Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Raya 2023 dan resepi Ketupat Palas

 Syawal ke 11 baru sempat nak conteng diary maya.

 

SELAMAT HARI RAYA  Teman ucapkan kepada semua. Akhir-akhir ini, selalu tak punya waktu lapang yang panjang untuk berlama-lama di ruang maya. Kadang perasaan ingin menulis itu ada, namun selalunya terhalang oleh sebab-sebab tertentu pula.

 

Kebetulan hari ini ada ruang masa sedikit untuk menconteng diary maya. Terasa ingin memohon maaf jika ada yang lambat bertanya khabar berita. Tak sempat nak mengirim ucapan raya  pada setiap rakan taulan dan sahabat semua. Maklum sahaja, kita semua sudah ada tanggungjawab masing-masing. Laman mukabuku juga tak sempat nak jenguk setiap hari. Buka twitter pun hanya sebab nak baca berita terkini dan pandangan anak muda tentang isu-isu semasa. Terasa ada beza bila baca fb dan twitter ni. Tik Tok? Ooo…buat masa ini belum berhasrat untuk terjebak dalam medsos itu. Tak kuasa la haii nak melayan segala video dalam apps tersebut.

 

Media Sosial ini kalau banyak sangat pun jadi pening. Dah tua-tua ni, nak relax dan tenang-tenang sahaja. Kadang malas fikir bab-bab yang tiada kepentingan untuk diri sendiri ni. Banyak lagi perkara lain yang lebih penting yang perlu diambil kira dan ambil peduli. Bila otak agak tepu dan badan penat, lebih suka streaming drama Korea/Cina secara online. Ehh…kadang sempat baca webtoon jugak. Nampak comel dan kreatif jer setiap lukisan dalam webtoon tu. Malas nak bergaduh dengan orang, kita baca webtoon diam-diam. Haha

 

Tahun ni beraya di Perak. Mak nak makan Ketupat Palas dan juga lemang. Berjaya la tunaikan permintaan dia. Pokok buluh yang mak tanam sendiri dulu dah banyak, memang senang la nak bakar Lemang tu. Daun Ketupat Palas beli jer di pasar Kuala Kangsar. Tak banyak pilihan, beli sahaja mana yang ada.

 

Ruas buluh kecik dapatlah la 14 batang untuk 3 kg beras pulut dan santan untuk lemang, mak guna 1 ¾ kilo santannya. Tak perlu habiskan 2kilo santan tu. Tanya bab garam? Katanya agak2 ler, jangan masin sangat. Aduh…jenuh nak dapat resepi lemang dari mak ni.

 


Mak pulak tak pernah buat Ketupat Palas sebab selalunya di negeri Perak ini kan, biasa orang buat ketupat dengan daun Kelapa yang dianyam dengan cantik tu. Teman memang tak reti weh bab-bab anyam kelonsong ketupat dari daun Kelapa ni. Jadinya kira okey jer untuk tunaikan permintaan mak, masak dan bungkus Ketupat Palas sendiri.

 


Kalau beraya di Trengganu, hampir setiap rumah yang kami pergi wajib ada Ketupat Palas dan Tapai Pulut dibungkus dengan Daun Getah. Kemanisan Tapai Pulut bergantung kepada jenis Ragi. Kalau ragi jenis baru dan elok, menjadi la tapainya. Raya di Perak jer, tak dapat ler makan tapai. Kut kalau esok lusa atau hari kemudian datang mood rajin, mungkin la kukus pulut dan buat tapai tu. Tengoklah dulu macam mana.

 

Ini resepi Ketupat Palas yang kena dengan selera anak tekak kami sekeluarga. Manalah tahu, kut nanti lupa resepinya boleh jugak semak semula dalam diary ni.

 

1 kg beras pulut – basuh dan rendam dulu dalam 3-4 jam

½ kg Santan Pekat – Kalau dekat kedai dapat jenis santan yang cair, lebih baik lebihkan sedikit santan

1 ½ sudu besar garam kasar (tak ada garam kasar, guna garam biasa pun boleh)

2 sudu besar gula putih (jangan nak memandai tukar gula perang pulak. Nanti jadi buruk warna ketupat tu)

1 cawan air

 

Nota: Santan, garam, gula masak sekejap atas dapur dengan 1 cawan air sehingga gula dan garam larut. Tak perlu sampai mendidih pun.

