Covid19 dan 8 kematian setakat ini

Allahu....sedihnya bila mendengar tentang jumah kematian akibat virus Covid19 yang melanda negara setakat hari ini.

Innalillahiwainnaillahirojiun..... Semoga Allah swt ampuni mereka yang telah pergi, rahmatinya, lapangkan kuburnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga mereka. Covid19 tidak mengenal sempadan negara dan juga bangsa. Hari ini dunia menyaksikan satu wabak yang amat mengerunkan manusia keseluruhannya. Para doktor dan petugas kesihatan di negara masing-masing bertungkus lumus sedaya upaya dan berdepan dengan risiko untuk memberi rawatan kepada mangsa Covid19 yang telah dikenal pasti. Kita doakan agar para petugas kesihatan ini terus kuat dan tabah. Semoga Allah swt melindungi mereka semua.

Dan besok pihak Tentera Malaysia akan membantu pihak polis untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih degil berkeliaran diluar rumah untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan yang bermula dari 18Mac hingga 31Mac 2020. Marilah semua rakyat Malaysia kita berdoa agar virus ini tidak terus merebak. DUDUKLAH DIAM-DIAM DIRUMAH!




Dah sepuluh hari masih batuk lagi. Huhu :(
Ubat pun dah habis.... 
Kalau makan yang berminyak sikit jer mesti batuk semula.
Lepas ni nak ambil madu dan limau nipis pulaklah...
Semoga batuk ku cepat baik.

Covid19 punya pasal

Covid19 punya angkara
Umpama malapetaka pada negara

Kementerian Kesihatan petang tadi telah mengumumkan jumlah kes Covid19 telah meningkat kepada 428 kes.  Satu angka yang menakutkan bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Sana sini kedengaran berbagai komentar dan perbualan mengenainya.  Di laman sosial bersepah berita tentang virus baru ini.  Masing-masing merasa risau apatah lagi virus ini merentasi dunia.  Banyak negara yang terlibat.

Khamis lepas tekak terasa perit dan mula batuk di pejabat. Tanpa berlengah,  terus ke klinik berjumpa doktor meminta rawatan. Tiada demam dan tiada gejala lain.  Doktor hanya berikan ubat yang sesuai dan beri cuti sakit untuk 1 hari pada hari Khamis itu.

Jumaat aku ke tempat kerja.  Menyiapkan tugasan mana yang penting sebelum kena 'halau' untuk kuarintinkan diri sendiri di rumah. Yelah,  faham semua orang tengah risau,  takut,  kalut dengan Covid 19 ni.  Macamlah pakai topeng dimuka menjadi satu dosa besar.  Walhal,  itu sebagai satu langkah pencegahan jarak yang memang dicadangkan oleh pihak Kementerian juga.  Bila kuarintinkan diri dirumah ni payahnya nak jauhkan diri dari anak-anak.  Cuti sekolah telah bermula. Anak-anak nak duduk celah ketiak mama dan membodek nak itu...dan nak ini.... Haisshh... Pening mama.

Disebabkan bekalan ubat dah habis ditelan pagi tadi dan batuk masih ada serta tekak pun masih terasa gatal2, berjumpa doktor di TDMC pula. Doktor muda yang kurus cantik tu hanya bekalkan ubat dan beri cuti sakit untuk Isnin besok.  Kali ini ada ubat spray untuk tekak.  Tiada antiviral sebab tak demam,  tidak sesak nafas dan tiada gejala lain yang membimbangkan. Boleh berehat di rumah sahaja.

Jadi anak-anak,  cuti sekolah ni jangan berangan nak berjalan sakan.  Mereput sahaja dirumah okey. Selamat duit mama.  Hehe...

Tengok bila Allah swt nak tarik rahmat dia daripada kita manusia ni mudah jer.  Dia beri sedikit ujian dan peringatan.  Kita ni manusia yang mudah lupa. Mudah leka...

Ya Allah,  sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak,  gila,  kusta dan dari penyakit-penyakit yang buruk.
Aamiinn......

