Awal bulan Jun tahun ini, aku baru mengetahui
bahawa diri ini adalah merupakan keturunan dari susur galur Daeng Selili yang
terkenal di Negeri Perak, Kini sudah jurai yang ke 10 dan 11 dan mungkin juga
ada yang ke 12 barangkali.
Berita itu membuatkan aku mula mencari dan
membaca kembali cerita-cerita sejarah silam.
Siapa dia yang bernama Daeng Selili itu? Dalam
pembacaan yang belum lagi ada titik nokhtahnya ini, nama-nama seperti Nahkota
Hitam, Daeng 5 bersaudara, Megat Terawis juga nama dari raja-raja Perak
pastinya akan terkait sama dalam artikel-artikel yang banyak terdapat dalam dunia
tanpa sempadan. Terima kasih En.
Google atas kerjasama yang sungguh hebat dalam mencari jejak warisan. J
Wahhh…… seolah-olah aku ni belajar “Sains
Politik” le pulak hai… Namun yang pasti membaca sejarah yang berkisar pada
kurun ke 13 hingga 18 merupakan satu topik yang sungguh menarik. Betapa
banyak sejarah yang diganggu oleh pihak penjajah atas kepulauan Nusantara ini.
Banyak sejarah yang digelapkan atau dihilangkan ataupun didiamkan begitu sahaja
atas faktor-faktor tertentu. Contoh terbaik macam mana dikatakan bahawa
Kerajaan Pasai adalah kerajaan pertama islam di Nusantara sedangkan ada
sesetengah artikel yang mengatakan bahawa Islam telah ada pada zaman kerajaan
Perlak lagi.
Kenapa ye mas a
zaman sekolah dulu aku tak minat sangat dengan sejarah? Tapi kini terbalik le pulak
dah….. mungkin juga sebab dulu membaca sejarah sekadar untuk lulus
ujian/peperiksaan sahaja. Tetapi kini membaca sejarah menjadi lebih bererti
kerana setiap orang patut tahu asal usul keturunan mereka. Cuma yang payah nak
faham tu kenapa orang dulu-dulu mempunyai nama gelaran yang banyak. Yang agak sama pulak tu. Hadoiii laa….fening-fening…..konpius
jadinya. Hehe… J
Yang aku tahu moyangku bernama Meor Abdul Rais
berkahwin dengan Syarifah Habsah dan ketika usia mas ih
kecil zaman sekolah rendah aku sempat bertemu dan bermesra dengan arwah moyang
perempuanku ini ketika balik kampong di Kuala Kangsar, Perak.
Apapun, mencari susur galur ini bukanlah untuk
mencari kemegahan atau habuan dunia semata-mata akan tetapi sejarah salasilah
keluarga sepatutnya diturunkan dari generasi ke generasi. Biar anak cucu
sekelian tahu siapa moyang-moyang mereka terdahulu. Walau siapapun keturunan
kita yang pasti kita semua adalah dari keturunan Nabi Adam as.
Sekian. Bila ada waktu lapang pasti kembali
menyambung pembacaan dan semoga aku berjaya mengali sejarah silam.
10 comments:
Asm..its interesting isnt it...am also a proud descendent of daeng selili
same la kite...
NBK & Dash,
Terimakasih sebab singgah di blog ini. Saya memang tak sangka yg saya ni ada darah bugis. (Tp dah cair le kot kan....jauh dah tu generasinya)
Betulkah Daeng Selili? Lagenda, mitos atau Hikayat Melayu Perak.
Betulkah Daeng Selili? Lagenda, mitos atau Hikayat Melayu Perak.
Call kwn
01125689641
Salasilah meor abd rais
Call kwn
01125689641
Salasilah meor abd rais
Call kwn
01125689641
Salasilah meor abd rais
Sy pon nk tau jgk...sy dr keturunan tok abu kasim katanya dr daeng selili jgk
Sy pon nk tau jgk...sy dr keturunan tok abu kasim katanya dr daeng selili jgk
Post a Comment