 

Cara masak? Pulut yang dah direndam tu kena kukus la dulu. Kemudian arong dengan santan yang dah bercampur dengan garam dan gula tu. Kemudian kukus semula. Lepas tu arong balik dengan lebihan santan tadi. Tunggu sejuk sedikit dan boleh la bungkus dah.

 

Selesai bungkus, boleh jer terus frozenkan kalau nak simpan. Kalau nak makan, kukus sekali lagi dan bila ketupat dan sejuk, boleh goreng dengan minyak yang sedikit untuk dapatkan rasa garing pada permukaan luar ketupat palas tu.

 

Hmm…ada orang komplen sebab bungkus ketupat ada yang tak sama dengan stail Ganu. Wehh…bungkus pun sekali sekala. Janji bungkus dahlah. Masuk perut kenyang gak nanti kalau makan cicah rendang tu. Bukan nak bungkus ketupat masuk pertandingan pun.

 

Simpan sini gambar Lemang sedang dibakar dan juga Ketupat Palas siap bungkus untuk kenang-kenangan.

Resepi Air Halia ketika badan masuk angin

Badan masuk angin?

Jom cuba petua dari dapur. Orang tua-tua pesan kena minum air halia. Tapi kan kalau minum air halia kosong semata mestilah rasa tak sedap. Terasa maung halia tu tak lalu nak minum. Ada beberapa cara nak minum air halia ni.

Resepi pertama:-

Hiris Halia berukuran lebih dari seinci. Rebus dengan air. Sukatan Air dalam 1 gelas setengah tu. Rebus sehingga tinggal 1 gelas je. Bila dan suam-suam air tu boleh campur dengan sedikit madu ketika nak minum.

Resepi kedua:

Hirisan Halia direbus bersama dengan 1 batang serai dan 1 helai daun pandan. Serai tu ketuk-ketuk je. Letak gula batu seketul kalau suka. Dah suam boleh minum.

Resepi ketiga:

Yang ni lebih kepada rasa sedap sebenarnya. Hihihi…Resepi Teh Masala. Orang India suka minum teh berempah ni tau. Boleh minum campur susu atau letak gula sahaja. Jangan terlebih letak susu atau gula tu. Nanti kena potong kaki. Jom cuba resepi Teh Masala yang memang sedap diminum ketika cuaca hujan. Ianya boleh memanaskan badan juga.

Hirisan Halia direbus bersama dengan 2 ketul Bunga Lawang, 2 batang Kulit Kayu Manis, 3 biji Buah Pelaga, 4 kuntum Bunga Cengkih dan seuncang atau 2 uncang teh. (Jenama Teh ikut suka korang lah) Masa merebus aroma wangi rempah harum jer satu rumah. Sesetengah orang suka campur dengan 1 sudu kecil Jintan. Ikut la selera tekak masing-masing. Tapi 4 jenis rempah tu pun dah memadai. Boleh letak susu ala-ala Teh Tarik berempah. Mak dikampung kalau minum lebih suka letak gula jer sedikit. Tekaknya tak boleh terima teh berempah campur susu.


Bila badan masuk angin akan menyebabkan rasa sakit-sakit tubuh badan juga. Kalau dapat cari tukang urut, pergilah berurut. Sebab tu kalau orang dalam pantang mesti berurut untuk buang angin dalam badan. Orang perempuan ni kena jaga badan betul-betul. Ambil tahu lah petua orang-orang tua/lama yang banyak pengalaman. Mana yang elok petua tu tak rugi untuk orang-orang muda/moden ikut. Yang muda pun akan berusia juga. Tidak selamanya muda. Tengah muda mungkin rasa kuat la rasa tak perlu berpantang. Tunggu bila dah bahagi 2 umur tu. Bila umur dah meningkat 40an pasti akan terasa lain. Bab-bab pemakanan ni kena jaga. Kalau kau bedal segala bukan pantang la namanya. Tu pantang tengok.

