Rata-rata bila buka laman-laman sesawang pagi ini ramai yang tak puas hati bila Harakah & Suara Keadilan digantung selama 3 bulan. Kenapa? Kenapa baru sekarang kononnya diberitakan bahawa kedua-dua akhbar itu membawa berita & cerita berbagai fitnah. Apakah akhbar arus perdana negara membawa berita yang benar sahaja. Kadangkala maklumat yang diberi pun tidak berapa tepat.
Cuma yang dirisaukan sekarang apakah Harakah Daily juga bakal digodam menjelang piliharaya kecil kali ini. Apakah mungkin akan ada usaha-usaha untuk menyekat penyebaran maklumat dari laman-laman blog dan web berita pula. Parti bulan mengambang kenalah usaha lebih sikit untuk menyampaikan maklumat pada orang kampung yang tidak lagi boleh membeli Harakah. Bukan semua orang kampung berupaya untuk mencari maklumat dalam internet.
Semoga bulan terus bersinar walaupun kadang-kadang ada awan hitam yang menghalang pandangan.
4 comments:
Bila dalam keadaan tertekan, mereka menjadi semakin teruk! Bagai si pemabuk.
Mereka resah gelisah kerana kuasa yang ada terlihat makin pudar.
dari kuala terengganu ke batu pahat
di tengah jalan bertemut pak mat
inilah mainan kuasa-kuasa jahat
beza antara taktik dan muslihat
hilang perawi hilanglah perantara
segenap pelusuk segenap negeri
usahlah mudah berputus asa
tambahkan usaha,perbanyakkan strategi
Mince4,
Harakah Suara Keadilan digantung serta merta
Media bloggers tak diberi masuk sama
ulasan TV3 & Utusan asyik mengampu sahaja
bagaikan semua serba tak kena
Post a Comment