Berbagai rasa timbul dalam hati
bila terpandang buku catitan ‘Nafastari’ karya arwah adik iparku di PWTC
semalam. Ada
rasa gembira, teruja, sedih juga rindu padanya ketika melihat buku itu terpamer
di rak buku di gerai Galeri Ilmu.
‘Diari
seorang Diplomat – Hikmah yang tersirat’ memaparkan beberapa tulisan
arwah dalam blog nafastari. Penghargaan harus diberi kepada Mawar Nafastari
yang berusaha dan mengambil berat untuk menerbitkan tulisan arwah suaminya diblog
dalam bentuk buku.
“Mama, Ammar rasa macam sedih le
pulak tengok gambar Pok Paa dalam buku
ini” itu perkataan yang keluar dari mulut Ammar ketika kami
sama-sama sibuk membelek buku berkenaan.
Tidak mahu terbawa oleh perasaan akhirnya
aku dan anak-anak terus beredar untuk ke gerai buku yang lain pula.
Kepada mereka diluar sana , jika tidak menjadi
keberatan carilah buku ini di gerai Galeri Ilmu di PWTC sempena pesta buku yang berlangsung sekarang dari 26hb April, 2013 sehingga 5hb Mei, 2013.
4 comments:
sabarlah kak... saya ada dgr buku karya arwah ada keluar..saya masih lagi tercari-cari di sini, tapi x jumpa lagi
Saya selalu menjengah blog arwah dan blog kak nur(mawar)..bila dapat tahu nukilan arwah akan dibukukan saya menjadi tak sabar2 nak beli..
Akhirnya berjaya beli kat pesta buku sabtu lepas..buku pertama saya cari & terus beli tanpa ragu2..
Moga saham akhirat arwah akan terus mengalir..
InsyaAllah..
AlFatihah..
p/s~rasa nk jumpa sangat2 dengan embun,kekwa & their umi.. :)
Mince4AM, harap adik dah jumpa buku tu. Jika tidak, cuba order secara online dengan Galeri Ilmu
Setanggi Syurga, terimakasih kerana membeli buku itu. Ya, InsyaAllah semoga saham untuk arwah terus bercambah umpama pokok yang mengeluarkan daun di akhirat sana
Post a Comment