Rupa-rupanya, sudah setahun blog ini bersawang. Sepi dan
sunyi. Diary membisu tanpa kata.
Arghhh……. rindunya untuk berceloteh lagi
disini, diruang yang boleh ku luahkan
segala isi hati.
Namun apakan daya, kesibukan bertugas dan kesibukan
menguruskan anak-anak menjadi halangan utama untukku berbicara. Sesekali
mencuri mas a yang ada menjengah
laman mukabuku dan berkongsi catitan harian dan memberi komentar tertentu
dengan rakan-rakan dan taulan.
Untuk kali ini kepada mereka
di luar sana yang sempat menjengah laman Bila Diary Bercerita, pernahkah kalian
terfikir kenapa bahasa melayu yang dipertuturkan oleh nenek moyang kita dahulu
kini terasa begitu hambar?. Orang melayu kita sekarang lebih suka pada bahasa
yang mudah, ringkas dan tepat. Siap
bangga lagi dengan pengunaan bahasa rojak. Kononnya modern dan melambangkan status
atau taraf hidup mereka. Hmmmm...... L Bahasa melayu menjadi bahasa rasmi dalam bidang
persuratan kepada pihak berkuasa kerajaan. Namun bahasa Inggeris menjadi bahasa
wajib bagi pihak bukan kerajaan. Manakala bagi pihak swasta dalam Malaysia ni
99% pengunaan bahasa Inggeris untuk semua urusan. Bahasa melayu makin hari
makin terpinggir.
Anak-anak remaja pula lebih
selesa dengan bahasa sms. Cuba kalian perhatikan bahasa yang mereka gunakan.
Kita yang dewasa ni pun ada ketikanya terikut-ikut dengan gaya mereka terutama
bila memberi komentar dimuka buku kan.... Kalau kita cuba bercakap bahasa
melayu klasik pada anak-anak remaja ni ’mau pitam’ jawap mereka.
Sayangkan, keindahan seni
berbahasa melayu makin lama makin dilupakan orang. Mungkinkah nanti peribahasa
serta perumpamaan hanya akan menjadi bahasa kenang-kenangan sahaja sebab orang
melayu sendiri pada saat ini ramai diantara kita tidak lagi menghargainya.
Mungkin juga tidak peduli pun pada keindahan bahasa itu atau malas ingin
mencari maknanya. Orang dahulu walau marah macam-mana pun pada musuhnya tetap
berpantun dan berkias bagai. Tak percaya? Cubalah sesekali tengok filem melayu
dulu-dulu pasti jumpa adengan seumpama ini.
Orang melayu sepatutnya bangga
bila berbahasa melayu kerana itu adalah warisan kita.
3 comments:
sangat setuju
Terimakasih syafissyifa' kerana bersetuju dengan saya dan singgah di laman ini.
Post a Comment