isu hangat & sembang kosong di kedai kopi?

Hmmm......sekarang ni ramai sungguh orang bersembang pasal hukum HUDUD, pasal Khairy, Husam, DAP, PKR & MCA, PAS serta UMNO. Perhatikan dikedai-kedai kopi, dipejabat mungkin di rumah juga dan jangan tak percaya ditepi jalan pun orang bercerita. Masing-masing bercakap dengan penuh emosi. Ada juga golongan anak-anak muda yang buat tak reti. Rata-rata ku lihat yang berumur 30 tahun ke atas sahaja je yang banyak membicarakan pasal HUDUD.

Kenapa ramai orang tak suka dengan HUDUD ini? Pernah tanya kenapa mereka tak suka selain daripada melabelkan ianya hukum parti bulan? Nak salahkan siapa? Jangan terperanjat jika ada ahli parti bulan sendiri yang tak suka Hudud? (Ni kebanyakannya ahli ikut-ikutan sahaja sempena FRU dulu..) Sebenarnya ramai orang tak faham secara terperinci tentang hukum HUDUD & QISAS ni. Kenapa tidak diusahakan supaya masyarakat lebih memahaminya. Jika semua orang telah faham sefaham-fahamnya, maka tidaklah lagi ada yang memekak tak tentu pasal. Kalau orang melayu islam sendiri pun tak faham hudud apatah lagi bangsa lain. HUDUD hukum Allah swt tetapi kenapa manusia lebih takut pada hukuman manusia daripada hukuman Allah? Mungkin ada yang berkata 'eh, kubur lain-lain apa..' Tapi macam mana pulak kalau ada yang berani menjawap 'memanglah kubur lain-lain, tapi kubur ko bising, kubur orang lain tak tenang..' mesti rasa sakit hati pulak kan... sebab tu lebih baik diam jika tak faham dan berusaha untuk faham hukum tuhan. Jangan perasan diri tu bagus sebab ada orang lain yang lebih bagus dari kita untuk membicarakan hukum hakam agama. PAS patut fikir dan cari jalan macam mana nak bagi semua orang melayu islam faham tentang Hudud. Dalam masa yang sama kena cari cara untuk terangkan pada yang bukan islam juga. Untuk permulaan macam mana kalau hukum Hudud tu tertakluk pada orang islam sahaja dan bangsa lain guna pakai undang-undang sedia ada. Tunjukkan tentang kelebihan hudud pada mereka. Hmmm....apa pun mesti ada pro & kontranya.


Selain daripada sembang pasal hudud, sembang pasal calon Kuala T'ganu pun hebat juga. Kalah kempen piliharaya kat TV. Masa ni semua orang boleh jadi calon pemidator terbaik kedai kopi. Kalau dah tak suka calon tu macam-macam dikata. Diri sendiri belum tentu baik pekerti. Entahlah......

1 Januari 2009 berkuatkuasa untuk pemakaian talipinggang keledar penumpang belakang. Huh! ni pun jadi isu juga. Ada yang setuju ada yang tidak. Ada yang berkata menyusahkan. Ada yang kata bagus untuk keselamatan. Tapi anak-anak kecil payah nak berbaring nanti. Benda baru belum disetkan lagi dalam pemikiran jadi payah le bagi kebanyakan orang. Satu lagi pasal nak kuatkuasakan hanya 3 orang sahaja dibenarkan sebagai penumpang belakang. Jika pasagan suami isteri ada 4 orang anak dan mempunyai hanya 1 kereta, bila time nak balik kampong masa raya atau ke destinasi lain, tidak kah akan mengusarkan hati mereka. Tak kan nak suruh sorang lagi anak naik bas. Kena pulak kampong halaman jauh dan anak yang sulung belum pun mencecah usia sekolah menengah, bukankah agak bahaya bagi sianak? Nak suruh beli kereta lain? Tak kan nak balik kampong sampai 2 kereta? Peningkatan kos tu..... Bukan semua orang mampu beli MPV walaupun nanti akan ada MPV keluaran negara sendiri. Fikir-fikirkan. Kalau kat kedai kopi mereka bersembang tak puas hati kutuk kerajaan yang buta hati dan tak mengerti.


