Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt
Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib
manusia disebarkan tanpa rasa segan silu dan tanpa rasa berdosa. Allah hu
Rabbi, manusia tidak lari dari melakukan segala kesilapan dan dosa. Perlu kah
dibuka segala aib demi sedikitnya rasa kemenangan dan bahagia yang mungkin
hanya sementara?
Manusia kadang mudah lupa tentang kehadiran Malaikat Atid yang bertugas untuk mencatat keburukan dan dosa yang dilakukan manusia. Namun Allah swt maha Adil dan Malaikat Raqib ditugaskan pula untuk mencatat segala amal kebaikan kita umat manusia.
Janganlah sesekali kita berbangga dengan dosa silam. Sentiasa lah memohon ampun dari Allah swt dan jika dosa kita melibatkan manusia lain, kita doakan juga agar Allah swt turut mengampuni dosa kita dan dosa si dia. Jagalah aib si dia atau siapa-siapa yang kita kenal ada keburukan pada mereka agar hubungan sesama manusia kekal baik dalam peliharaan Allah swt.
Namun dalam bab menjaga aib manusia ini, menjaga hukum Allah swt itu adalah lebih penting sebenarnya kan…. Dan kenalah pandai dalam menimbang tara antara hukum Allah dan hukum undang-undang manusia. Sebab itu ada pepatah mengatakan “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali” Dalam kita berbuat baik pada orang lain, kita mungkin telah menyakiti pihak lagi satu atau tanpa sedar telah membuka aib seseorang. Dan jika bersalah sekalipun, kita ada saluran undang-undang yang manusia sendiri cipta untuk digunapakai pada waktu tertentu.
Undang-undang manusia di muka bumi ini, kita beriya nak ikut atau
terpaksa ikut, tapi undang-undang dan hukum Allah swt kadang kita abaikan pula.
Hidup kita ini tidak selamanya menongkat langit. Suatu hari nanti kita akan
dipanggil pulang menghadap Ilahi. Bersediakah kita? Masihkah kita berbangga
dengan dosa-dosa kita? Cukup ke amalan kita selama ini? Adakah kita ingin terus
melakukan dosa?
Tutuplah segala aib ketika perlu untuk kemakmuran hidup sesama manusia.
Jangan buka aib orang lain jika kita tidak mahu aib kita di jaja orang. Ada
kaedah tertentu untuk menyelesaikan segala masalah. Bercerita pada media sosial
hanya akan menambah tekanan untuk di umpat nista oleh orang lain. Tidak
dinafikan, ada ketikanya aib manusia
yang bersalah sesama manusia perlukan khidmat undang-undang dan campurtangan pihak
berkuasa agar menjadi pengajaran pada manusia lain. Mustahil la pulak nak
menutup aib seorang penjenayah yang masih bebas berkeliaran dan akan membahayakan
nyawa orang lain.
Sifirnya mudah. Kita umat Nabi Muhammad S.A.W bukan maksum. Kita
pastinya pernah berbuat dosa sama ada sedar atau tidak. Adalah lebih baik bermohon
ampun dan terus berusaha melakukan segala kebaikan.
Jika patuh pada undang-undang manusia, patuh dan jagalah juga bab bab
hukum dari Allah swt.
Hukuman manusia hanya terpakai selagi nyawa dibadan tapi hukuman Allah
swt tetap berjalan hingga ke akhirat nanti. Bukan sekadar ‘tepuk dada tanya
selera’ ya. Ayat ini patutnya di tukar
kepada ‘tepuk dada, tanya Iman’ baru lah boleh aman semuanya. Kalau fikir
mengikut kata hati, silap haribulan merana sendiri.
Aku juga seorang pendosa yang sedang berusaha untuk menjaga diri dan memohon keampunan dari yang maha Esa atas segala dosa yang dilakukan. Semoga Allah swt membuka pintu-pintu rahmatNya.
Ehh…banyaklah pulak membebel kali ini. Minta maaf, bukan nak menunjuk
pandai. Hanya berkongsi pandangan peribadi. Sesekali bila menulis dalam diary
sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga sebagai pedoman untuk anak-anak
kemudian hari.
Sebentar lagi akan ku tampal salinan
coretan ini dalam mukabuku sebagai tanda hak milik catitan dalam diary.
No comments:
Post a Comment