Membaca Novel dengan ditemani secawan kopi hitam yang pekat dikala hujan turun alangkah bahagianya. Mari kemas kini halaman diary dulu. Penat baca fitnah yang bertaburan di media sosial tentang pilihanraya yang bakal menjelang.
Cuti hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei yang lepas, aku dan anak-anak berjimba-jimba ke PWTC sempena Pesta Buku. Cuma anak no 2 dan no 3 tidak turut serta kali ini. Yang no 3 nak pergi dengan kawan-kawan seasrama dan ikut rombongan sekolah sahaja. Yang no 2 pula dah ada rancangan sendiri. Lagipun bila dah besar ni jarang sangat dia nak layan aktiviti mamanya.
Manisnya ke PWTC kali ini kerana dijodohkan untuk berjumpa dengan novelis yang bernama 'Noor Suraya' atau lebih mesra di panggil Kak Su oleh para peminatnya. Sukanya rasa dihati bila Kak Su tandatangan dan menitip nota pada setiap buku yang dibeli hari itu. Dapat bergambar berdua dengan Kak Su terus rasa nak tayang dalam mukabuku. Nak 'eksyen' sikit. Hahaha
Berjaya membeli 4 buah novel dan beli juga 'Hikayat Hang Tuah' yang penuh dengan ilustrasi berwarna-warni untuk Ameer. Nak kena kurangkan buku-buku komik dia tu dan mula pupuk untuk membaca buku cerita yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Susah nanti kalau dia buat karangan guna bahasa komik.
Beli juga 'Langsir Biji Remia' kerana novel ini di pinjam orang namun dihilangkan pula. Tunggu orang tu ganti, tak timbul-timbul pun. Sudahnya beli sendirilah. Teringat cerita si Duha Hafa dengan Umair.
Beli 'Mahadewi' sebab nak baca sambungan kisah si Nuha dengan Muzzamil Muaz tu (Surat Ungu untuk Nuha) serta ada juga sambungan kisah tentang Dahlia dan Wadi Hannan yang tinggal di Cameron Highland sana (Panggil aku Dahlia).
Beli 'Biru Ungu Cinta' dan 'Surat bersampul Perang' (dulu novel ni tajuk lain - Rindunya kian membara) dengan cover yang sungguh memikat. Nasiblah Kak Su dapat hak untuk terbit kembali 2 novel ni dengan Jemari Seni barulah merasa untuk membelinya. Ketika masih dibawah terbitan Creative Enterprise, tak ada rezeki nak dapatkan novel ni.
Yang membuatkan hati terpaut dengan novel atau cerpen karya Kak Su adalah sebab gaya penulisan dan bahasa yang penuh berseni. Kadang-kadang boleh senyum sendiri dengan buku masih ditangan. Ada masa rasa resah gelisah dengan karektar di dalam cerita. Memang membuai rasa .
Sempat juga mencari buku 'Rentaka Sekalian Bijasura' nurkilan Cik Srikandi yang memang terkenal dengan memberi ilmu tentang Sejarah supaya generasi muda dan orang luar tidak memperlekehkan bangsa Melayu. Buku beliau sebelum ni dengan tajuk 'Emas para Dapunta' dan 'Baiduri segala Permaisuri' sudah ada dalam simpanan. Memang tak rugi membacanya. Buku baru 'Kursani segenap Bimasakti' masih lagi dalam proses percetakkan menurut cik Srikandi dalam laman mukabuku.
Setelah membeli buku-buku latihan yang lain untuk Ameer dan Aida, si kakak yang sulung mencari bahan bacaan untuk diri dia pula. Mama ikutkan sahaja. Kemudian kami berehat dan duduk santai di ruang kosong sambil menikmati nasi goreng. Nasiblah anak-anak ni memang tak kisah, boleh duduk dimana sahaja. Ramai sungguh manusia pada hari itu. Ramai jer yang duduk dilantai. Tiada protokol yang menyusahkan pembeli buku.
Bab buku dah selesai, kami mengukur jalan pula di jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Niatnya untuk mencari dan membeli kain-kain ela. Al maklumlah, Hari Raya dah dekat. Orang lain semua dah tempah baju raya, kita baru nak cari kain. Mujur juga anak yang sulung dah pandai menjahit baju, jadinya tahun ini tak perlu menempah di kedai lagi. Tugasan dia pula untuk menyiapkan baju raya. Selain kain ela kena cari jugalah zip dan alat-alat jahitan yang lain. Mana maunya setakat beli kain sahaja.
Kesian juga pada Ameer dan Aida yang dah penat mengikut rentak kaki mama. Tapi budak-budak ni walau dalam penat, bab bermain no 1. Haisshh... Siap boleh main sorok-sorok dalam gulungan kain. Sabor ajelah.
Ehh...panjang lebar pulak bercerita di blog ni. Kira okeylah jugak sebab sekali sekala jer baru sempat nak update.
Korang semua jangan lupa mengundi minggu depan 9 haribulan. Setakat nak pong pang sini sana tapi korang tak keluar mengundi tak guna juga.
Jom balik mengundi
Daun Kantan Daun Keladi Bunga Kekwa dalam Jambangan, Diary ini luahan hati Buat penawar kenang-kenangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang? Mesti lah pan...
-
Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka.... "Easy to judge the errors of others Difficult t...
-
Pagi ni aku terima satu e-mail yang mengatakan jangan guna pinggan mangkuk drpd Melamine. Hmm.....korang bacalah tentangnya. Aku dah cut &am...
No comments:
Post a Comment