PAC syor beku gaji Zambry & Exco ?

Mesti puak-puak UMNO sakit hati baca berita ni. PAC siap bagi warning pada kakitangan berkaitan lagi. Yang tak tahan tu diarah kosongkan pejabat lagi.

Baca artikel dibawah ini daripada : http://www.malaysiakini.com/news/101125

PAC syor bekukan gaji MB, exco Perak
Mar 27, 09 3:59pm
Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama."Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut agensi berita itu lagi, PAC mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.


Tak sabar aku nak baca komen puak UMNO tentang hal ni.

5 comments:

Seladang said...

Tak lama lagi SPRM pun menyiasatlah PAC DUN Perak ini atas dakwaan menyalahgunakan kuasa! Hampureh punya Suruhanjaya! Ngabehkan boreh je SPRM ni! Kes umno dengan rasuah yang melambak tu SPRM butakan mata saja! Citttttt!!!!!! Porah!!!!!

Prof. Era Pasca said...

ui.ui.ui.. bile sprm tambah keje siasat salah gune kuase?

salam semua...
terdapat pilihan raya Umum MALAYSIA dan bijaknya YAB Nizar, antara rahmat dan hikmah penduduk bukit gantang
link nye:

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

Nafiri said...

Banyak tidur, kurang bersolat
Meraung dalam kubur, nyesal di akhirat.

Banyak berjanji, kurang berbuat
rakyat tak undi, silap-silap deposit pun tak dapat.

Prof. Era Pasca said...

nafiri tuju kat calon bebas ke... hehhe

salam semua..
saya perlukan pendapat anda..tq

panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

Anonymous said...

kalau nak beku kasi masuk dalam peti ais kat mortuary...simpan dan keluarkan 15 mei 2009 nanti...

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...