Fiksyen-Tun Melati Putih memberi pesan

Warkah ini dinda utuskan untuk memberi khabar kepada Kekanda di seberang sana tentang apa yang telah terjadi kepada tanah kelahiran kita.  Moga kehadiran warkah ini mengembirakan hati kanda. 

Maka setelah sekian lama berteka teki Bendahara pun menyebutlah akan nama pembesar yang dilantik untuk mentadbir negara setelah mendapat perkenan Istana.

Ketika ini tiadalah upaya dinda untuk meneka  bagaimanakah nanti masa depan negara.  Biarlah pembesar bergelar itu menyusun kerja. Janganlah pula ada antara mereka yang membuat onar serta angkara.  

Burung Serindit hinggap di dahan
Dahan Tanjung di dalam taman
Ikutlah Al Quran,  Sunnah serta pesanan
Semoga negara kembali aman

Dinda ingin menitip pesan pada pembesar bergelar.  Tugas pembesar amatlah berat. Salah hemat menanggunglah di akhirat.  Amanahlah kalian semua dalam menjaga hak rakyat. 

Kanda yang jauh dimata, 

Adapun rakyat sekarang ini merasa nestapa kerana ada antara mereka telah di timpa bala penyakit berjangkit.  Kata orang,  Covid-19 nama wabaknya. Sungguhlah dinda merasa gusar di dalam dada. Semoga ada Tabib yang bijaksana dapat menyembuhkan mereka. 

Dinda sudahi warkah ini dengan ucapan salam dan doa agar kanda juga dapat menjaga diri.  Dengarnya wabak ini telah menular sekitar benua.  Berhati-hatilah kanda disana. Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua. Aamiinn.... 

Dinda, 
Tun Melati Putih


Kertas Kajang -vs- Peranti Pintar


Aku menjadi rindu

Pada helaian kertas berkajang

Pada ayat penuh perasaan

Dengan bahasa memujuk jiwa

Menyembuhkan luka

Menceriakan hati nan nestapa

 

Aku menjadi rindu

Pada cerita panjang

Dengan bahasa kiasan

Madah seloka serta gurauan

 

Zaman telah berubah

Kertas kajang menjadi sepi

Dengan ledakan teknologi

Peranti pintar penganti diri

 

Zaman telah berubah

Bahasa ringkas lebih mudah

Kadangkala yang terpapar cumalah emoji

Sebagai tanda luahan rasa hati

 


Entah bagaimanalah agaknya generasi akan datang hendak menghargai cantik dan indahnya bahasa. Buku berbentuk sastera juga mereka tidak suka membaca. Lirik lagu zaman sekarang juga tidak membantu. Tidak seperti dulu.

Mendengar siaran radio klasik di RTM juga anak-anak jadi sebal dan tidak suka. "Mama, please la tukar channel tu" Hahaha.....mereka tidak tahu mama memang sengaja membuka Radio Klasik untuk mendera pendengaran mereka. Sekali sekala sahaja pun kan....

Waktu rehat 1 jam tidak keluar makan. Hanya buka laman sesawang.
 

 

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakanda


 
19 tahun yang lalu dia lahir dari rahimku


Ingatkan dialah yang bongsu

Rupanya 8 tahun kemudian menjadi kakak

 

Alya nama yang diberi oleh arwah Mak Mertua

Semasa kecil mulutnya sangat rajin bercerita

Ada sahaja soalan yang nak ditanya

Kadang aku merasa tebal muka

Kerana soalan tak kena pada tempat dan suasana

 

Anak-anak adalah permata jiwa

Walau mereka jauh dimata

Doa untuk mereka sentiasa ada

 

Selamat ulangtahun Alya

Mama doakan semoga hidupmu

Sentiasa beroleh kejayaan

Di dunia dan juga akhirat

Semoga Allah swt memberi segala rahmat

Dalam kehidupanmu

 


Gambar tahun lepas meraikan kejayaan
SPM hanyalah titik permulaan kepada
perjalanan yang panjang.
 

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...