Tun M masuk balik UMNO?

Kecoh pula sekarang berita tentang Tun Mahathir nak masuk balik dalam UMNO.
Dulu kononnya tinggalkan UMNO sebab tak percaya pada kepimpinan Pak Lah. Habis sekarang ni dah percaya balik ke? Iskh! Iskh!..... makin kelam kabut orang-orang UMNO la ni. Ada yang tak senang duduk dan tidur lena memikirkan tentang 16 Sept. Pulak tu tetiba pening lagi dengan masa depan orang Melayu. (Nak tanya sikit, Melayu yang mana tu?)

Kadang-kadang rasa macam pelik je dengan karenah orang kita. Kalau disentuh bab melayu melentingnya bukan main. Tapi bila disentuh tentang Islam, diam kelu tak terkata. Mana lebih penting? Melayu atau Islam? Jika disuruh buat pilihan apa yang nak kita pilih? Islam itu lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Jika pilih Islam, dengan sendirinya ada hak-hak yang terpelihara.

Tentang 16 Sept biarlah Allah swt sahaja yang menentukannya. Sama ada berjaya atau tidak DSAI mengambil alih kerajaan kita semua kena yakin dan redha bahawa setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah swt. Kita hanya menjadi penyebabnya sahaja. Apa yang aku harapkan kini biarlah Islam diMalaysia lebih kental dan dihormati oleh bangsa lain. Islam itu untuk semua bukan hanya untuk Melayu sahaja. Apa guna jadi Melayu kalau hanya membiarkan agama Islam dikritik. Apa guna jadi Melayu kalau perangai mengalahkan bangsa asing. Apa guna jadi Melayu kalau nilai-nilai Melayu itu sendiri tak diambil peduli.

Fikir-fikirkan........

5 comments:

Nafastari said...

UMNO itu seolah-olah mewakili Melayu yang kolot, supertitious, terkongkong, malas dan tertindas.

AL-BIMA SAKTI said...

melayu berpecah belah
orang lain yg dapat tuah
agaknya melayu tak bertuah
sebab asyik nak berpecah belah...

Bila Diary Bercerita said...

Ahmad,
Ada ramai lagi ahli UMNO yang baik-baik cuma cara pemikiran yang berbeza.

Bima Sakti,
Rasanya bukan Melayu tak bertuah tapi ramai yang menolak tuah.

AL-BIMA SAKTI said...

adakah melayu menolak tuah,
kerana mengejar pohon yg belum tentu berbuah...?

Bila Diary Bercerita said...

Bima Sakti,
Pohon tu tak berbuah sebab tak cukup baja kut... he..he..he..

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...