3, 4 hari ni asyik rasa pening-pening je kepala. Alahai…..kenapa pulak tubuh badan mula rasa tak selesa. Agaknya ada penyakit yang nak datang bertandang. Nak update blog pun rasa macam malas je. Aku lebih suka rewang-rewang dan jenguk laman sesawang orang lain Baca perkembangan politik negara. Baca apa pandangan rakyat tentang pilihanraya kecil 7 April ini.
Kerusi yang paling panas abad ini tentulah kerusi parlimen yang nak ditanding di Bukit Gantang. Mana tak panas, kerusi tu sebagai satu tunjuk arah parti politik mana yang bakal mengegarkan lagi politik negeri perak. Kalau tak, tak kan lah ada ura-ura yang bekas PM Malaysia, Tun Mahathir akan turun untuk turut sama berkempen kat sana. Kenapa tidak di Bukit Selambau? Dekat sedikit dengan kampong beliau sendiri. Tergugatkah pendirian bakal pengundi di Bukit Gantang nanti dengan kehadiran bekas PM ini?
Nampak gayanya orang parti bulan kena ambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia. Manalah tahu, kot-kot orang BN dapat ilham nak guna peluru terbaru untuk tembak sasaran. Orang-orang PAS jangan terlalu yakin dan megah bahawa mereka akan menang mudah di Bukit Gantang. Ramai penyokong yang datang berhimpun semasa hari penamaan calon tempohari belum lagi boleh menentukan kemenangan PAS. Kenapa aku tulis macam ni…….. kerana hari penamaan calon tu jatuh kepada hari Ahad, hari cuti hujung minggu dan ramai orang tak bekerja. Ramai yang hadir tu pun kebanyakkan datang daripada luar kawasan.
Hari mengundi pula 7hb April 2009 nanti jatuh pada hari Selasa. Hari Bekerja tu….. Berapa ramai pengundi berdaftar yang layak mengundi yang bekerja diluar kawasan dibenarkan bercuti pada hari berkenaan? PAS kena ambil kira juga faktor ini. Jangan sampai PAS dikatakan hanya menang sorak sahaja.
Dan telah ada suara-suara sumbang yang mengatakan orang-orang PAS di Bukit Gantang mula menunjukkan belang seolah-olah mereka dah menang. Sabar. Sabar…… mungkin itu hanya provokasi pihak lawan. Walau bagaimanapun, sensitiviti orang-orang tempatan terutamanya orang melayu kita haruslah diambil kira. Jangan terlalu mengutuk orang. Patutnya kena bagi penerangan apa yang PAS boleh dan pasti lakukan demi kebaikan para pengundi mereka. Ada yang kata mereka jelak dengan kempen mohon simpati pengundi diatas krisis jawatan MB. Macam mana pulak tu?
Entahlah…aku kat KL ni tak tahu macam mana suasana sebenarnya kat sana. Cuma dengar orang-orang kampong bercerita dan juga baca apa yang telah tertera dilaman maya. Aku harap PAS boleh menang dengan bilangan undi yang lebih meningkat berbanding pada piliharaya terdahulu. Kepada para petugas PAS disana aku ucapkan selamat berkempen. Kempenlah dengan lebih bijaksana agar bulan lebih bercahaya.

Oh Bulan mana bintang
diatas pokok kayu Ara
wahai pengundi Bukit Gantang
Undi kalian amatlah berharga
6 comments:
Oh bulan mana bintang,
atas pucuk kayu ara;
Wahai pengundi Bukit Gantang,
Undi kalian amat berharga.
JAWAPANNYA:
Atas pucuk kayu ara,
pucuk condong arah ke barat;
undi kalian amat berharga,
undi PAS menyelamatkan rakyat!
Pucuk condong arah ke barat
tempat teruna mengintai dara
Undi PAS menyelamatkan rakyat
aman makmur negara sejahtera
Tempat teruna mengintai dara,
denai laluan tuju ke darat;
aman makmur negara sejahtera,
dibawah tadbiran Pakatan Rakyat!
Hah! Aisyah Jamal sokong PAS? Ingatkan puteri UMNO.. Heheee
Tuan seladang baca pula pantun hamba:-
Oh Bulan mana Bintang
diatas pokok kayu Ara
meraih undi di Bukit Gantang
cabarannta amatlah ketara
Raja Sedaka,
Minumlah susu untuk sihat
kulit cantik dengan sayur
pakat undi pakatan rakyat
agar Malaysia lebih makmur
Nafastari,
UMNO itu dahulukala
4B pula zaman remaja
memanglah nampak pelik dimata
kan ke akak ni 'biasa-biasa' je...
Ha..ha..ha...
Post a Comment