Bijakkah orang kita berpolitik?

Ini soalan cepu emas yang aku terima. "Bijakkah orang kita berpolitik?" Uhuk...uhuk.... terbatuk gak bila nak menjawapnya. Ginilah, pada pandangan mata aku rata-rata orang kita belum mencapai tahap berpolitik yang kita nak kategorikan sebagai A+. Sebabnya, ramai orang tak heran pun dengan politik atau malas nak masuk campur hal-hal politik ni. Janji makan pakai cukup dah. Bila masa piliharaya, pangkah aje yang berkenan dihati.
Ahli politik yang sedia ada pula bukan semua panjang akal dalam bab-bab pemerintahan untuk kesejahteraan hidup rakyat. Cuba lihat telatah mereka didalam sidang Parlimen ataupun DUN. Kadang-kadang kita akan dapati isu yang dibangkitkan tak relevan langsung dengan kehidupan rakyat. Ada masanya kita akan dapati mereka lebih mencari populariti dalam keadaan-keadaan tertentu. Tak kiralah parti manapun......lebih kurang sama je.
Dan kita juga amat memahami bahawa ahli Parlimen ataupun Adun yang kita pilih itu bukan semuanya belajar Sains Politik pun.... sebab tu ada yang kita rasa bagus ada yang tidak. Masyarakat kita lebih sukakan ahli politik yang 'popular'. Yang betul-betul bekerja tak pulak terpandang dimata kita. Ataupun kita juga memikirkan 'apa laba yang boleh diperolehi' dengan seseorang ahli politik itu.
Ada juga terdapat ahli politik yang tak sedar diri, perasan diri hebat dimata masyarakat selepas habis piliharaya. Konon diri dan parti siasahnya menjadi pilihan hati rakyat. Kadang-kadang rakyat mungkin tiada pilihan lain, maka dipangkah aje apa yang ada didepan mata. Namun harus diingat bila ada perasaan kecewa pada mereka yang telah memberi undi tersebut apa akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang. Belum tentu parti tersebut akan menjulang kemenangan. Silap haribulan jatuh terlentang....
Sejauh mana ahli politik yang sedia ada di Malaysia ini boleh menerima kritikan? Bijakkah mereka jika melenting tak tentu pasal apabila dikritik hebat? Bagaimana pula pendirian ahli-ahli badan siasah jika pimpinan mereka yang disanjung dikritik kerana sebab-sebab tertentu. Apakah mereka boleh berlapang dada menerima teguran?
Satu soalan lagi, "Kalau dulu sama berguru, kenapa sekarang menjadi seteru?"
Huh! yang ni jawapan yang paling pasti adalah 'soal hati' mungkin juga 'soal money'.....

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...