Kembali ke daerah itu


Kembali ke daerah itu

Membuka lembaran-lembaran masa lalu

Tiada daya untuk melupakan

Sejarah memori silam

 

Kembali ke daerah itu

Hati bergetar pedih pilu

Memikirkan kamu

 

Kembali ke daerah itu

Ku kumpul kenangan menjadi kekuatan

Agar aku bisa bangun semula

 

Kembali ke daerah itu

Memori dalam kotak kenangan

Ku kunci rapi dalam hati

 

Daerah itu tetap disitu

Hanya aku yang melewatinya.
 
 
 
Mood menulis puisi bila tiba-tiba ilham datang............

Jodoh itu rahsia Allah swt

 

Mood masih lagi terkejut. Kenapa dia memilih untuk menjadi isteri ke 2. Kalaulah temanku ini meminta nasihat, pasti ku nasihatkan untuk mencari yang lain sahaja. Menghadirkan diri ke Majlis raikan cinta mereka semalam baru ku tahu kedudukan perkara.
 
Yelah, jodoh itu urusan Allah swt. Mungkin ini yang terbaik untuk dia setelah sekian lama mencari jodoh tapi tidak juga bertemu. Dan ketika melihat isteri pertama turut serta dalam majlis mereka, berbagai perkara bermain di minda. Redhakah dia pada teman ku ini. Berlapang dada kah beliau menerima seorang madu?

Teman, ku nasihatkan layarilah bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran. Semoga Nakhoda yang dipilih mampu menempuh gelombang dan segala cabaran. Bak kata orang bukan senang beristeri dua. Silap percaturan semua merana.
 
Tapi ketahuilah teman, untuk dirimu ku doakan yang baik-baik sahaja. Sentiasalah bertolak ansur pada ketika yang perlu. Jagalah hak masing-masing. Sayangilah anak-anak isteri pertama seikhlasnya. Semoga kalian semua  bahagia hingga ke JannahNya.

Bunga Melati Bunga Seroja
Harum mewangi di dalam taman
Ikatlah kasih hingga ke Syurga
Kekal bahagia dalam perkahwinan


Mulut seakan terkunci untuk terus berbicara. Lantas ku luahkan rasa hati dalam Diary....

Untuk Dia yang baik budi...


Salam.

Diary kembali lagi bercerita setelah lama bertapa. Hahaha…bukan bertapa dalam gua tapi selalunya tak punya masa untuk menaip dan berceloteh dalam diary maya. Kali ini terasa ingin berkongsi perasaan.

 

Biarpun orang sekeliling seperti tiada jiwa, namun sekeping hati terasa juga sedihnya apabila seorang Ketua yang baik menamatkan perkhidmatan makan gaji di tempat sama. Jarang sekali mendapat ketua yang berbudi seperti dia. Sekali sekala kena marah itu kan perkara biasa. Janganlah difikir akan buruknya sahaja. Jika memandang akan baik budi pasti jasa dan ilmu yang dicurah dikenang orang.

 

En. Google memberi pantun, sesuai sekali di kongsi Diary.

 

Jentayu Burung Jentayu

Hinggap dibalik pokok Mayang

Bunga kembang akan layu

Budi baik tidak kan hilang

 

Cuti hujung minggu semalam mengambil kesempatan untuk mencari cenderhati sebagai tanda kenangan. Bertemankan anak daraku yang pulang bercuti dari Raub, kami menapak sekitar Pasar Seni dalam hujan petang. Akhirnya mata terpaku pada sebuah lukisan cat minyak yang cantik sekali. Buat lawak dengan anak dara “Kalau untuk rumah sendiri dengan harga macam tu, belum tentu mama nak beli kan…” Rasanya lukisan itu sesuai dengan dia, seorang perempuan yang berjawatan tinggi dan masih solo. Semoga ketika hatinya sedang gundah ditempat baru, lukisan itu mampu untuk menenangkan kekusutan fikiran. Apalah sangat nak di banding dengan harga sebuah lukisan jika diukur dengan budinya seseorang.

 

Orang mengail di Kuala Daik

Dapat seekor Ikan Duri

Sudah terkenang budi yang baik

Jatuh tersimpan di dalam hati

 

Semoga Allah swt merahmatinya dalam setiap urusan beliau. Semoga beroleh kejayaan dunia dan kejayaan akhirat.

 

 

 

Ketika disapa....

Ketika disapa seseorang
yang katanya mengenalimu
serta kenal akan aku
Benarlah dunia ini kecil
Terkedu seketika mengingati mu

Apa khabarmu disana
semoga kau baik-baik sahaja
Doa untuk seorang teman itu
sentiasa ada
mungkin bukan nurkilan tinta
biarlah hanya Diary yang bercerita

Kau pasti lebih memahami
coretan Diary kadang hanya dihati
banyak mengomel nanti
takut pula ada yang membenci

Kenangan silam dalam ruang waktu
jejak yang ditinggalkan mengamit rindu

vf - 5/3/2019

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan

Selesai sudah piliharaya. Kini masa untuk bekerja dan memenuhi manifesto yang dijanji. Sama ada segala janji berjaya ditunaikan atau tidak akan menjadi perhatian rakyat yang telah mengundi pada 9 haribulan yang lalu.

Kita akan menyambut Ramadhan. Malam ini Solat Sunat Terawih bermula. Semoga tiada lagi caci maki dan cakap-cakap politik yang mengurangkan pahala berpuasa.

Selamat beribadah kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah kita di bulan yang mulia diterima oleh Allah swt. Amin.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...