Lamanya tidak menulis di ruangan ini. Ruang yang semakin sepi. Diary yang kosong tanpa berita. Segala yang berada di dalam hati tak sempat pun untuk diluahkan disini. Hidup menjadi semakin sibuk dengan suasana kerja dan alam rumahtangga serta anak-anak yang semakin membesar dan punya seribu satu cerita juga.
Kali ni cerita untuk diary adalah rasa sedih + marah + redha.
Apapun, pastinya pasal hati jugak lah kan. Hehe.....bukankah diary ini luahan hati, buat penawar kenang-kenangan.
Malam Isnin 15.02.2016 si kecil Aida yang berumur 3 tahun 3 bulan lebih sikit tu telah selamat rendam handphone ku dalam baldi.
Huhuhu....sedihnya. Aida memang suka main handphone. Pandai selfie sendiri. Pandai rakam suara dan video juga. Kadang-kadang pandai sungguh hantar whatsapp. Jenuhlah nak menjawap dengan kengkawan pasal whatsapp yang dia hantar tu. Kita ni bila dah jadi mak dan sibuk di dapur, kadang tu kan...lupa nak tutup data dan simpan telefon. Bila handphone tu dah berada dalam tangan dia macam-macam lah jadinya.
Bila di soal siasat oleh abahnya kenapa handphone tu boleh berada dalam baldi. Jawapan dari si kecil itu "Adda nak assuh...." Huwaa... mama ni dah rasa nak nangis dah tapi tak adalah pulak airmata yang keluar. Mungkin hati juga sedang marah.... tapi aku cuba untuk mengawal rasa marah tersebut. Yelah, risau pula nanti jadi kes 'terdera' anak sendiri pulak kan. Kemudiannya, aku asyik berkurung dalam bilik melayan hati yang sedih dan Aida pula tidur diluar malam tu.
Subuh selasa esoknya, en suami memujuk agar aku redha dengan kejadian setelah usaha untuk menyelamatkan handphone menuju ke arah kegagalan.
"Sudah-sudahlah muncung tu....kena redha dengan ujian kecil ni. Berapa lama nak marah"
Dan yang sebenarnya yang paling sedih tu sebab ada gambar-gambar yang belum dipindahkan ke dalam komputer. Gambar-gambar ni umpama diary tanpa tulisan tau. Bila kita pandang, kita akan teringat kejadian masa lampau.
Bila bercerita pada kawan-kawan di tempat kerja ada yang gelak bila mengetahui aida nak membasuh telefon itu. Apa yang kotor pun tak taulah..... Hati masih lagi rasa sedih namun bak kata en suami kena redha dengan ujian kecil dari Allah swt ini.
Ya.....tengah memujuk hati untuk redha dan berlapang dada.
Daun Kantan Daun Keladi Bunga Kekwa dalam Jambangan, Diary ini luahan hati Buat penawar kenang-kenangan...
Menulislah dari hati.........
Menulislah dari hati.
Seseorang
memberikan inspirasi untuk aku menulis, katanya ”Menulislah dari hati”. Sungguh dalam maknanya. Ya, menulislah dari
hati tapi apa yang aku nak tulis atau menaip di keyboard ni? ”Mana pergi sajak-sajak dan puisi mu? Sudah sampai titik nokhtah kah? Atau sudah
merajuk dengan rentak politik negara yang selalu kau sindir dahulu?” Terkedu aku seketika.
Aduhai, sememangnya ada ketika
perasaan membuak-buak mahu menulis, ilham datang bertubi-tubi Namun selalunya
juga ianya terganggu dengan tugasan-tugasan yang tertentu pula. Sempat mencatit sebaris dua, akhirnya ditinggalkan. Ilham
pun beku secara tiba-tiba.
Menjadi
seorang blogger yang menulis dalam blog Bila Diary Bercerita tidak sama seperti
menulis dalam mukabuku. Ya, aku mengaku yang itu. Mungkin sebab mengomel dalam
mukabuku lebih kepada catitan peribadi yang dikongsi hanya kepada orang-orang
tertentu. Manakala tulisan dalam blog menjadi tatapan umum.
Mungkin
hanya kau seorang saja yang rajin menjengah laman BDB ini dan mas ih cuba memberi semangat untuk aku terus menulis.