Penat bebel pada adik yang tidak menjaga pantang sangat. Bertungku pun culas dulu. Sekarang mengadu badan selalu masuk angin. Anak baru jer nak masuk 6 bulan. Haissh…..tu la tak nak dengar cakap. Bila anak menyusu badan, kalau ikut petua orang tua, pemakanan kena jaga juga. Tak boleh suka hati makan makanan yang ‘berangin’ dan ‘sejuk’ ni. Orang muda katanya tiada kajian sains sayur-sayur tertentu tak boleh makan. Ibu lepas bersalin dan menyusu baby memanglah kena makan banyak sayur. Tapi bukan semua jenis sayur. Ulam pun bukan semua jenis ulam.

Kalau sayangkan diri sendiri, kena jaga badan. Kena jaga kesihatan. Bak kata orang tua badan nak pakai lama weh…bukan ada barang ganti boleh beli dikedai ‘pomen’.

Nanti boleh juga simpan dalam Diary jenis-jenis pemakanan dalam pantang untuk pedoman anak-anak dimasa hadapan. Manalah tahu jika makin berumur nanti, ingatan pula makin terhakis. Boleh juga dirujuk dalam laman Diary.


Resepi Apam Mekar

Apa yang kita harapkan tidak selalunya menjadi kenyataan.
Belajarlah menerima sesuatu perkara dengan lapang dada.
InshaAllah hati akan jadi lebih tenang dan bahagia.
  
Sebenarnya dalam mood sedih dan hampa ni. Tapi biarlah……..esok lusa, pasti perasaan ini akan berlalu pergi.
  

Teringat pula janji pada Diary ini untuk berkongsi resepi. Hmmm, kat bawah ni resepi apam mekar yang telah dibuat berkali-kali. Senang je membuatnya dan bahan-bahannya pun tak banyak.  

Layan gambar apam dulu ek....   




RESEPI APAM MEKAR  J - guna cawan metrik

2 biji telur – gred B je                
¾ cawan gula halus                  
1 sudu kecil ovolatte
1 cawan ice cream soda F&N 
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum            
Pewarna ikut suka
Paper cup dan acuan kecil


Cara :-

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Pukul Telur + Gula + Ovollate sehingga berkrim – jadi warna putih
Masukkan esen vanilla. – pukul rata.
Masukkan ice cream soda + tepung berselang seli dan gaul rata
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian, warna ikut suka
Masok dlm bekas dan kukus dlm 10 minit

** Letakkan paper cup dalam acuan kecil2 (acuan lompang atau muffin)
     Letak adunan dalam paper cup tu…

**Kalau xde paper cup, dicadangkan sapu dalam acuan lompang dengan sedikit minyak, baru letak       adunan tadi.





Bingka Pandan dengan Pemanggang Ajaib


Sekadar nak berkongsi resepi. Lagipun dah lama tak update blog kan….

Mula-mula sekali nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih pada rakan blogger – ‘Kak Ja’ yang telah berkongsi resepi bingka dengan kaedah membakar menggunakan alat Pemanggang Ajaib tu dalam FB beliau. Jadinya pada satu malam di minggu yang lepas, semangat la nak mencuba pulak. Wahhh…..memang best resepi ni. Tapi biasalah kan…., ada juga yang ku tukar ganti. Ngeh….ngeh…ngeh….

Bahan2
2 cawan tepung gandum      - (guna cawan metric)
1 cawan gula                    
1 cawan air pandan            
(yg ni aku guna pewarna hijau + esen pandan sikit je)
3 cawan santan                   
(huwaa……. Tinggi kolestrol tu…so, memandai tukar resepi jadikan
 1 cawan santan + 1 cawan susu sejat + 1 cawan air. Tak larat la guna santan banyak sangat)
3 biji telur
½ sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
Sedikit bijan (tapi tak letak pun)

Resepi Asal : Masukkan semua bahan kecuali Bijan ke dalam alat pengisar (blender) sampai sebati. Letak sedikit minyak dalam pemangang ajaib tu. Tuang adunan dan bakar

