Masa ni aku tengah rindu padanya...

Ni gambar anak buah ku Aireena Shazi. Anak adik ku Ogy. Hmmm... Cutenya dia.... Mak long tengah rindukan Reena masa ni tau. Nanti Mak Long nak suruh mama Reena rakam suara nangis reena... Kita memang duduk dekat je. Reena kat Shah Alam, Mak Long kat KL tapi tak jugak Mak Long sempat nak jumpa reena. Agaknya lepas ni bila jumpa Reena mesti Reena dah makin tembam.










Alahai....D' TR

Percaya atau tidak hidup ini umpama roda, bergolek dalam paksinya yang tersendiri.
Ada masa pusingan keatas ada masa pusingan ke bawah. Begitu juga dengan rentak hidup orang-orang siasah dalam gelanggang politik negara. Dulu dia disangjung sekarang dia dikeji. Dulu ramai mengaku kawan dan sedara, sekarang tak nampak muka. Dulu ada yang suka sekarang ramai pula yang membenci. Dulu dipandang mulia sekarang dah mula kata mengata…

Itulah resam dunia…..
kerana itu apabila berada disinggahsana janganlah leka dan alpa kerana sinar kaca walau terserlah indah ia tetap kaca jua bukan intan permata. Ikhlas dalam perjuangan tak kan sama dengan rentak perniagaan. Dunia siasah bukanlah dunia niaga. Andai segala yang ada nak diniaga rosaklah perjuangan, musnahlah keyakinan, maka yang jadi mangsa hanyalah rakyat biasa yang tak mengerti apa-apa hanya berharap agar pemerintah yang ada lebih bijaksana.

Suara Anak-Anak dibumi Gaza

Wahai Dunia
menangislah bersama kami
yang kehilangan Ibu Ayah
yang kehilangan Abang Kakak
dibedil Israel
yang menjajah tanah kami

Wahai Dunia
berpuasalah bersama kami
yang kelaparan kehausan
angkara makanan tak berkecukupan

Wahai Dunia
bantulah adik-adik kami
mencari diri semangat hakiki
memahami dugaan Ilahi

Wahai Dunia
marilah berdoa bersama kami
agar Israel yang tak punya hati
akan musnah jua ditelan bumi....

- Aishah Jamal -
(Ketika menyelami hati nurani mu dari Kuala Lumpur dalam detik waktu 22.45)

Maafkan Daku...

Maafkan Daku
Andai menganggu lenamu

Maafkan Daku
Andai duka menyapamu

Maafkan Daku
Andai sayang tak terucap
Andai rindu tak bersempadan

Maafkan Daku
Yang bertamu dalam mimpimu

Maafkan Daku
Andai hati merintih pedih......

Boycott (2)

Aku terima satu email dari seseorang semalam dan persoalannya hingga kini belum ku jawap. Aku rasa lebih baik aku panjangkan didalam blog ini. Mungkin ada sesiapa diluar sana yang boleh bersama aku untuk menjawap soalan-soalan beliau kerana dia juga pastinya akan membaca segala komentar didalam blog aku.

Apa yang anda rasa (?) - Jika ada ahli keluarga anda yang bekerja di Tesco,
Johnson&Johnson, Kilang Nestle, McD dan beberapa company Yahudi yang lain.
Dalam masa yang sama anda meminta mereka memboikot barangan / saham untuk Israel.

Apa tindakan anda (?) - Suruh mereka berhenti kerja ? Atau mogok ? Limitkan barangan
Dapor?

Akibat / Hasil - Berhasilkah kempen boikot? Jika berhenti kerja nak bagi anak bini
Makan apa pula. Kenapa tak boikot sekali Microsoft / Nokia dan segala mak nenek gajet
IT yang lain?

Kempen hangat-hangat tahi ayam (?) Sekadar politik atau emosi dan retorik semata-mata.

Boleh ko jawap soalan aku ni Shah????.

Hmmm.......aku cuma buat sekadar yang termampu je untuk boikot ni. Kalu bercakap pasal bab rokok pun dan hubungannya dengan pihak Yahudi ni... suami aku dan kebanyakan adik-beradik aku juga merupakan penyumbang. Mereka mati kutu kalu tak dapat rokok. Habis camna. Bukan cuba bersikap hipokrit tapi mencuba apa yang terbaik.

BOYCOTT


Secara jujurnya sejauh mana kesanggupan kita untuk tidak membeli barangan ini?
Berapa ramai antara kita yang sanggup menyekat nafsu untuk ke McD, KFC dll?
Perubahan bermula dalam diri sendiri......



Setelah Bertemu Azar...

Bertemu kawan lama

mengimbau memori ria

gelak dan tawa sewaktu kecil

menjadi cerita seolah tak berakhir



Betapa seronok menjadi kanak-kanak

tak perlu memikir masalah

asal perut terisi

asal waktu bermain diberi

Jatuh dan luka perkara biasa

pagi bergaduh

petang tidak pula kita bermasam muka



Kita mudah memaafkan...

kita jarang menyimpul dendam..

Kadangkala kita cuma geram

pada budak lelaki yang perasan

bila main depa asyik nak menang



kita main macam-macam

dari rounders, police sentry,

konda kondi, galah panjang,

guli dan selipar pun jadi



Hmmmm.....

banyak sungguh kenangan

di padang "BINTANG"....

Cahayanya pasti menceriakan

hati yang walang

Demam Panas & Sakit Sendi

Sebelum berakhirnya 2008 anak-anak aku diserang demam panas dan sakit sendi. Awal tahun 2009 aku pula yang demam. Habis sakit segala sendi jari kaki & tangan. Nak bengkokkan jari pun tak boleh. Nak berjalan pun payah. Sampai tak larat nak berdiri lama dan memasak untuk keluarga. Nasib baik gak le cik Abang prihatin. Dia lah yang tolong masak. Menurut kata doktor kalau demam aku tak pulih lagi dalam 3 hari dia nak buat ujian darah. Eeeiii....suspen gak masa tu sebab sekarang ni kan tengah kecoh pasal deman Chikungunya.

Antara tanda - tanda deman Chikungunya seperti berikut :-

1) Deman Panas

2) Sakit Teruk pada Sendi

3) Sakit Kepala

4) Ruam pada badan


Semua tanda-tanda sakit ni aku dah rasa. Adakah aku kena deman Chikungunya? Demam aku dah baik dah......tapi kena ulcer mulut pulak. Banyak tempat gak tu. Kat tepi lidah kiri & kanan serta ditepi pipi. Kesian kat aku kan, susah sikit le bila nak makan. Sekarang ni badan & muka aku dah mula naik ruam. Tengok muka sendiri kat cermin pun rasa cam kelakar je.

Masa anak-anak aku demam hari tu nasib baik dorang tak kena ulcer. Tapi bila dah naik ruam satu badan tu demam dorang terus baik. Mak aku pesan suruh bagi minum air kelapa. Aku ikutkan aje asalkan boleh sembuh.

Kat bawah ni ada sedikit info tentang penyakit Chikungunya yang telah diemail oleh seorang rakan aku.

Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 [1].Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.GejalaSimptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...