Ada juga sorang dua yang sembang pasal kenduri si Mawi. Mereka kata membazir je buat majlis berhari-hari. Hai!......nasiblah kau mawi, dalam orang memuji ada juga yang mengeji. Nak kata apa, mungkin ada yang iri hati mungkin juga gembira sebab ada projek diberi. Itukan lumrah duniawi. Duduk lama dikedai kopi boleh tersenyum sendiri.......


Sempena Awal Muharam tak berapa hari lagi, aku mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM" kepada mereka yang membaca entry kali ini.
Semoga hidup anda sentiasa ceria, aman sentosa dibawah rahmat Illahi. Semoga Allah swt tetapkan iman kita semua dan kehidupan kita dibumi ini diberkati oleh Nya. Amin.

????

Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka....

"Easy to judge the errors of others
Difficult to recognize our own errors"


"Easy to hurt those whom we love
Difficult to heal those wounds"


"Easy to say we love.....
Difficult to demonstrate it every day!"


Marah itu Api.....Dendam itu Bara


Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan sekuel novel 'Bagaikan Puteri' = "Hijab Sang Pencinta" karya Ramlee Awang Murshid. Novel yang bersambung dari novel kedua 'Cinta Sang Ratu'. Bezanya kali ini watak Laksamana Sunan pula yang melalui proses "back to the future" he..he.. tak rugi baca novel ni.


Apa yang boleh aku katakan penulis novel berjaya mencipta watak Saifuddin (Laksamana Sunan) yang merupakan seorang yang elok budi pekerti dan tinggi ilmu agama serta persilatannya. Dan itu juga yang membuatkan Haryani benar-benar jatuh cinta pada Laksamana Sunan dan membiarkan perasaan jodoh pilihan - Dani.


Jika novel "Ayat-Ayat Cinta" boleh dikategorikan sebagai Novel Islami, rasanya tak salah kalau Novel Sekuel ini juga dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Ramlee Awang Murshid mencipta watak Saifuddin seorang yang benar-benar faham dan beramal dengan ilmu Islam itu serta berusaha menentang segala kejahatan yang ditunggang oleh Iblis.



Aku kira bukan semua orang boleh menulis novel Islami seperti ni. Sesungguhnya penulis novel tersebut mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Biarpun mungkin ada orang akan berkata cerita ini seperti tidak logik namun jika diteliti ada unsur dakwah dalam ceritanya dan terselit jua motivasi untuk diri.

Tahniah kepada penulis novel atas kejayaan beliau menulis novel sebegini.
{Nota untuk Finie : Kau & Asnan setuju tak dengan pendapat aku?}