Cara aku plak :-

1) Mula-mula cairkan dulu buttercup tu. Biar sejuk.
2) Pukul telur dgn gula dulu guna whisk je tak payah hancur pun gula tu hanya
    sebatikan aje.
3) Masukkan masuk tepung dan Air pandan + dengan santan sekali. Godek2 dengan  
    whisk sampai tepung sebati dgn cecair…
    Kemudian baru masukkan 1 cawan susu sejat dan 1 cawan air biasa tuh..gaul sebati sehingga         tiada lagi tepung yang berbintil-bintil.
    (Adunan agak cair tau….baru le masukkan buttercup yg dah dicairkan itu + dgn  garam sekali.
4) Letak/Sapu sedikit minyak ke dalam Kuali Pemanggang ajaib. Masukkan adunan tepung  
5) bakar atas dapor dalam api yg sederhana selama 15-20minit. Kemudian terbalikkan   

    kuali pemanggang ajaib secara berhati-hati dan bakar sehingga masak.


Pengalaman bakar bingka dengan pemanggang ajaib:-

Emmmm….. adunan yang mula-mula letak tu penuh sangat kut…so, bila adunan tu mengelegak….ianya meleleh keluar…dan magnet pemanggang pun terbukak…habis dapor jadi sememeh. Eeiiiii…….tak sukalah bab ni…

Adunan yg kedua letak sikit… baru ok.  Kelebihan guna alat ni ialah ianya mempercepatkan  waktu memasak.

Kesimpulannya…… Resepi ni memang best. Tapi kan, kalau nak buat lagi gunakan ajelah acuan bingka yang sedia ada tu. Lagi senang.  Letak semua adunan sekali. Tak perlu asyik nak jengah dapor tu sangat. 

Ok, lepas ni bercadang nak update resepi apam mekar dengan ice cream soda tu pulak. Tungggguuuu.............





Resepi Kek Suji @ Semolina

Inilah resepi Kek Suji yang dibawa balik ke Trengganu semasa hari raya tempohari.


RESEPI KEK SUJI @ SEMOLINA




Bahan2

250 gm mentega (butter) * kalau guna majerin biasa tak berapa sedap

160 gm gula perang * kalau nak guna gula halus pun boleh
[hari tu guna gula perang]


2 camca besar madu

4 biji telur gred A

100 ml susu segar
[lepas sahur mana nak cari susu segar, kedai pun tak bukak lagi. Hehe...bantai aje guna susu sejat dlm tin tu-sedap gak]


2 camca teh esen vanilla
[ni lagi kelakar, esen vanilla dah habis. Guna esen ros. sesuka hati je tak ikut resepi-janji wangi...]

170 gm tepung naik sendiri * Kalau guna tepung gandum-tambahkan 1 camca teh baking powder
[guna tepung kek - samalah tu kak :D]


100 gm tepung Suji

½ camca teh pewarna kuning telur (optional) - [memang letak pun, taklah kuning sangat..]



Cara2 :-

Tepung naik sendiri tu diayak 2 kali. Kalau guna tepung gandum pun prosesnya sama juga.
[hehehe.... nak cepat, ayak sekali je...]


Campurkan dengan tepung Suji dan digaul sebati kedua2 jenis tepung tu.

Dalam bekas lain Telur, Susu, Esen Vanilla dan pewarna kuning telur dipukul sedikit hingga sebati.

Mentega, gula dan madu disatukan ke dalam mangkuk mixer dan diputar hingga kembang. Masukkan bancuhan yang mengandungi telur+esen dll tu sedikit demi sedikit dan putar hingga gebu dan berkrim.

Setelah adunan gebu, perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Matikan mixer, gaul rata adunan dan masukkan dalam Loyang kek.

Bakar dengan suhu 175c


p/s - memang syoklah buat kek suji ni. Rasa dia macam kek yang mak aku buat masa kecik2 dulu...cuma mak suka letak macam2 warna..jadi kek pelangi..dulu2 mak tak guna mixer pun, jadi gak kek dia...

Biskut Multigrain

Jangan tak percaya rupanya boleh jugak buat biskut dengan tepung roti. Hehe...alkisahnya sebab terpandangkan Multigrain bread flour yg masih ada separuh tu. Nak buat roti dlm bulan puasa ni memang tak berapa jalan lah... Lepas raya kut baru menyambung aktiviti meroti lagi. So, saja-sajalah cuba cipta resepi dengan tepung roti ni..eh! tak sangka..menjadi. Sedap la pulak. Yelah dlm tepung tu dah ada berbagai bijirin mestilah rasa wangi. Ada biji bunga matahari, ada oat, ada biji labu dll. Ok jom tengok resepi ni....

