Thursday, January 15, 2009

Boycott (2)

Aku terima satu email dari seseorang semalam dan persoalannya hingga kini belum ku jawap. Aku rasa lebih baik aku panjangkan didalam blog ini. Mungkin ada sesiapa diluar sana yang boleh bersama aku untuk menjawap soalan-soalan beliau kerana dia juga pastinya akan membaca segala komentar didalam blog aku.

Apa yang anda rasa (?) - Jika ada ahli keluarga anda yang bekerja di Tesco,
Johnson&Johnson, Kilang Nestle, McD dan beberapa company Yahudi yang lain.
Dalam masa yang sama anda meminta mereka memboikot barangan / saham untuk Israel.

Apa tindakan anda (?) - Suruh mereka berhenti kerja ? Atau mogok ? Limitkan barangan
Dapor?

Akibat / Hasil - Berhasilkah kempen boikot? Jika berhenti kerja nak bagi anak bini
Makan apa pula. Kenapa tak boikot sekali Microsoft / Nokia dan segala mak nenek gajet
IT yang lain?

Kempen hangat-hangat tahi ayam (?) Sekadar politik atau emosi dan retorik semata-mata.

Boleh ko jawap soalan aku ni Shah????.

Hmmm.......aku cuma buat sekadar yang termampu je untuk boikot ni. Kalu bercakap pasal bab rokok pun dan hubungannya dengan pihak Yahudi ni... suami aku dan kebanyakan adik-beradik aku juga merupakan penyumbang. Mereka mati kutu kalu tak dapat rokok. Habis camna. Bukan cuba bersikap hipokrit tapi mencuba apa yang terbaik.

7 comments:

Anonymous said...

Dunia ini milik Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, maha pengasih lagi penyanyang.
Kenapa kita mesti takut??? Kita mesti percaya bahawa rezeki kita datang dari Allah. Mungkin kita akan kehilangan pekerjaan [j&j, McD, KFC] tapi dengan berkat doa dan muafakat, saya yakin akan ada barakah dengan tidak bekerja untuk Sykt Jewish.Satu jihad untuk kita menuju ke Jannah.
Ada cite burung kecil yg bawa air dalam paruh kecilnya semata2 utk padamkan api yg marak menyala utk membakar Nabi Ibrahim [a.s].Kitalah burung2 kecil tu, fikirkan apa yg bule kita lakukan dengan keupayaan yg ada. Itulah yg Allah s.w.t. akan tanya....
Sekadar pendapat dan berkongsi sedikit ilmu yg pernah saya belajar. Moga Allah berkati kita sume. Aminnn.
Lina 09

Anonymous said...

mari kita pakat-pakat derma duit untuk pelestin beli senjata paling canggih dan lawan israel tu!

-peace-

Hartini Omar said...

buat selagi yg termampu. kalau nak boikot ni jangan banyak tanya. sikit ke, banyak ke, berkesan ke? cuba je dulu selagi yg termampu. yang penting dah cuba kan?

Yanaam said...

Yang pastinya, masih ramai orang Malaysia berpusu-pusu di pawagam untuk menonton film terbaru Hollywood.

Ya. Kita lakukan yang terbaik dan termampu.

WS Zuriati said...

Man jadda wa jada...
Tepuk dada tanya iman. yg penting buatlah setakat yg mampu.

Aishah Jamal said...

1) Setuju dgn Lina

2) Ya, kita boleh mengumpul derma.
Masukkan aje dalam tabung yang
dah banyak dilancarkan .

3) Ya, kita mesti teruskan cuba untuk boikot ni. Mungkin kesannya tak ketara tapi mesej pasti sampai jua.

4) Bukan setakat wayang, kat TV pun berbagai cerita Hollywood ditayangkan. Kadang-kadang rasa tak nak tengok tapi tertengok gak.
Adoi!lah... thanks Yanaam, singgah di blog ini.

5) Lebih baik buat apa yang termampu daripada tak berusaha dan bersimpati langsung dengan rakyat Gaza.

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes