Bertemu kawan lama
mengimbau memori ria
gelak dan tawa sewaktu kecil
menjadi cerita seolah tak berakhir
Betapa seronok menjadi kanak-kanak
tak perlu memikir masalah
asal perut terisi
asal waktu bermain diberi
Jatuh dan luka perkara biasa
pagi bergaduh
petang tidak pula kita bermasam muka
Kita mudah memaafkan...
kita jarang menyimpul dendam..
Kadangkala kita cuma geram
pada budak lelaki yang perasan
bila main depa asyik nak menang
kita main macam-macam
dari rounders, police sentry,
konda kondi, galah panjang,
guli dan selipar pun jadi
Hmmmm.....
banyak sungguh kenangan
di padang "BINTANG"....
Cahayanya pasti menceriakan
hati yang walang
4 comments:
Masa kecil dahulu,setiap malam slalu berfikir bila agaknya hendak jadi besar. Rasanya jadi org dewasa baru bleh hdup bebas.
Bila umur dah semakin tua ni setiap malam slalu berfikir,alangkah indahnya sewaktu kecil dulu. x payah fikir macm2 masalah
NyOng,
Kita selalunya hanya sedar dan hargai yang indah-indah bila ia dah terlepas dari pandangan kita..
Terimakasih kerana sudi singgah dilaman blog ini.
Hmmmm... the good old days...
Zaman kanak2 dan remaja kja taklah seindah kebnykan org.. Mebi satu hari nanti kja akan jumpa kekuatan utk berciter dlm blog kja..
Kak Ja,
banyak memori dalam diri kita ada yang kita suka dan ada yang kita cuba hindari...
Keindahan pelangi tidak hadir setiap hari namun cuaca panas atau hujan pada hari-hari tertentu boleh membuat kita tersenyum juga.
Post a Comment