Friday, May 23, 2008

Cerita pasal Hantu?

Hari ini masuk pejabat rasa macam pelik sikit sebab nampak banyak sangat lada hitam bertaburan dilantai. Begitu juga didepan pintu dan dalam tandas, di perkarangan lif dan di semua dept rupanya...Semalam, aku tak masuk office kerana tubuh badanku tidak mengizinkan aku untuk bekerja. Dan petang semalam rupanya ada majlis yang dibuat khusus untuk "menghalau hantu" yang dikatakan telah mengusik staff-staff tertentu dipejabat ini.

Sebenarnya, cerita tentang hantu di Faber Tower ini telah lama aku dengar sejak aku mula bekerja disini dulu. Bezanya, aku rasa dulu-dulu orang tak ambik kisah sangat pun. Ada berbagai versi pasal hantu di beberapa tingkat di bangunan ini. Dan selalunya mahluk halus ini hanya menganggu selepas pukul 7.00 malam.

Hai, entahlah......susah untuk diperkatakan. Jin dan Syaitan memang suka menganggu manusia. Tapi kadang-kadang aku rasa manusia zaman ini lagi jahat daripada jin. Tengoklah berapa banyak manusia yang mati dibunuh oleh manusia, yang merogol juga manusia, yang menculik anak orang pun manusia dan begitu banyak kejahatan dimuka bumi dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Mahluk halus dan alam ghaib tu wujud namun janganlah sampai ada unsur syirik dan tergelincir akidah kerananya.
Semoga iman aku dan semua muslimin/muslimat di bangunan faber ini diperlihara oleh Allah swt. Amin...

2 comments:

Maswafi Abd Samat said...

Kadang2 tak tahan juga bila asyik dikacau dengan macam2 bunyi, bila buat gaji sampai lewat malam. he..hee..

Cuma selalu berdoa dia tidak menjelma, mungkin hantu ni tak berapa nak kacau saya sebab saya pun hantu! he...hee..

aishah jamal said...

Ha...ha....ha... gelak baca bila wafi mengaku diri "HANTU".
skrg ada sang kelembai kat sini tau. power rangers tu....