Hukum berita menyampaikan yang benar
Wartawan menulis yang dilihat didengar
Maklumat dicantas atas arahan pembesar
Rakyat melihat makin tak sabar
Pemimpin yang ada tak jugak sedar-sedar
Riwayat si keris macam dah nazak benar
Apakah perlu disediakan keranda yang besar



Persidangan berkampung di lubuk niaga
Selain mesyuarat macam-macam ada
yang datang masihkah ada cinta
atau sekadar berjalan nak cuci mata
sambil shopping habiskan duit yang ada
dengan harapan keris masih lagi bernyawa



Keris menjadi senjata utama
Zaman melayu dahulukala
Menghunus musuh belum tentu kena
Takut nanti diri sendiri yang tercedera



Gelanggang dibuka untuk berjuang
Siapa yang gagah dialah yang menang
Orang diluar silalah pandang
Dikaca tv ada terpampang
Mana tahu ada peluang
Untuk belasah keris yang makin goyang



4 comments:

Seladang said...

Bila keris pemuda umno tidak diarak lagi, ianya akan disimpan dimuzium bersama umno sekali!

Mince4AM said...

Rafidah kalah sape peduli
shahrizat menang sape peduli
lihatlah dunia dengan teliti
umno hanya menanti hari
kalau x percaya tgklah nanti
jatuh tersungkur di medan undi

Nizar mmg cool

Nafastari said...

Eh, harap sangat UMNO hancur dan terkubur. Biar Malaysia terus cemerlang, maju dan bebas tanpa cengkaman dan kongkongan UMNO.

Bila Diary Bercerita said...

Seladang,

Malam ini malam penentuan. Kita tengok pulak siapa yang UMNO nak julang.


Mince 4,

Memang dah dijangka Sharizat akan menang sebab ramai dah muak dengan Rafidah.


Nafastari,

KJ menang, bolehkah UMNO tumbang? Yang pasti Najib pulak lepas ni rasa nak demam...

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...