Siapa pengundi hantu itu??






Siapa mereka? Adakah mereka yang dikatakan sebagai pengundi hantu? Gambar ini aku cilok daripada http://politikbanjar.blogspot.com Baca berita terkini tentang apa yang berlaku di Bukit Gantang dalam blog tersebut.
Aku baru je selesai berborak dengan salah seorang Puteri UMNO yang ikut serta dalam 4 buah bas yang dikatakan ditahan di Trong. Usik-usik dia.....dan bertanya adakah dia salah seorang pengundi hantu tersebut? Keh.....keh....keh...... bersemangat betul adik puteri ni. Katanya "dia & the geng datang dari Ipoh sebagai pasukan sorak untuk BN bukan sebagai pengundi hantu" Ha..ha...ha... suka sungguh aku menyakat dia.
Lepas tu ada ke patut dia kata PAS yang datang sebagai pengundi hantu dari Trengganu nun. Aku jelaskan pada adik puteri itu bahawa kebanyakan orang parti bulan datang sebagai sukarelawan tanpa ditawarkan imbuhan wang. Kalau ada yang sudi menaja itu rezeki. Tak sama langsung dengan parti keris, kerana orang-orangnya hanya akan buat kerja bila ada Upah. Kalu tak de duit boo layan.....
Macam mana pun selepas ini mari kita lihat keputusan pilihanraya di Bukit Gantang malam nanti. Aku mengharapkan kemenangan parti bulan mengambang. Apapun, mari kita rewang-rewang cari maklumat terkini dalam laman sesawang. Dan aku nak ucapkan terimakasih pada team bloggers yang berkampong di Bukit Gantang kerana sudi berkongsi berita-berita terkini untuk ditatapi oleh semua pembaca. Tahniah atas usaha gigih you all.

Aku mabuk
Mabuk cuaca
Aku mabuk
Juga sakit kepala
Aku mabuk, rasa nak muntah pun ada
Tapi aku mabuk gembira
Kenapa ye?



Aku juga mabuk piliharaya
Akan hilang bila dengar keputusan
Pada malam ketujuh harinya
Purnama empat bulan tahun ini juga


{Antara Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, aku rasa kempen mengundi paling mabuk di Bukit Gantang} - He..he...he....

Bukit Gantang yang panas.....



3, 4 hari ni asyik rasa pening-pening je kepala. Alahai…..kenapa pulak tubuh badan mula rasa tak selesa. Agaknya ada penyakit yang nak datang bertandang. Nak update blog pun rasa macam malas je. Aku lebih suka rewang-rewang dan jenguk laman sesawang orang lain Baca perkembangan politik negara. Baca apa pandangan rakyat tentang pilihanraya kecil 7 April ini.


Kerusi yang paling panas abad ini tentulah kerusi parlimen yang nak ditanding di Bukit Gantang. Mana tak panas, kerusi tu sebagai satu tunjuk arah parti politik mana yang bakal mengegarkan lagi politik negeri perak. Kalau tak, tak kan lah ada ura-ura yang bekas PM Malaysia, Tun Mahathir akan turun untuk turut sama berkempen kat sana. Kenapa tidak di Bukit Selambau? Dekat sedikit dengan kampong beliau sendiri. Tergugatkah pendirian bakal pengundi di Bukit Gantang nanti dengan kehadiran bekas PM ini?


Nampak gayanya orang parti bulan kena ambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia. Manalah tahu, kot-kot orang BN dapat ilham nak guna peluru terbaru untuk tembak sasaran. Orang-orang PAS jangan terlalu yakin dan megah bahawa mereka akan menang mudah di Bukit Gantang. Ramai penyokong yang datang berhimpun semasa hari penamaan calon tempohari belum lagi boleh menentukan kemenangan PAS. Kenapa aku tulis macam ni…….. kerana hari penamaan calon tu jatuh kepada hari Ahad, hari cuti hujung minggu dan ramai orang tak bekerja. Ramai yang hadir tu pun kebanyakkan datang daripada luar kawasan.


Hari mengundi pula 7hb April 2009 nanti jatuh pada hari Selasa. Hari Bekerja tu….. Berapa ramai pengundi berdaftar yang layak mengundi yang bekerja diluar kawasan dibenarkan bercuti pada hari berkenaan? PAS kena ambil kira juga faktor ini. Jangan sampai PAS dikatakan hanya menang sorak sahaja.


Dan telah ada suara-suara sumbang yang mengatakan orang-orang PAS di Bukit Gantang mula menunjukkan belang seolah-olah mereka dah menang. Sabar. Sabar…… mungkin itu hanya provokasi pihak lawan. Walau bagaimanapun, sensitiviti orang-orang tempatan terutamanya orang melayu kita haruslah diambil kira. Jangan terlalu mengutuk orang. Patutnya kena bagi penerangan apa yang PAS boleh dan pasti lakukan demi kebaikan para pengundi mereka. Ada yang kata mereka jelak dengan kempen mohon simpati pengundi diatas krisis jawatan MB. Macam mana pulak tu?


Entahlah…aku kat KL ni tak tahu macam mana suasana sebenarnya kat sana. Cuma dengar orang-orang kampong bercerita dan juga baca apa yang telah tertera dilaman maya. Aku harap PAS boleh menang dengan bilangan undi yang lebih meningkat berbanding pada piliharaya terdahulu. Kepada para petugas PAS disana aku ucapkan selamat berkempen. Kempenlah dengan lebih bijaksana agar bulan lebih bercahaya.
Oh Bulan mana bintang
diatas pokok kayu Ara
wahai pengundi Bukit Gantang
Undi kalian amatlah berharga

PAC syor beku gaji Zambry & Exco ?

Mesti puak-puak UMNO sakit hati baca berita ni. PAC siap bagi warning pada kakitangan berkaitan lagi. Yang tak tahan tu diarah kosongkan pejabat lagi.

Baca artikel dibawah ini daripada : http://www.malaysiakini.com/news/101125

PAC syor bekukan gaji MB, exco Perak
Mar 27, 09 3:59pm
Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama."Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut agensi berita itu lagi, PAC mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.


Tak sabar aku nak baca komen puak UMNO tentang hal ni.

Earth Hour - 28/03/2009 (8.30pm - 9.30pm)



Sempena kempen ‘Earth Hour’ besok, mungkin ramai yang akan menyertai kempen tersebut dan menutup lampu untuk tempoh sejam dari 8.30 pm – 9.30 pm. Ini adalah satu usaha kempen yang patut diberi pujian memandangkan ianya merupakan salah satu cara untuk menyelamatkan bumi kita daripada pencemaran alam yang makin ketara angkara perbuatan penghuninya sendiri.



Cuma yang merisaukan aku apakah akan ada Sang Pencuri@Perompak yang cuba mengambil kesempatan untuk memecah masuk dan mengambil harta orang pada saat kempen ini berjalan. Nampak gayanya para polis kenalah lebih bersedia. Agensi lain yang berkaitan hendaklah turut sama membantu. Mana tahu ada pulak yang nak mengambil kesempatan untuk kesenangan diri sendiri.



Anda diluar sana marilah kita bersama-sama menyertai kempen ini. Bumi kita hakmilik bersama. Janganlah lagi dicemari. Sayangi bumi.







Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...