Apa yang kita harapkan tidak selalunya menjadi kenyataan.
Belajarlah menerima
sesuatu perkara dengan lapang dada.
InshaAllah hati akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Sebenarnya dalam mood sedih dan hampa ni. Tapi biarlah……..esok
lusa, pasti perasaan ini akan berlalu pergi.
Teringat pula janji pada Diary ini untuk berkongsi resepi.
Hmmm, kat bawah ni resepi apam mekar yang telah dibuat berkali-kali. Senang je
membuatnya dan bahan-bahannya pun tak banyak.
Layan gambar apam dulu ek....
RESEPI APAM MEKAR
J
- guna cawan metrik
2
biji telur – gred B je
¾
cawan gula halus
1
sudu kecil ovolatte
1
cawan ice cream soda F&N
1
sudu kecil esen vanilla
2
cawan tepung
gandum
Pewarna
ikut suka
Paper
cup dan acuan kecil
Cara
:-
Panaskan
kukusan terlebih dahulu.
Pukul
Telur + Gula + Ovollate sehingga berkrim – jadi warna putih
Masukkan
esen vanilla. – pukul rata.
Masukkan
ice cream soda + tepung berselang seli dan gaul rata
Bahagikan
kepada 2 atau 3 bahagian, warna ikut suka
Masok
dlm bekas dan kukus dlm 10 minit
**
Letakkan paper cup dalam acuan kecil2 (acuan lompang atau muffin)
Letak adunan dalam paper cup tu…
**Kalau xde paper cup, dicadangkan sapu dalam acuan lompang dengan sedikit
minyak, baru letak adunan tadi.
5 comments:
Salam. Akak sihat? Lama tak dengar kaba. Selalu nak baca pasal politik saya jenguk blog akak. Tapi rasanya akak pun dah menyampah nak komen pasal negara
Saja saya datang menyinggah. Ok, akak jaga dr. Salam sayang
Tini
Tini, alhamdulillah...akak sihat je. Hehe..akak ni bukan apa, sibuk dgn urusan kerja dan urusan rumahtangga. Cerita2 politik tu akak bacalah jugak tapi tak sempat nak bagi komen sangat. Blog sendiri pun tak sempat nak update...hehe.. Buka FB pun sekejap2 je...
Jika ada kesempatan pasti banyak yang boleh diluahkan dalam Diary ini.
Macam menarik...
Haida Super, terimakasih kerana singgah di laman ini. Pastikan guna soda F&N yg dlm tin tu bila nak cuba resepi diatas.
Post a Comment