100 gm multigrain bread flour mix
100 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung jagung
140 gm cornflakes kisar (jgn halus sangat..biar kasar2 sikit)

250 gm butter
150 gm gula kastor
1sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
** boleh letak kurma/ceri/kismis untuk hiasan

Caranya:-

Tepung jagung dan tepung kek diayak. Kemudian campurkan dengan multigrain bread flour dan cornflakes kisar. Ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan adunan tepung dan uli hingga jadi doh.
Gentelkan bulat2 dan leperkan sedikit letak dlm dulang.
* Kalau suka sapu kuning telur dan hias dengan kurma/ceri/kismis atau apa2 ajelah...
Bakar dengan suhu  175c sehingga keperangan.

Resepi Cornflakes Madu yang harum

250 gm cornflakes
125 gm butter
1/2 cawan gula perang *( kalau tak suka manis boleh kurangkan)
5 sudu makan Madu (wajiblah ada) * boleh ganti dgn golden syrup
manik warna warni untuk hiasan
paper cup comel secukupnya

Cara2nya....

Campurkan butter & gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter.
Masukkan cornflakes ke dlm cairan butter tu bersama dengan madu dan aduk hingga sebati dan rata.
Dah rata, masukkan dlm paper cup dan hias dengan manik warna warni.
Bakar selama 10-15 minit.
Bila dah siap bakar tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara

** Emmm....tak sempat raya, cornflakes ni dan tinggal separuh balang.


Biskut Choc Chip Nestum Ranggup

Tetiba terasa nak update blog pulak hari ni. Mood raya makin dekat. Hihihi :)....

Tahun ni aku memaksa rela dan merajinkan diri membuat sendiri biskut raya. Huh! harga pasaran biskut raya di kota yang penuh lumpur ini mahal sungguh. Demi anak-anak biskut raya tu wajib berada diatas meja untuk dijamu pada rakan-rakan mereka. Melayan permintaan anak-anak pun mau pening kepala juga. Berderet-deret la pulak senarai biskut kegemaran mereka. Haisshhh....

So, pagi Ahad yang lalu aku telah berjaya membuat Choc Chip Nestum yang ranggup ini.



Rupa biskut ni tak lawa mana tapi kiranya menepati citarasa anak-anak.
Aku tinggalkan resepi biskut dalam blog supaya mudah untuk aku membuatnya kembali pada bila-bila masa.

Resepi Choc Chip Nestum

Bahan A

250 butter
1 sudu besar shortening
160 gm gula perang (nak letak gula castor pun boleh, gula perang lebih wangi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

130 gm tepung naik sendiri (tepung kek)
100 gm tepung gandum       
20 gm serbuk koko
100 gm chocolate chip
50 gm chocolate rice
50 gm badam cincang  (di bakar sekejap atau di sangai dlm kuali)
50 gm nestum

Cara-caranya :-

1) Ayak tepung kek, tepung gandum dan serbuk koko sekali
2) Pukul mentega dan shortening dengan gula sehingga berkrim.
    Masukkan telur dan esen vanilla.
    Pukul sehingga sebati.
3) Masukkan chocolate chip, chocolate rise, badam dan nestum
    dan gaul bersama tepung yang diayak tadi sehingga  rata dan bersatu.
4) Kemudian baru masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sehingga sebati semuanya.
5) Gunakan sudu kecil dan letak diatas loyang sebelum dibakar.
    Boleh juga kalau nak dibulatkan sebesar biji guli dan leperkan sedikit.
    Ikut sukalah....Pastu bakar dalam oven yang bersuhu antara 175-180c.
    Jangan lebih nanti hangus lak...


Selamat mencuba kepada sesiapa yang teringin nak ikut resepi ni....



p/s ** Kalau terRajin.... esok atau lusa atau tulat atau.......
          tunggu ajelah bila-bila.....(one sweet day)
          aku tulis resepi biskut yang lain pula.


Buat Roti sendiri pulak....