Menulislah dari hati………..ya, kata-kata itu sungguh
melekat disanubari. Akan ku usahakan juga nanti.
Sireh
pinang didalam Puan
Mari
dima kan orang biduanda
Melayu
hebat menjadi tuan
Tertulis
dalam sejarah lama
Pantun
tu bukan apa-apa ia sekadar peringatan untuk kita kembali membaca sejarah
kehebatan orang-orang Melayu terdahulu. Cuba
lihat beberapa senarai laman blog yang berkaitan dengan sejarah seperti
dibawah. Tulisan dan kupasan dari
mereka ini memang menarik untuk diikuti.
Selamat
membaca ye. Carilah kupasan mereka dalam laman mukabuku juga. Anda tak akan
rugi mengetahui fakta sejarah yang tersembunyi.
Bahasa Melayu makin hari makin terpinggir.
Rupa-rupanya, sudah setahun blog ini bersawang. Sepi dan
sunyi. Diary membisu tanpa kata.
Arghhh……. rindunya untuk berceloteh lagi
disini, diruang yang boleh ku luahkan
segala isi hati.
Namun apakan daya, kesibukan bertugas dan kesibukan
menguruskan anak-anak menjadi halangan utama untukku berbicara. Sesekali
mencuri mas a yang ada menjengah
laman mukabuku dan berkongsi catitan harian dan memberi komentar tertentu
dengan rakan-rakan dan taulan.
Untuk kali ini kepada mereka
di luar sana yang sempat menjengah laman Bila Diary Bercerita, pernahkah kalian
terfikir kenapa bahasa melayu yang dipertuturkan oleh nenek moyang kita dahulu
kini terasa begitu hambar?. Orang melayu kita sekarang lebih suka pada bahasa
yang mudah, ringkas dan tepat. Siap
bangga lagi dengan pengunaan bahasa rojak. Kononnya modern dan melambangkan status
atau taraf hidup mereka. Hmmmm...... L Bahasa melayu menjadi bahasa rasmi dalam bidang
persuratan kepada pihak berkuasa kerajaan. Namun bahasa Inggeris menjadi bahasa
wajib bagi pihak bukan kerajaan. Manakala bagi pihak swasta dalam Malaysia ni
99% pengunaan bahasa Inggeris untuk semua urusan. Bahasa melayu makin hari
makin terpinggir.
Anak-anak remaja pula lebih
selesa dengan bahasa sms. Cuba kalian perhatikan bahasa yang mereka gunakan.
Kita yang dewasa ni pun ada ketikanya terikut-ikut dengan gaya mereka terutama
bila memberi komentar dimuka buku kan.... Kalau kita cuba bercakap bahasa
melayu klasik pada anak-anak remaja ni ’mau pitam’ jawap mereka.
Sayangkan, keindahan seni
berbahasa melayu makin lama makin dilupakan orang. Mungkinkah nanti peribahasa
serta perumpamaan hanya akan menjadi bahasa kenang-kenangan sahaja sebab orang
melayu sendiri pada saat ini ramai diantara kita tidak lagi menghargainya.
Mungkin juga tidak peduli pun pada keindahan bahasa itu atau malas ingin
mencari maknanya. Orang dahulu walau marah macam-mana pun pada musuhnya tetap
berpantun dan berkias bagai. Tak percaya? Cubalah sesekali tengok filem melayu
dulu-dulu pasti jumpa adengan seumpama ini.
Orang melayu sepatutnya bangga
bila berbahasa melayu kerana itu adalah warisan kita.
Resepi Apam Mekar
Apa yang kita harapkan tidak selalunya menjadi kenyataan.
Belajarlah menerima
sesuatu perkara dengan lapang dada.
InshaAllah hati akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Sebenarnya dalam mood sedih dan hampa ni. Tapi biarlah……..esok
lusa, pasti perasaan ini akan berlalu pergi.
Teringat pula janji pada Diary ini untuk berkongsi resepi.
Hmmm, kat bawah ni resepi apam mekar yang telah dibuat berkali-kali. Senang je
membuatnya dan bahan-bahannya pun tak banyak.
Layan gambar apam dulu ek....
RESEPI APAM MEKAR
J
- guna cawan metrik
2
biji telur – gred B je
¾
cawan gula halus
1
sudu kecil ovolatte
1
cawan ice cream soda F&N
1
sudu kecil esen vanilla
2
cawan tepung
gandum
Pewarna
ikut suka
Paper
cup dan acuan kecil
Cara
:-
Panaskan
kukusan terlebih dahulu.
Pukul
Telur + Gula + Ovollate sehingga berkrim – jadi warna putih
Masukkan
esen vanilla. – pukul rata.
Masukkan
ice cream soda + tepung berselang seli dan gaul rata
Bahagikan
kepada 2 atau 3 bahagian, warna ikut suka
Masok
dlm bekas dan kukus dlm 10 minit
**
Letakkan paper cup dalam acuan kecil2 (acuan lompang atau muffin)
Letak adunan dalam paper cup tu…
**Kalau xde paper cup, dicadangkan sapu dalam acuan lompang dengan sedikit
minyak, baru letak adunan tadi.
Bingka Pandan dengan Pemanggang Ajaib
Sekadar
nak berkongsi resepi. Lagipun dah lama tak update blog kan ….
Mula-mula
sekali nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih
pada rakan blogger – ‘Kak Ja’ yang telah berkongsi resepi bingka dengan kaedah
membakar menggunakan alat Pemanggang Ajaib tu dalam FB beliau. Jadinya pada
satu malam di minggu yang lepas, semangat la nak mencuba pulak. Wahhh…..memang
best resepi ni. Tapi biasalah kan ….,
ada juga yang ku tukar ganti. Ngeh….ngeh…ngeh….
Bahan2
2
cawan tepung gandum - (guna cawan metric)
1
cawan gula
1
cawan air
pandan
(yg
ni aku guna pewarna hijau + esen pandan sikit je)
3
cawan santan
(huwaa……. Tinggi kolestrol tu…so, memandai tukar resepi jadikan
1 cawan santan + 1 cawan
susu sejat + 1 cawan air. Tak larat la guna santan banyak sangat)
3
biji telur
½
sudu kecil garam
2
sudu besar mentega
Sedikit
bijan (tapi tak letak
pun)
Resepi
Asal : Masukkan semua bahan kecuali Bijan ke dalam alat pengisar (blender)
sampai sebati. Letak sedikit minyak dalam pemangang ajaib tu. Tuang adunan dan bakar
Cara aku plak :-
1) Mula-mula
cairkan dulu buttercup tu. Biar sejuk.
2) Pukul telur dgn gula dulu guna
whisk je tak payah hancur pun gula tu hanya
sebatikan aje.
sebatikan aje.
3) Masukkan mas uk
tepung dan Air pandan + dengan santan sekali. Godek2 dengan
whisk sampai
tepung sebati dgn cecair…
Kemudian baru mas ukkan 1 cawan susu sejat dan 1 cawan air biasa
tuh..gaul sebati sehingga tiada lagi tepung yang berbintil-bintil.
(Adunan agak cair tau….baru le mas ukkan buttercup yg dah dicairkan itu + dgn garam
sekali.
4) Letak/Sapu sedikit minyak ke dalam Kuali Pemanggang ajaib. Masukkan adunan tepung
5) bakar
atas dapor dalam api yg sederhana selama 15-20minit. Kemudian terbalikkan
kuali pemanggang ajaib secara berhati-hati dan bakar sehingga mas ak.
Pengalaman bakar
bingka dengan pemanggang ajaib:-
Emmmm…..
adunan yang mula-mula letak tu penuh sangat kut…so, bila adunan tu
mengelegak….ianya meleleh keluar…dan magnet pemanggang pun terbukak…habis dapor
jadi sememeh. Eeiiiii…….tak sukalah bab ni…
Adunan yg
kedua letak sikit… baru ok. Kelebihan
guna alat ni ialah ianya mempercepatkan
waktu memas ak.
Kesimpulannya……
Resepi ni memang best. Tapi kan,
kalau nak buat lagi gunakan ajelah acuan bingka yang sedia ada tu. Lagi senang. Letak semua adunan sekali. Tak perlu asyik nak jengah dapor tu sangat.
Ok, lepas ni bercadang nak update resepi apam mekar dengan ice cream soda tu pulak. Tungggguuuu.............
Ok, lepas ni bercadang nak update resepi apam mekar dengan ice cream soda tu pulak. Tungggguuuu.............
J
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka.... "Easy to judge the errors of others Difficult t...
-
Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang? Mesti lah pan...


