Salam.
Diary kembali lagi bercerita setelah lama bertapa. Hahaha…bukan bertapa
dalam gua tapi selalunya tak punya masa untuk menaip dan berceloteh dalam diary
maya. Kali ini terasa ingin berkongsi perasaan.
Biarpun orang sekeliling seperti tiada jiwa, namun sekeping hati terasa
juga sedihnya apabila seorang Ketua yang baik menamatkan perkhidmatan makan
gaji di tempat sama. Jarang sekali mendapat ketua yang berbudi seperti dia. Sekali
sekala kena marah itu kan perkara biasa. Janganlah difikir akan buruknya
sahaja. Jika memandang akan baik budi pasti jasa dan ilmu yang dicurah dikenang
orang.
En. Google memberi pantun, sesuai sekali di kongsi Diary.
Jentayu Burung Jentayu
Hinggap dibalik pokok Mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik tidak kan hilang
Cuti hujung minggu semalam mengambil kesempatan untuk mencari
cenderhati sebagai tanda kenangan. Bertemankan anak daraku yang pulang bercuti
dari Raub, kami menapak sekitar Pasar Seni dalam hujan petang. Akhirnya mata
terpaku pada sebuah lukisan cat minyak yang cantik sekali. Buat lawak dengan
anak dara “Kalau untuk rumah sendiri
dengan harga macam tu, belum tentu mama nak beli kan…” Rasanya lukisan itu
sesuai dengan dia, seorang perempuan yang berjawatan tinggi dan masih solo.
Semoga ketika hatinya sedang gundah ditempat baru, lukisan itu mampu untuk
menenangkan kekusutan fikiran. Apalah sangat nak di banding dengan harga sebuah
lukisan jika diukur dengan budinya seseorang.
Orang mengail di Kuala Daik
Dapat seekor Ikan Duri
Sudah terkenang budi yang baik
Jatuh tersimpan di dalam hati
Semoga Allah swt merahmatinya dalam setiap urusan beliau. Semoga
beroleh kejayaan dunia dan kejayaan akhirat.
No comments:
Post a Comment