Benang bedah yang terkeluar dari dalam perut?

Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang?
Mesti lah panik dan risau kan…… itulah perasaan yang aku alami sejak petang Ahad yang lalu. Mula-mula ingatkan ada bisul atau apa, sebab ia macam bernanah. Pelik le pulak. Rasa keras tajam macam dawai je. Cuci macam biasa jelah. Tup-tup petang Isnin ianya terkeluar sedikit. Terkejut bila nampak macam dawai hitam terjojol keluar. Mulalah terfikir tak kan ianya benang masa bedah tahun 1994 dulu. Iskh! Musykil betul. Dah lebih dari 15 tahun. Lagipun pembedahan tu bukan pembedahan bersalin sebab masa tu aku belum kawin lagipun.



Semasa temujanji untuk lawatan klinik mengandung, aku minta pendapat doktor. Risau le jugak kut jadi apa-apa lagipun kandungan dah masuk 36 minggu. Aku dijangkakan untuk bersalin pada 23/11/09 nanti. Hmmm….terus kena refer kat Surgeon. Lagilah kecut perut aku. Mulalah terbayang yang bukan-bukan. Tapi aku dinasihatkan jangan terlalu risau takut BP pulak naik mendadak nanti. Bahaya! Macam mana tak risau, bila kandungan dah besar ni macam-macam masalah pulak yang timbul. Haemoglobin pula rendah. Paras normal antara 11.5 – 16.5 Tapi haemoglobin darah aku hanya 9.8 aje. Kurang banyak tu……., patutlah asyik letih je memanjang.



Hmmm….pusat aku ni sebenarnya ada problem sejak lahir lagi. Tak normal macam orang lain. Aku pernah dinasihatkan untuk dibedah semasa aku disekolah rendah lagi. Tapi, biasalah masa tu mak aku tak izinkan. Dan berbagai jenis ubat herba mak guna untuk sapu dipusat. Sampai satu ketika ada satu ubat yang rupanya macam kemenyan warna biru yang disapu ke pusat aku. Adoiii….lah, sakit nya bukan main bila disapu dengan serbuk kemenyan biru tu. Last-last aku cakap pada mak tak payah le letak apa-apa ubat pun. Biarkan ajelah. Sebelum dibedah dulu, kadang-kadang pusat aku akan merasa sakit dan berdarah. Bayangkan 24 tahun aku menanggung sakit yang macam tu. Akhirnya atas nasihat beberapa rakan barulah aku berani nak meneruskan pembedahan tersebut. Selepas dibedah, aku MC sampai sebulan. Disini aku mengambil kesempatan nak ucapkan terimakasih pada Dr. V… yang banyak memberi galakan pada aku satu ketika dulu. Jasamu tetap dalam ingatan (he..he.. entah dia baca ke tak entri aku yang selalu merapu ni)
Maka pagi tadi appointment aku untuk berjumpa dengan Consultant Surgeon di TDMC memberi jawapan yang tepat dan penerangan daripada Dr. Leela amat memuaskan hati. Memang betul ianya adalah benang Nylon (warna biru lagi) yang digunakan untuk jahitan semasa aku melakukan pembedahan dulu. Menurutnya, benang tersebut tidak akan hancur didalam badan. Yang aku pelik tu dah tiga kali aku mengandung tak de le pulak benang tu nak tembus keluar daripada perut sebelum ni. Lepas doktor check dia pun tarik keluar sikit benang tu dan potong. Rasa ngilu dan sakit jugak le sikit. Lebih kurang ½ cm benang tu yang dipotongnya. (Benang tu rasa keras macam dawai, saiz benang lebih kurang macam stapler tu ha) Kemudian dia spray dan plaster je kat tempat yang dah terlubang. Doktor siap lukis lagi semasa memberi penerangan untuk mengambarkan pada aku macammana kedudukan benang yang mengikat bahagian dalam perut yang berhampiran dengan pusat aku tu. Aku dinasihatkan untuk menghabiskan antibiotik yang diberi. Kandungan dah besar, dah tiada masalah untuk mengambil ubatan lain. Minggu depan aku akan bertemu dengan Dr Leela lagi untuk rawatan susulan.


Sekarang ni dah rasa lega sedikit. Lepas ni nak menghitung hari pulak untuk menunggu kelahiran orang baru. Adik aku dah selamat melahirkan anak lelaki pada 26/10 yang lalu. Tapi baby dia sonsang, kepala diatas terpaksalah kena bedah kali ni. Masa first baby dulu normal je ikut pintu. Tahniah untuk Ogy. Aku pulak, masa scan hari tu nampak kedudukan baby ok-normal. Harap-harapnya lepas ni tiada lagi masalah yang timbul.

4 comments:

*Mawar Nafastari* said...

ngerinye baca citer awak ni.. huhu.. hope semuanya selamatla ye.. jaga diri elok2, risau plak dengar..

salam buat semua

:)

Bila Diary Bercerita said...

Mawar,

Awak yang baca pun rasa ngeri, bayangkan saya yang mengalaminya...

Sekarang ni kalu baby gerak je terasa cam ngilu sikit kat tempat tu.

Eh! macam-macam kejadian kat bumi Pakistan, semoga awak bertiga selamat dibawah lindungan Ilahi.

kak ja said...

Kja doakan Aishah berjaya menjalani saki-baki tempoh kehamilan ni tanpa masaalah besar..

Mudah2an Aishah mudah pulak bersalin nnt..

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,

Jutaan terimakasih atas doa akak itu.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...