Covid19 punya angkara
Umpama malapetaka pada negara
Kementerian Kesihatan petang tadi telah mengumumkan jumlah kes Covid19 telah meningkat kepada 428 kes. Satu angka yang menakutkan bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Sana sini kedengaran berbagai komentar dan perbualan mengenainya. Di laman sosial bersepah berita tentang virus baru ini. Masing-masing merasa risau apatah lagi virus ini merentasi dunia. Banyak negara yang terlibat.
Khamis lepas tekak terasa perit dan mula batuk di pejabat. Tanpa berlengah, terus ke klinik berjumpa doktor meminta rawatan. Tiada demam dan tiada gejala lain. Doktor hanya berikan ubat yang sesuai dan beri cuti sakit untuk 1 hari pada hari Khamis itu.
Jumaat aku ke tempat kerja. Menyiapkan tugasan mana yang penting sebelum kena 'halau' untuk kuarintinkan diri sendiri di rumah. Yelah, faham semua orang tengah risau, takut, kalut dengan Covid 19 ni. Macamlah pakai topeng dimuka menjadi satu dosa besar. Walhal, itu sebagai satu langkah pencegahan jarak yang memang dicadangkan oleh pihak Kementerian juga. Bila kuarintinkan diri dirumah ni payahnya nak jauhkan diri dari anak-anak. Cuti sekolah telah bermula. Anak-anak nak duduk celah ketiak mama dan membodek nak itu...dan nak ini.... Haisshh... Pening mama.
Disebabkan bekalan ubat dah habis ditelan pagi tadi dan batuk masih ada serta tekak pun masih terasa gatal2, berjumpa doktor di TDMC pula. Doktor muda yang kurus cantik tu hanya bekalkan ubat dan beri cuti sakit untuk Isnin besok. Kali ini ada ubat spray untuk tekak. Tiada antiviral sebab tak demam, tidak sesak nafas dan tiada gejala lain yang membimbangkan. Boleh berehat di rumah sahaja.
Jadi anak-anak, cuti sekolah ni jangan berangan nak berjalan sakan. Mereput sahaja dirumah okey. Selamat duit mama. Hehe...
Tengok bila Allah swt nak tarik rahmat dia daripada kita manusia ni mudah jer. Dia beri sedikit ujian dan peringatan. Kita ni manusia yang mudah lupa. Mudah leka...
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila, kusta dan dari penyakit-penyakit yang buruk.
Aamiinn......
Daun Kantan Daun Keladi Bunga Kekwa dalam Jambangan, Diary ini luahan hati Buat penawar kenang-kenangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt
Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...
-
Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang? Mesti lah pan...
-
Kadang-kadang kebetulan-kebetulan yang hadir dalam hidup kita ada suka dan ada duka.... "Easy to judge the errors of others Difficult t...
-
Pagi ni aku terima satu e-mail yang mengatakan jangan guna pinggan mangkuk drpd Melamine. Hmm.....korang bacalah tentangnya. Aku dah cut ...
No comments:
Post a Comment