Bicara kata untuk piliharaya

Jikalau menampi padi, jangan tumpah isinya
Bila nak ngundi, tengok calon dan juga partinya

Diam ubi selalu berisi, diam besi akhir berkarat
Bila nak ngundi, pilihlan calon yang pentingkan akhirat

Jika tak lalu perahu di air, di gurun dirangkakkan
Apa maksud apa harapan, pada rakyat sampai-sampaikan

Mencari ikan biarlah dapat, serampang jangan pula patah
Meraih undi dengan berhemah supaya tidak hanya lelah

Teguh pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah
Calon mana yang menang besar, kekuatan ada pada ahli siasah
Selamat Berhujung Minggu.....
dah ada yang bercadang nak mulakan kempen tak rasmi ke?

3 comments:

Seladang said...

Hujung bicara pangkal cerita, pilihanraya bertemu jelata, ada menghulur ada meminta, genggaman di tangan dipandang mata.

Adat berrakit berdayun galah, adat berdikit jarangnya kalah, adat Bn tetap dengan rasuah, SPRM tutup mata sebelah!

Anonymous said...

Salam

Sirih biak di tunggul buluh,
Sirih menjadi sayap rerama
Waktu berkempen biar bersungguh,
Kekalkan kemenangan selama-lama.

Burung tekukur terbang tinggi,
Bubuk padang sehelai tak layu;
Biar tersungkur UMNO dan kroni
Buruk sejarah memalukan Melayu

Bila Diary Bercerita said...

Seladang,

siapa yang berbuat salah, satu hari nanti pasti dia juga berasa payah.


Raja,

Walaupun UMNO parti melayu, semangat dan kesetiaan makin layu

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...