Membaca Novel dengan ditemani secawan kopi hitam yang pekat dikala hujan turun alangkah bahagianya. Mari kemas kini halaman diary dulu. Penat baca fitnah yang bertaburan di media sosial tentang pilihanraya yang bakal menjelang.
Cuti hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei yang lepas, aku dan anak-anak berjimba-jimba ke PWTC sempena Pesta Buku. Cuma anak no 2 dan no 3 tidak turut serta kali ini. Yang no 3 nak pergi dengan kawan-kawan seasrama dan ikut rombongan sekolah sahaja. Yang no 2 pula dah ada rancangan sendiri. Lagipun bila dah besar ni jarang sangat dia nak layan aktiviti mamanya.
Manisnya ke PWTC kali ini kerana dijodohkan untuk berjumpa dengan novelis yang bernama 'Noor Suraya' atau lebih mesra di panggil Kak Su oleh para peminatnya. Sukanya rasa dihati bila Kak Su tandatangan dan menitip nota pada setiap buku yang dibeli hari itu. Dapat bergambar berdua dengan Kak Su terus rasa nak tayang dalam mukabuku. Nak 'eksyen' sikit. Hahaha
Berjaya membeli 4 buah novel dan beli juga 'Hikayat Hang Tuah' yang penuh dengan ilustrasi berwarna-warni untuk Ameer. Nak kena kurangkan buku-buku komik dia tu dan mula pupuk untuk membaca buku cerita yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Susah nanti kalau dia buat karangan guna bahasa komik.
Beli juga 'Langsir Biji Remia' kerana novel ini di pinjam orang namun dihilangkan pula. Tunggu orang tu ganti, tak timbul-timbul pun. Sudahnya beli sendirilah. Teringat cerita si Duha Hafa dengan Umair.
Beli 'Mahadewi' sebab nak baca sambungan kisah si Nuha dengan Muzzamil Muaz tu (Surat Ungu untuk Nuha) serta ada juga sambungan kisah tentang Dahlia dan Wadi Hannan yang tinggal di Cameron Highland sana (Panggil aku Dahlia).
Beli 'Biru Ungu Cinta' dan 'Surat bersampul Perang' (dulu novel ni tajuk lain - Rindunya kian membara) dengan cover yang sungguh memikat. Nasiblah Kak Su dapat hak untuk terbit kembali 2 novel ni dengan Jemari Seni barulah merasa untuk membelinya. Ketika masih dibawah terbitan Creative Enterprise, tak ada rezeki nak dapatkan novel ni.
Yang membuatkan hati terpaut dengan novel atau cerpen karya Kak Su adalah sebab gaya penulisan dan bahasa yang penuh berseni. Kadang-kadang boleh senyum sendiri dengan buku masih ditangan. Ada masa rasa resah gelisah dengan karektar di dalam cerita. Memang membuai rasa .
Sempat juga mencari buku 'Rentaka Sekalian Bijasura' nurkilan Cik Srikandi yang memang terkenal dengan memberi ilmu tentang Sejarah supaya generasi muda dan orang luar tidak memperlekehkan bangsa Melayu. Buku beliau sebelum ni dengan tajuk 'Emas para Dapunta' dan 'Baiduri segala Permaisuri' sudah ada dalam simpanan. Memang tak rugi membacanya. Buku baru 'Kursani segenap Bimasakti' masih lagi dalam proses percetakkan menurut cik Srikandi dalam laman mukabuku.
Setelah membeli buku-buku latihan yang lain untuk Ameer dan Aida, si kakak yang sulung mencari bahan bacaan untuk diri dia pula. Mama ikutkan sahaja. Kemudian kami berehat dan duduk santai di ruang kosong sambil menikmati nasi goreng. Nasiblah anak-anak ni memang tak kisah, boleh duduk dimana sahaja. Ramai sungguh manusia pada hari itu. Ramai jer yang duduk dilantai. Tiada protokol yang menyusahkan pembeli buku.
Bab buku dah selesai, kami mengukur jalan pula di jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Niatnya untuk mencari dan membeli kain-kain ela. Al maklumlah, Hari Raya dah dekat. Orang lain semua dah tempah baju raya, kita baru nak cari kain. Mujur juga anak yang sulung dah pandai menjahit baju, jadinya tahun ini tak perlu menempah di kedai lagi. Tugasan dia pula untuk menyiapkan baju raya. Selain kain ela kena cari jugalah zip dan alat-alat jahitan yang lain. Mana maunya setakat beli kain sahaja.
Kesian juga pada Ameer dan Aida yang dah penat mengikut rentak kaki mama. Tapi budak-budak ni walau dalam penat, bab bermain no 1. Haisshh... Siap boleh main sorok-sorok dalam gulungan kain. Sabor ajelah.
