Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran


Alya : "Mama, bulan tu ada anak ke? Anak dia baby bulan ya Ma?"
Mama : "Ko ni Ya, dah macam cerita Upin-Ipin je. Mana bulan ada anak kecik."
Alya : "Abis anak bulan tu camna?"
Mama : "Anak bulan tu macam nampak garisan cahaya kecil. Macam bulan sabit tapi kecik lagi rasanya"
Ha...ha...ha... kantoi aku. Tak tau nak terangkan macam mana pada Alya pasal rupa anak bulan ni. Hmm....minggu ni anak-anak asyik dok mengira hari nak raya. Dah tak sabar katanya. Yang paling haru sebab dorang merungut kenapa aku kena kerja lagi pada hari isnin 29hb nanti. Dorang semua dah cuti sekolah sebab tu tak sabar nak balik kampung. Aku mungkin akan pulang ke kampung pada malam tu...Tapi kampung yang mana satu dulu ni??
Kalau ikutkan giliran patutnya tahun ni balik kampung aku dulu then baru balik Ganu. Tapi entah kenapa suami pula minta agar raya kali ni balik Ganu dulu pas tu baru balik Perak. Camna yek? mula-mula tu cam tension le gak sebab tak ikut turn. Tapi sebagai isteri terpaksalah aku bermuhasabah diri ikutkan ajelah kalau betul kena balik Ganu dulu pun takpelah. Lepas tu balik Perak gak. Cuma program yang dah diatur bersama adik-adik aku tak dapatlah disertai sekali. Hu..hu..hu..sedihnya... Kalu aku balik kg sendiridulu, raya ni kami adik beradik seramai 9 orang akan berkumpul sekali. Kesian dorang aku kakak yang sulung tak join sekali dipagi raya pertama. Takpelah harap-harap dorang akan tunggu aku balik dari Ganu raya ke 2 atau ke 3 nanti.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran buat semua yang singgah diblog aku ni. Bagi yang memandu, pandulah dengan cermat agar raya kali ini lebih bererti. Sempena ketibaan Syawal ini juga aku mohon maaf jika ada nurkilan ku yang menyinggung hati anda serta selamat menikmati ketupat, rendang dan juga lemang....
Salam Aidil Fitri untuk semua.......















Thursday, September 18, 2008

Memohon keampunan Mu..

Mari kita menanam kacang
Kacang ditanam ditepi bendang
Dosa lama usah dikenang
Dosa baru jangan bertandang

Indahnya Anggerik di dalam taman
Tambah berseri Kiambang di kolam
10 kedua bulan Ramadhan
memohon redha Mu serta keampunan

{siang hari ahli-ahli siasah bertekak sesama sendiri. Bila malam menjelang duduk sebaris berterawih dan beribadat dalam tenang} - Itulah indahnya Islam.....

Wednesday, September 10, 2008

Tun M masuk balik UMNO?

Kecoh pula sekarang berita tentang Tun Mahathir nak masuk balik dalam UMNO.
Dulu kononnya tinggalkan UMNO sebab tak percaya pada kepimpinan Pak Lah. Habis sekarang ni dah percaya balik ke? Iskh! Iskh!..... makin kelam kabut orang-orang UMNO la ni. Ada yang tak senang duduk dan tidur lena memikirkan tentang 16 Sept. Pulak tu tetiba pening lagi dengan masa depan orang Melayu. (Nak tanya sikit, Melayu yang mana tu?)

Kadang-kadang rasa macam pelik je dengan karenah orang kita. Kalau disentuh bab melayu melentingnya bukan main. Tapi bila disentuh tentang Islam, diam kelu tak terkata. Mana lebih penting? Melayu atau Islam? Jika disuruh buat pilihan apa yang nak kita pilih? Islam itu lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Jika pilih Islam, dengan sendirinya ada hak-hak yang terpelihara.

Tentang 16 Sept biarlah Allah swt sahaja yang menentukannya. Sama ada berjaya atau tidak DSAI mengambil alih kerajaan kita semua kena yakin dan redha bahawa setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah swt. Kita hanya menjadi penyebabnya sahaja. Apa yang aku harapkan kini biarlah Islam diMalaysia lebih kental dan dihormati oleh bangsa lain. Islam itu untuk semua bukan hanya untuk Melayu sahaja. Apa guna jadi Melayu kalau hanya membiarkan agama Islam dikritik. Apa guna jadi Melayu kalau perangai mengalahkan bangsa asing. Apa guna jadi Melayu kalau nilai-nilai Melayu itu sendiri tak diambil peduli.

Fikir-fikirkan........