Keluh Kesah Tun Baiduri

Tun Angsana membelai rambut Tun Baiduri yang ketika itu dihembus bayu petang yang mendamaikan lalu berkatalah Tun Angsana kepada isterinya yang tercinta setelah beliau mendapati isteri yang dikasihi telah hilang senyum serinya.
Tun Angsana : "Wahai Adinda permata jiwa, mengapakah adinda sehari dua ini Kanda lihat bermuram durja? Khabar duka apakah yang telah hadir menganggu dinda?"
Tun Baiduri : "Kanda Angsana, maafkan dinda jika perlakuan dinda mengundahkan hati kekanda. Bukan derita jiwa yang bertapa cuma adinda terbawa rasa dengan kejadian diluar sana."
Tun Angsana : "Gerangan apa yang berlaku hingga dinda demikian rupa?"
Tun Baiduri : "Dinda berasa nestapa kerana kediaman warisnya memanda menteri dimusnah alam kanda. Keponakkan memanda itu umpama hilang jiwa, ratap dan tangis sahaja." Tun Lebah itu kini mengamuk marahkan pihak istana dan mengata-ngata kerabat semua".
Tun Angsana : "Hilang akalkah Tun Lebah itu? Angkara Alam nak disalahkan istana? Bukannya Raja ada kuasa menentang Alam".
Tun Baiduri : "Entahlah Kanda, Panglima Laksamana serta hulubalang semua telah memerah keringat membantu sedaya upaya. Namun masih diumpat nista".
Tun Angsana : "Umpama tidak bersyukur sahaja lagaknya si Tun Lebah. Nyawa masih melekat dibadan, masih berupaya untuk sujud pada yang Esa. Emm... Apa pula kata pihak Istana? Tidakkah akan mengundang murka paduka Raja?"
Tun Baiduri : "Khabar yang dibawah Tuan Puteri kepada hamba, para pembesar bersetuju untuk mencari cerdik pandai tukang agar dapat dibina kediaman baru Tun Lebah. Hingga kini belumlah lagi diketahui tapak mana yang mahu dipasak."
Tun Angsana : "Khabarkan lah pada Tun Lebah dan juga hamba sahaya jua, andai meletak tiang seri untuk berlindung cuaca alam, janganlah digangu pasak bumi yang ada. Takut-takut kejadian sama menimpa."
Tun Baiduri : "Memang benar kata Kanda, namun apalah daya kita, hanya boleh bersuara sahaja. Kata putus ditangan mereka. Andai ditimpa musibbah, bermunajatlah kepadaNya. Moga-moga hati tak leka. Allah swt tetap menjaga kita".
Tun Angsana : "Duhai Dinda, usahlah lagi berasa pilu. Satu hari nanti pasti amuk Tun Lebah berlalu. Lambat laun sejuklah amarahnya itu. Semoga memanda menteri dapat memujuk, melentur akan Tun Lebah."

Cuti sekolah, Aku pun jadi Lelah...

Semalam selepas pulang dari kerja aku pening kepala bila melihat ramainya kengkawan anak-anakku didalam rumah. Dari luar rumah lagi dah dengar suara hilai tawa mereka. Adoi!lah...
rasa macam nak demam jadinya. Masuk je dalam rumah tengok rumah bersepah. Macam tongkang pecah. Sakit hati betul.... sebagai hukuman, aku suruh anak-anak ku mengemas semula segala permainan dan basuh segala pinggan mangkuk dan cawan yang bersepah kat singki. Aku suruh Alya menyapu. Dalam pada menyapu tu sempat lagi dia bagitau yang konon-kononya dia tak bersalah tapi si Kak Yong yang ajak kengkawan main dalam rumah. Aku cakap tak kiralah sapa yang ajak tapi bila dah bermain sama tu kira ambil bahagian le juga kan....

Aku pun naik angin juga dengan Ammar anak jantan sorang ni. Dah tahu jahitan bersunat tu pun belum putus lagi dah tak sabar-sabar nak bermain. Hari Jumaat lepas dahlah berdarah balik akibat bermain bola, tak jugak serik-serik. Bila diberitahu yang kita ni takut dia bentan, mulalah nak menjawap " Mama ni semua nya tak boleh". Lepas tu mengada-ngada nak merajuk kunun. Iskh! pening betul lah..

Pagi tadi sebelum pergi kerja dah 'berbakul' rasanya pesanan penaja untuk anak-anak. Sebentar tadi telefon juga dengan beberapa pesanan yang sama. Tambahan pula petang nanti ada jiran Opah mereka yang ingin bertandang. Harap-harap anak-anak tak buat perangai lagi dan rumahku tidak lagi tunggang langgang......

p/s : sekadar meluahkan perasaan

Remaja...

Ketika riang dipadang remajamu
ada mata yang memerhati
setiap langkah kaki

Kadangkala mereka tak peduli
andai kau berlumpur dipadang itu
mereka juga tak peduli
andai kau jatuh ketika berlari
Ada juga hanya bersorak memperli
tanpa memberi sebarang motivasi

Ada juga sang mata yang punya hati
berdoa berhari-hari
agar hidup remaja mu lebih bererti
tanpa kau sendiri sedari dan peduli

Padamu remaja hanya sekali
'ikut suka aku punya hati'


Nota Kaki : Besar sungguh cabaran mendidik anak-anak zaman remaja kini....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...