Seloka Cuti Sekolah

Bila Cuti Sekolah
Anak-anak suka ria
ada masa untuk bermain katanya
Mak Ayah mula pening kepala
balik kerja tengok rumah jadi tak tentu hala
dengan barang permainan dan
buku-buku yang bersepah merata

Bila Cuti Sekolah
Anak-anak sibuk bertanya
kenapa Mak Ayah tak cuti sama
nak balik kampung jumpa
atuk nenek dan sedara-mara
juga nak merasa cuti-cuti Malaysia

Bila Cuti Sekolah
kereta pulak buat semput
poket Mak Ayah dah hampir tinggal habuk
nak berjalan pun rasa longgar lutut....

Puding Cendol

Sekarang ni aku dah tahu kenapa Puding Cendol yang aku buat tak menjadi. Hmm, bahan asasnya yang salah. He...he..he... (rupanya untuk puding cendol ni tak guna agar-agar kering tapi guna agar-agar serbuk!. Patut le pun...)

Resepi yang dibawah ini diberi oleh sahabatku, Azlina yang sanggup pergi belajar teknik memasak dan dan dapatkan resepi yang betul. Aku sendiri tak berkesempatan untuk mencubanya lagi. Tapi, pagi ni bila tengok si Michele dah berjaya buat, rasa teruja le jugak.... eh! tak sabar pulak nak masak puding ni nanti bila cuti.

Resepi Puding Cendol
Bahan-Bahan :-
Bhg Bawah -
a) 175 gm atau 2/3 cawan gula halus
1 1/2 tbsp. agar-agar powder ( 1 packet)
400 ml air
1/2 tsp. garam
b) 300 ml santan pekat
c) 500 gm cendol

Bhg Kepala (atas)
d) 200 gm gula merah
50 gm gula halus (optional)
1 1/2 tbsp. Agar-agar powder (1 packet)
500 ml air
1/2 tsp. garam
e) 300 ml santan pekat

Cara-cara nak memasak pulak ye...
1. Ambil loyang size (10x10x1)
2. Masak kesemua bahan-bahan (a) sehingga mendidih. Masukkan bahan (b)
Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan cendol.
5. Kacau rata & tuang ke dalam loyang.
6. Bila bahan bawah ni dah hampir keras, masak pulak bahan (d) sehingga
mendidih. Masukkan bahan (e)
7. Tapis, kacau dan tuang ke atas bahan tadi.
8. Biarkan sejuk sehingga boleh dipotong.

Eh! kat rumah tak adalah pulak loyang saiz 10x10 tu... guna loyang biasa pun boleh kut...

Cerita pasal Hantu?

Hari ini masuk pejabat rasa macam pelik sikit sebab nampak banyak sangat lada hitam bertaburan dilantai. Begitu juga didepan pintu dan dalam tandas, di perkarangan lif dan di semua dept rupanya...Semalam, aku tak masuk office kerana tubuh badanku tidak mengizinkan aku untuk bekerja. Dan petang semalam rupanya ada majlis yang dibuat khusus untuk "menghalau hantu" yang dikatakan telah mengusik staff-staff tertentu dipejabat ini.

Sebenarnya, cerita tentang hantu di Faber Tower ini telah lama aku dengar sejak aku mula bekerja disini dulu. Bezanya, aku rasa dulu-dulu orang tak ambik kisah sangat pun. Ada berbagai versi pasal hantu di beberapa tingkat di bangunan ini. Dan selalunya mahluk halus ini hanya menganggu selepas pukul 7.00 malam.

Hai, entahlah......susah untuk diperkatakan. Jin dan Syaitan memang suka menganggu manusia. Tapi kadang-kadang aku rasa manusia zaman ini lagi jahat daripada jin. Tengoklah berapa banyak manusia yang mati dibunuh oleh manusia, yang merogol juga manusia, yang menculik anak orang pun manusia dan begitu banyak kejahatan dimuka bumi dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Mahluk halus dan alam ghaib tu wujud namun janganlah sampai ada unsur syirik dan tergelincir akidah kerananya.
Semoga iman aku dan semua muslimin/muslimat di bangunan faber ini diperlihara oleh Allah swt. Amin...

Bila Anak dan pandai bertanya

"Masa bila Mama dengan Abah cinta-cinta?"
Gulp!.... tertelan liur aku. Dan aku pun ceritalah... so and so.....
yang tak tahan tu dorang boleh gelak suka bila aku cerita 1st time jumpa abah dorang dalam bas.

"Mama kata mengandung tu 9 bulan je tapi ammar tengok dah berapa tahun baby tak keluar-keluar pun
daripada perut mama?"
Ha....ha....ha..... soalan ni yang buat aku gelak sakan dengan abahnya. Nak tengok baby, tunggu 'Ende' ko
beranak pulak ye ammar.

