. Semoga rohmu tenang disana. Ya Allah, engkau ampunilah dosa adikku, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah kuburnya taman-taman syurga. Ya Allah engkau angkatlah rohnya ke tingkat yang paling tinggi disisiMu. Amin. Amin. Ya Rabil alamin……


Al fatihah.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...