Ehh...panjang lebar pulak bercerita di blog ni. Kira okeylah jugak sebab sekali sekala jer baru sempat nak update.
Korang semua jangan lupa mengundi minggu depan 9 haribulan. Setakat nak pong pang sini sana tapi korang tak keluar mengundi tak guna juga.
Jom balik mengundi
Daun Kantan Daun Keladi Bunga Kekwa dalam Jambangan, Diary ini luahan hati Buat penawar kenang-kenangan...
betapa pedih dan hinanya miskin harta di mata manusia
Hari ini membaca cerita seorang teman blogger yang telah menjadi rakan mukabuku perihal Ayahandanya. Seorang ayah yang telah kembali kepada PenciptaNya.
Terkesan dengan ayat "betapa pedih dan hinanya miskin harta di mata manusia" membuat aku teringat akan kenangan silam. Zaman kanak-kanak tambahan pula mempunyai adik beradik yang ramai. Emak walaupun tidak bekerja tetap membantu dengan menjual kuih muih. Makan sekadar yang mampu. Sesekali bila hari gaji Abah keluar belanja lebih sikit untuk gembirakan kami sekeluarga. Kami tak kacau orang pun, namun ada juga manusia-manusia yang perasan diri mereka ada segalanya berasa tidak senang dengan keluarga kami. Aku ingat lagi ada seorang makcik ni yang berkata kepada Ibuku "kenapa beranak ramai kalau dah susah? Macam p...... Kucing" Aduhai... "Anak kamu yang cacat tu tak payah la bawak berjalan, buat malu jer"
Memang rasa panas hati betul pada makcik tu. Aku ketika itu dah bersekolah menengah tentulah faham. Mempunyai adik yang tidak normal, kami bahagia jer. Tidaklah pula kurang kasih sayang kepadanya.
Tapi Emak cuma senyum dan menjawap "Dah Allah nak bagi, terima aje. Ada la tu nanti rezekinya" Memang Emak pun kecil hati dengan hinaan dia itu namun kata Emak kita bukan mintak beras kat dia pun. Sabar ajelah, mulut dia biarkan sahaja. Emas suruh kami jangan bermusuh dengan orang yang menghina kita. Kata Emak lagi esok lusa bila dia dah penat nak mengutuk dia diamlah tu.
Tapi Allah swt tu maha adil, disebabkan dia tak suka anak emak yang ramai ni, anak dia hanya seorang sahaja. Setelah bertahun datang pula bertanya pada emak dan minta petua bagai untuk menambah cahayamata "Semua tu kerja Tuhan, tak tahulah petua apa nak bagi"
Sehingga ke tarikh Abah pencen, makcik itu tidak di beri rezeki dengan anak lain. Permata hatinya hanya satu yang di tatang bagai minyak yang penuh. Diberi ujian, anak itu selalu menghiris hati ibunya dengan tingkah laku yang tiada bermoral.
Manusia kadang lupa akan nikmat yang Allah swt telah beri kepadanya.
Memori silam yang kekal dalam kenangan.

Rumah baru - Dari dapur makcik diary.
Seronok rasanya bila sudah ada laman baru untuk berkongsi resepi dan bercerita tentang hal masak memasak sahaja. Niat dihati agar segala penulisan tentang resepi dan petua di dapur menjadi tempat rujukan anak-anak jika nak memasak mengikut resepi dari air tangan Mamanya ni. Namun ilmu kan seharusnya dikongsi. Semoga ianya menjadi pahala untuk diri ini. Tak baik kedekut ilmu tau....
Nak memasak perlukan ilmu juga ke? Eh! Macam tak percaya? Betullah tu. Ilmu dari dapur kadangkala turun dari Nenek ke Mak ke Anak ke Cucu..... Jadi orang perempuan ni, wajib belajar memasak. Jangan kau ingat belajar tinggi-tinggi, kau tak perlu duduk di dapur. Makanan untuk anak-anak dan juga suami biarlah dari air tangan isteri. Jangan harapkan orang gaji. Reti? Biarlah penat sedikit asalkan keberkatan tu ada dan pahala berganda.
Jemputlah singgah di sini ye.
http://makcikdiary.blogspot.my/
Kalau taip blogspot.com pun mesti keluar blogspot.my
Hehe...
Rumah yang dah bersawang ni, akan di kemaskini juga sekali sekala. Tempat untuk berkarya dan meluahkan rasa tentulah tak sama.

Cerita Aida dan handphone
Lamanya tidak menulis di ruangan ini. Ruang yang semakin sepi. Diary yang kosong tanpa berita. Segala yang berada di dalam hati tak sempat pun untuk diluahkan disini. Hidup menjadi semakin sibuk dengan suasana kerja dan alam rumahtangga serta anak-anak yang semakin membesar dan punya seribu satu cerita juga.