[Kadang-kadang soalan anak-anak tu payah sungguh nak dijawap]

Nurkilan buat Dr Mahadhir

Dahulu
Aku kagum pada Dr Mahadhir
dengan pemimpin umno amnya
dengan ketua 4B khususnya
ketika umur masih hijau
pada 16 tahun yang lampau
dan ketika belum kenal
pada jalur-jalur siasah yang kotor

Sekarang
aku kasihan pada Dr Mahadhir
ketika umur di penghujung senja
bukankah lebih baik menilai diri
mencari bekalan yang tidak berduri
buat perjalanan menuju akhirat nanti

~aishah jamal
190508 @ 6 sore

Quality ?

Hari ni, aku ingin berkongsi sedikit ilmu tentang kualiti. Selamat membaca.

What is Quality?
* Fit for use
* The totality of features and characteristics of a product or service that bear on its ability to satisfy stated or implied needs
* The degree to which customer expectations (implicit and explicit) have been met

5 Types of Quality?
* Personal quality
* Dept/Team quality
* Product quality
* Service quality
* Company quality

Quality & Expectation?
* Good if it meet or exceeds expectation
* Poor if it does not meet our expectation

The more individuals that produce high quality in a department, the better the department and company quality image will be.

Why is the Quality Important?
* The Economic Imperative
* The Legal Imperative - Quality failures can cripple companies and even cause them to go bankrupt
* The Marketing Imperative
* The Survival Imperative

Tips:-
1) Understand customer's requirements
2) Understand well the processes of your business
3) Avoid duplicate work and non-value adding activities in the processes.
4) Focus your effort on continual improvement of processes and customer satisfaction. Do not focus on paper work only.
5) Generate more data, more analysis

oh ya, masak-memasak pun kena ada kualiti juga baru lah selera nak makan... setuju tak?
:-)

Bicara Kalbu

Dunia

hanya perhiasan

dan perhiasan itulah yang mengasyikkan

kadang waktu bisa melalaikan

pada hati yang tak keruan



Iman

cahayaNya melata di dunia

pada yang mencari pasti bersua

bermohon hidayah pada yang Esa

agar hati tidak gundah gelana



Ilmu

telah banyak waktu berlalu

baru sedar ada yang kelabu

berkajang nasihat guru

jadi sandaran pencarian ilmu

Al Fatihah

Terkejut bila mendengar berita yang adik Kak Ros telah kembali ke rahmahtullah pagi ini.
Innalillahwainalillahhirojiun.......

Kalau tak silap umurnya lebih kurang sebaya je dengan aku. Terus teringat pada anak-anak
arwah si Maria yang masih kecil. Tiba-tiba mereka kehilangan kasih seorang Ibu yang tercinta.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin dan dirahmati Allah swt"
Amin...

Al-Fatihah.

Hujung Minggu yang memenatkan

Pagi Sabtu ke Senawang mengikuti rombongan ibu saudara untuk majlis peminangan/pertunangan anak lelakinya dan tak disangka-sangka tersangkut dlm jammed pepagi hari dlm perjalanan hampir 2 jam disebabkan sebuah lori trailer yang dipenuhi dengan muatan besi terbalik secara melintang di KM264 menghala arah ke selatan.
Cuaca diluar pula panas, aircond dalam kereta pun tak terasa sejuknya. Anak-anak sampai bukak baju kecuali si Ayong. Cik Abang yang memandu dah mula sakit kepala dan keluar sendawa angin. Pagi tu breakfast disajikan oleh pulut/nasi lemak/roti jala oleh ibu saudara di Gombak. Hmmmm.... menjadi-jadi le anginnya.

Kasihan pada keluarga perempuan di senawang, majlis yg sepatutnya bermula jam 11.00 pagi akhirnya hanya dapat direalisasikan pada jam 1.00 tengahari. Nak buat camna, kita semua hanya merancang, yang menentukan Allah swt jua adanya. Di Senawang kami dijamu pula makan tengahari. Teringat menu mereka Ayam kampong masak lemak cili padi yang sungguh sedap.

Malam Sabtu bergerak pula ke Ipoh hantar Mak balik. Pagi Semalam terus aku demam. Mungkin penat + tak cukup rehat & faktor cuaca agaknya lah...

Malam tadi bertolak pulang semula ke KL. Anak-anak ada ujian sekolah Agama hari ini..
Semoga mereka berjaya menjawap soalan ujian itu... InsyaAllah.
12052008
Rasa bangga bila Anak bagi Kad "Selamat Hari Ibu" yang dibuat sendiri dengan manila kad.
Terharu sungguh bila membacanya. Yang kelakar tu lukisan kereta dan kartunnya mesti ada.
Bila ditunjuk pada si Ayah, dia berkata apa yang ditulis di kad tu mesti si anak tiru drpd majalah.
Tak kisah le kan, Yang pentingnya ingatan dia tu. Tak sangka sungguh.
He...he..he... sebenarnya si ayah jealous kot?
ha..ha.....ha.... tunggulah Hari Bapa pulak ye...
baru belajar nak tulis blog. Senang nak luahkan perasaan.
he...he....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...