Penyakit zaman sekarang?

Adapun diberitakan oleh Sang Anthropology bahawasanya akan tiba satu masa datang sejenis penyakit iaitu penyakit saman-menyaman.
Adapun penyakit ini bermula dengan tersebarnya kuman Aib. Konon di permasyurkan lagi antara ubatnya penyakit saman ini adalah dengan jujur, ikhlas serta bermuhasabah diri.
Maka yang tempang pun datang bertongkat, yang buta datang meraba, yang sihat berlari ia duduk berkumpul tertanya-tanya takut dan hiba penyakit menimpa kaum keluarga.

10 comments:

WS Zuriati said...

Kat mana nak cari nilai ikhlas zaman sekarang...?

Anak sendiri sudah sanggup menyaman dan memperhambakan ibu... bahkan membunuh pun mereka sanggup!

Kerana yang demikian ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda akhir zaman..wallhu a'lam.

Hartini Omar said...

kak aishah,
dalam tu metaforanya =)

Bila Diary Bercerita said...

Zu,
Itulah jadinya bila Anak menjadi Tuan.

Tini,
Akak memang suka bahasa-bahasa melayu klasik ni. He...he.. tapi ada jugak kawan ofis yang tak faham dengan istilah klasik tu. Dorang suruh tulis bahasa malaysia standard je.
- Teringat dulu-dulu semasa terpaksa baca buku-buku Hikayat Melayu Klasik. Cerita tentang raja-raja.

Rajuna said...

yang bertudung dan mendoktrinkan agam di kaca tv juga tak kurang hebatnya. ambil bahagian bersama jiran sesama agama di sebelah rumah.

kah kah kah

Amiene Rev said...

Saman ni bunyinya macam samak.

Bila Diary Bercerita said...

Rajuna,
Antara Tuntutan Agama dan Perhiasan Dunia ramai yang leka.

Amiene rev,
Saman, samak? He..he.. buat semak je semua tu

Suka Bebel said...

manusia makin terhimpit dgn masalah duniawi. patutnya imbangkan dengan akhirat. baru bahagia sepanjang zaman

Nafastari said...

Agaknya kerana manusia sudah menjadi semakin pentingkan diri sendiri serta materialistik, lalu hilanglah nilai, etika dan kemanusiaan.

Lily Abdullah said...

Saman meenyaman hanya untuk yang berduit Aishah. Kita yang marhaein ini,terinaya pun terpaksa berdiam-diam saja.

Bila Diary Bercerita said...

Suka bebel,
Terimakasih sudi singgah di blog ini.

Ahmad,
Manusia memang suka pada harta. Bila asyik merasa diri tu betul maka tidak lagi melihat kepayahan orang lain.

Water Lily,
Itulah jadinya - Yang kaya makin kaya, yang miskin tiada siapa sudi menyapa.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...