Untuk kamu
yang kadangkala hadir
memberi ilham
tanpa kamu sedar
Untuk kamu
Jika rasa resah gelisah
Bacalah “La Hawla wa la Quwwata Illa
Billah”
Jika berduka dan bersedih hati
Bacalah “La ilaha illa anta Subhanaka
inni kuntu minaz zhalimin”
Begitu banyak jalan berliku
Yang kita lalui hingga kini
Walau jalanmu dan jalanku
Adalah jalan yang berbeza
Untuk kamu
Yang bertanya khabar
dan mengirim pesan
Semoga hidupmu selalu aman
Untuk kamu
Aku memohon agar Allah swt
Tenangkan jiwamu, bahagiakan hidupmu
Hanya itu
yang aku mampu lakukan untuk kamu
Ternyata tanpa sedar
Ada air mata yang mengalir
Keluar bersama iringan doa
Semoga kamu temanku
Baik-baik sahaja di sana
**biarkan aku bermimpi sebentar
No comments:
Post a Comment