Pie dan Epik kena samun

Adik Iparku dan seorang sepupu diberitakan dalam perjalanan daripada Hospital Serdang menuju ke Ukay Perdana dan singgah di stesen Petronas Jelatek untuk mengisi minyak pada malam minggu yang lalu. Setelah selesai urusan distesen minyak berkenaan dan dalam perjalanan seterusnya, mereka ditahan oleh sebuah lori dan kelihatan 3 orang lelaki melayu berumur dalam lingkungan 30an keluar dari lori tersebut menghampiri mereka dan mengarahkan mereka untuk menyerahkan dompet serta telefon bimbit.


Berasa berang dengan ugutan itu, adik sepupu suamiku cuba melawan perompak berkenaan. Namun bila perompak tersebut mengeluarkan parang dan cuba untuk mencederakan mereka berdua, akhirnya mereka terpaksa menyerahkan dompet dan juga telefon bimbit mereka. Perompak berkenaan juga membawa lari kereta adik iparku.


Sekarang adik iparku dan beberapa rakan sedang cuba untuk menjejaki kereta miliknya.


Betapa nilai kemanusiaan telah makin hilang kini. Cabaran hidup dan masalah kewangan kadang-kadang membuatkan manusia hilang pertimbangan. Tidak lagi berpaksi pada hukum halal & haram, asal tembolok terisi dan nafsu dituruti, hanya memikirkan kepentingan sendiri.


Jika persoalan kenapa manusia sanggup merompak dilontarkan kepada umum, sudah tentulah berbagai jawapan yang akan kita terima. Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari kesenangan.


Kesenangan hidup yang diperolehi dengan jalan yang lurus akan lebih diberkati oleh Allah swt.

Syoknya Cuti.....

Iskh…iskh…lama sungguh tidak menjengok ke laman sendiri. Nasib baik tak tumbuh lalang kat sini. Awal cuti persekolahan dulu aku sempat juga menghadiri majlis perkahwinan seorang teman yang gilang-gemilang di Kota Bharu. Dan suami pula mengambil kesempatan untuk mencari kawan-kawan lama di beberapa tempat disana.
Dah rasa macam program jejak kasih le plak. Nasib baik gak dia cuma cari kawan lelaki je. He…he….he…


Dah terlanjur dipantai timur tu, terus le singgah di rumah mertua sekali. He..he… seronok sungguh dapat berendam dalam air laut kat belakang rumah mertua. Anak-anak memang seronok dapat balik kampong. Lepas tu rasa berat je nak balik KL semula. Alahai….





Sambung kerja untuk beberapa hari, aku dan anak-anak mengambil kesempatan mengikut suami ke Cameron Highland. Dia dan kengkawan yang lain nak main golf kat sana. Ada mini tournament katanya. Aku dan anak-anak pun ikut jugak le untuk berehat ditanah tinggi tu. Dia sibuk pukul bola kat sana, aku dan anak-anak pukul angin….kah..kah..kah..
Lagipun dah bertahun lamanya aku tak kesana.



Bercuti di Cameron Highland tidaklah sesejuk seperti zaman dulu-dulu. Mungkin kerana cuaca kat Malaysia sekarang ni agak panas. Atau mungkin juga tanah tinggi itu dah semakin gondol sebagaimana lapuran yang selau kita dengar di kaca TV. Pekan Brinchang nampak sesak dengan bangunan dan juga orangnya. Cuti Sekolah, ramai sungguh yang datang bercuti ke sini. Harga sayuran yang dijual pula tidaklah semurah mana. Lagi murah kalau dibeli di pasar malam sekitar KL ni. Harga makanan pun boleh tahan juga. Lebih kurang sama je macam duduk kat KL. Bagi yang berhajat untuk datang bercuti di sini, tempat tinggal rasanya tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak hotel dan juga apartment untuk disewa.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...