Kali ni cerita untuk diary adalah rasa sedih + marah + redha.
Apapun, pastinya pasal hati jugak lah kan. Hehe.....bukankah diary ini luahan hati, buat penawar kenang-kenangan.
Malam Isnin 15.02.2016 si kecil Aida yang berumur 3 tahun 3 bulan lebih sikit tu telah selamat rendam handphone ku dalam baldi.
Huhuhu....sedihnya. Aida memang suka main handphone. Pandai selfie sendiri. Pandai rakam suara dan video juga. Kadang-kadang pandai sungguh hantar whatsapp. Jenuhlah nak menjawap dengan kengkawan pasal whatsapp yang dia hantar tu. Kita ni bila dah jadi mak dan sibuk di dapur, kadang tu kan...lupa nak tutup data dan simpan telefon. Bila handphone tu dah berada dalam tangan dia macam-macam lah jadinya.
Bila di soal siasat oleh abahnya kenapa handphone tu boleh berada dalam baldi. Jawapan dari si kecil itu "Adda nak assuh...." Huwaa... mama ni dah rasa nak nangis dah tapi tak adalah pulak airmata yang keluar. Mungkin hati juga sedang marah.... tapi aku cuba untuk mengawal rasa marah tersebut. Yelah, risau pula nanti jadi kes 'terdera' anak sendiri pulak kan. Kemudiannya, aku asyik berkurung dalam bilik melayan hati yang sedih dan Aida pula tidur diluar malam tu.
Subuh selasa esoknya, en suami memujuk agar aku redha dengan kejadian setelah usaha untuk menyelamatkan handphone menuju ke arah kegagalan.
"Sudah-sudahlah muncung tu....kena redha dengan ujian kecil ni. Berapa lama nak marah"
Dan yang sebenarnya yang paling sedih tu sebab ada gambar-gambar yang belum dipindahkan ke dalam komputer. Gambar-gambar ni umpama diary tanpa tulisan tau. Bila kita pandang, kita akan teringat kejadian masa lampau.
Bila bercerita pada kawan-kawan di tempat kerja ada yang gelak bila mengetahui aida nak membasuh telefon itu. Apa yang kotor pun tak taulah..... Hati masih lagi rasa sedih namun bak kata en suami kena redha dengan ujian kecil dari Allah swt ini.
Ya.....tengah memujuk hati untuk redha dan berlapang dada.

Menulislah dari hati.........
Menulislah dari hati.
Seseorang
memberikan inspirasi untuk aku menulis, katanya ”Menulislah dari hati”. Sungguh dalam maknanya. Ya, menulislah dari
hati tapi apa yang aku nak tulis atau menaip di keyboard ni? ”Mana pergi sajak-sajak dan puisi mu? Sudah sampai titik nokhtah kah? Atau sudah
merajuk dengan rentak politik negara yang selalu kau sindir dahulu?” Terkedu aku seketika.
Aduhai, sememangnya ada ketika
perasaan membuak-buak mahu menulis, ilham datang bertubi-tubi Namun selalunya
juga ianya terganggu dengan tugasan-tugasan yang tertentu pula. Sempat mencatit sebaris dua, akhirnya ditinggalkan. Ilham
pun beku secara tiba-tiba.
Menjadi
seorang blogger yang menulis dalam blog Bila Diary Bercerita tidak sama seperti
menulis dalam mukabuku. Ya, aku mengaku yang itu. Mungkin sebab mengomel dalam
mukabuku lebih kepada catitan peribadi yang dikongsi hanya kepada orang-orang
tertentu. Manakala tulisan dalam blog menjadi tatapan umum.
Mungkin
hanya kau seorang saja yang rajin menjengah laman BDB ini dan mas ih cuba memberi semangat untuk aku terus menulis.
Menulislah dari hati………..ya, kata-kata itu sungguh
melekat disanubari. Akan ku usahakan juga nanti.
Sireh
pinang didalam Puan
Mari
dima kan orang biduanda
Melayu
hebat menjadi tuan
Tertulis
dalam sejarah lama
Pantun
tu bukan apa-apa ia sekadar peringatan untuk kita kembali membaca sejarah
kehebatan orang-orang Melayu terdahulu. Cuba
lihat beberapa senarai laman blog yang berkaitan dengan sejarah seperti
dibawah. Tulisan dan kupasan dari
mereka ini memang menarik untuk diikuti.
Selamat
membaca ye. Carilah kupasan mereka dalam laman mukabuku juga. Anda tak akan
rugi mengetahui fakta sejarah yang tersembunyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka.... "Easy to judge the errors of others Difficult t...
-
Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang? Mesti lah pan...