MANIK URAI - Manik PAS makin terlerai?

Pagi-pagi hari aku ditanyakan oleh kengkawan kenapa PAS menang tipis. Majoriti 65 je.....?
Nak buat macam mana mungkin ada lah sebab-sebabnya tu. Apa pun tahniah kepada PAS Kelantan kerana berjaya mengekalkan kerusi ADUN berkenaan.
Secara peribadi, aku lihat kempen di Manik Urai tidak sehangat semasa kempen piliharaya di Bukit Gantang dahulu. Mungkin orang-orang PAS terlalu yakin yang mereka akan menang besar kali ini. Atau pun mungkin juga BN telah melakukan satu reformasi kempen yang berkesan? Ha...ha... boleh percaya ke?
Namun PAS Kelantan harus mengambil iktibar yang sewajarnya dengan pengurangan undi kali ini. Mungkin juga khabar-khabar angin yang mengatakan PAS mengalami masalah dalaman sedikit sebanyak memberi kesan kepada piliharaya tersebut.
Apapun laungan TAKBIR!! tetap bergema untuk PAS.....

Sensitif???

Ramai orang kata bila perempuan mengandung, perempuan tu akan cepat sensitif. Mood selalu bertukar..... Ye ke? Dah ada kajian secara saintifik ke pasal perkara ni? Aku rasa mood aku semasa mengandung kali ni macam biasa je. Bab-bab terasa hati, rasa-rasanya semua orang akan mengalami perasaan yang macam tu bergantung kepada apa isunya lah kan...



Bila mengandung ni, kita masih kerja seperti biasa, buat rutin harian yang selalu kita lakukan semasa sebelum mengandung juga. Tak adalah pulak yang istimewanya.....kecuali kita jaga pemakanan kita untuk perkembangan bayi yang sihat di dalam kandungan. Kandungan aku dah nak masuk 5 bulan dan makin aktif bergerak kat dalam. Cuma apa yang aku rasa, akhir-akhir ni aku agak penat bila malam hari. Nak berehat sangat tu tak cukup masa pulak nak buat kerja-kerja rumah.




Semasa mengandungkan Ammar dulu cik Abang suka memancing........aku pun terikut-ikut hobinya tu. Sanggup dengan perut yang terboyot dan Aqillah yang masih kecil ku bawa bersama ikut suami memancing. Bila diingat semula rasa kelakar pun ada. Sekarang, mengandung kali ini suami asyik dengan hobi baru pulak. Pantang ada masa terluang nak pukul bola aje kerjanya. Paling bosan kalu dia nak tee off pagi-pagi hari terutama hari bekerja. Terpaksalah pergi kerja sendiri. Tu yang tak berapa nak syok tu..........he...he.. kadang-kadang dalam rumah pun asyik nak pukul bola. Sama je dengan si Ammar, dia pun sibuk gak nak pukul bola. Mentang-mentang lah abahnya dah belikan satu kayu khas untuk dia.

[ gambar yang di ciluk dari laman sesawang mana ntah.... tak ingat plak ]

Ada ketikanya, aku tension gak tengok dua beranak ni pukul bola kat rumah. Tolong aku kemas rumah lagi bagus kan..kan..kan... {he..he... ni nak bagi hint kat cik Abang sebenarnya..} Daripada buang masa pukul bola tu, baik buat pahala tolong bereskan kerja rumah. Kalu nak buat muncung riben panjang semeter pun, tak jalan punya.... luahkan perasaan dalam blog ni lagi berkesan.....wah..kah..kah....


Hari ni aku jumpa doktor dan scan perut. Dah nampak dah jantina apa baby kat dalam ni.... he..he.. he... sepertimana jangkaan ramai kengkawan, teori korang tu betul lah.... Asalkan baby kat dalam ni sihat, aku dah cukup gembira.

Cerita Alya dan matanya

Semalam aku membawa Alya berjumpa dengan doctor pakar mata di hospital KL. Dari pagi hingga hampir pukul 3 petang aku menemani dia disana. Kali ini terasa lama pulak alya dibilik rawatan bernombor 14 itu untuk ujian tahap penglihatan dia. Sejam lebih hanya untuk memeriksa matanya dan berbagai alatan ujian digunakan. Selepas itu barulah berjumpa dengan doktor pula.


Aku juga ditanya soalan semasa melahirkan Alya dulu sama ada dia lemas atau tidak. Dan berbagai soalan lain. Selama ini aku cuma tahu yang mata anak daraku itu juling disebelah mata kiri. Tak pulak ku sangka yang mata kanannya juga menghadapi masalah.
Rupanya setelah sekian lama latihan mata yang dibuat oleh aku untuk Alya pada setiap hari atas nasihat doktor dulu menunjukkan yang bola mata kanan Alya tidak boleh bergerak terlalu ke kanan sangat. Dan mata kanannya itu hanya mempunyai jarak penglihatan yang terhad pada sebelah kanan. Ini disebabkan oleh urat mata yang menghantar isyarat ke otak. Entahlah……, aku pun tak berapa nak faham dengan bahasa perubatan ni.


Alya juga mempunyai masalah bila menggunakan kedua-dua matanya untuk memfokus pada sesuatu objek pada jarak yang jauh, objek tersebut akan kelihatan 2. Namun jika pada jarak yang agak dekat dia mampu pula melihat objek berkenaan menjadi satu. Menurut Alya dia sukar untuk menjadikan sesuatu objek itu kelihatan satu. Jika dia memaksa mata kanannya untuk melihat sudut kanan tanpa memalingkan muka dia akan merasa sakit kepala. Kasihan sungguh anak ku. Sekarang ini jika tidak memakai cermin mata dia merasa tidak selesa. Power cermin mata dia pun tinggi mengalahkan orang dewasa. 400++ dan juga 300++ Katanya semasa proses pembelajaran disekolah dia banyak menggunakan mata kiri supaya tulisan guru dapat difokus menjadi satu.


Menurut doktor buat masa ini mata Alya tidak perlu dibedah. Doktor akan melakukan pemantauan dulu dan aku dinasihatkan supaya terus memastikan Alya membuat latihan mata selama 2 jam pada setiap hari. Alahai……, dengar bab nak bedah mata tu pun dah buat Alya kecut perut. Menurut kata doktor jika kecacatan bola mata kanan itu semulajadi sejak lahir, ianya dikira sebagai kecacatan kekal. Namun jika ianya disebabkan oleh perkara lain, maka pembedahan adalah jalan keluar untuk masalah tersebut.


Ada juga beberapa teman menasihatkan aku untuk membawa Alya mendapatkan rawatan ditempat lain untuk mendapatkan pendapat kedua. Nantilah akan kufikirkan dan berbincang dengan suami mengenai perkara ini.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...