Shanghai Bun







Resepi Shanghai Bun ni kawan yg bagi. Rotinya memang sedap. Bahan-bahan untuk roti ni seperti dibawah:-

220 ml air
75 gm butter
1 biji telur
1 camt bread improver
¼ camt doh pes (doh softener)
1 camt garam
4 camb susu tepung
100 gm gula kastor/halus
500 gm tepung high protein
1 peket yis mauripan

[Yg tu resepi asal, tapi aku tambah 1 sudu kecil shortening]

*** Masukkan semua dlm BM dan tekan program untuk doh sahaja. BM akan siapkan doh dlm masa 1 jam 30 minit. Keluarkan doh, setelah itu tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian boleh bentuk ikut suka atau nak letak inti dan biarkan adunan naik 2 kali ganda sebelum dibakar.

***(Aku tunggu roti ni naik lebih kurang sejam)


Okey, kalau u all tak ada BM pun tak pe, boleh je uli dengan tangan. Air tu jadikan air suam kemudian campurkan yis dlm air... Dlm mangkuk lain satukan gula, garam, doh softener, susu tepung, telur dan tepung. Buat lubang ditengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan air.
Uli sehingga menjadi doh kemudian baru letak butter dan diuli sekali lagi sehingga doh menjadi lembut dan elastic. Memang pada permulaan akan rasa sedikit melekit tapi jangan risau....uli je tepung tu. Lama-lama butter tu akan bersatu dengan doh. Uli lebih kurang 15-20 minit.
Tutup doh dengan tuala lembab dan tunggu hingga doh naik sekali ganda. Kemudian bolehlah tumbuk doh untuk proses buang angin dan lepas tu bolehlah dibentuk dan tunggu pula adunan roti tu naik 2 kali ganda sebelum dibakar.

Lepas bakar, bolehlah disapu diatas permukaan roti dengan butter supaya Nampak berkilat dan cantik.

Senang kan...

Nah, tengok gambar roti paun pulak.



Untuk Roti Wholemeal ni bahan2 spt dibawah:-


250ml air
1 sudu besar minyak bunga matahari atau minyak jagung
(*aku guna minyak masak. Ok je...)
75 gm butter
1 sudu kecil (rata) garam
2 sudu besar susu tepung
60 gm gula perang (*guna gula perang utk dapatkan warna yg cantik)
100 gm multi grain bread mix
400 gm tepung high protein
11 gm yis segera mauripan

Jom Buat Pizza


Ada berbagai resepi pizza kalau kita tanya lebai google. Tapi aku sukakan cara yang paling simple. Malas betul kalau semua nak main sukat-sukat ni. Last-last main agak-agak sendiri je adunan tu. menjadi gak buat pizza. Hmmm..yummy! Yang penting anak-anak suka. Bukan apa, kalau selalu nak singgah ke Pizza Hut tu ada masalah sikit sebab cik abang memang tak suka langsung dengan pizza. Baginya, lempeng pisang dan roti canai lagi sedap. Huhuhu... :( sabar je kan... selalunya akan ambil sedikit doh pizza itu untuk dibulatkan menjadi roti. Hehe.. letak lah inti kaya atau sebagainya khas untuk cik abang.


Bahan untuk doh

½ kilo tepung roti (atau lebih dikenali sebagai tepung berprotein tinggi)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar shortening
1 sudu besar butter
1 sudu kecil bread improver
Sedikit Oregano kering
Sedikit minyak masak
1 paket Yis Mauripan
Sedikit sos cili Thai
¾ mug air suam (lebih kurang dlm 200ml)
Sedikit cheese mozzarella / cheddar parut
1 biji tomato segar, ½ biji lada benggala, sausage ayam, tuna & bawang holand
*tomato, lada benggala dan bawang di potong dadu.
(untuk topping ni...boleh letak macam-macam, terpulang pada citarasa masing-masing)

Cara-cara untuk doh

Campurkan Yis mauripan kedalam air suam. Kacau dan ketepikan.
Campurkan tepung, gula, garam, bread improver, butter dan shortening ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
Buat bulatan ditengah adunan dan masukkan air yang telah bercampur dengan yis mauripan serta diuli sehingga lembut.
Jika adunan terasa keras boleh tambah air suam sedikit dan minyak masak untuk melicinkannya. Uli macam kita nak buat doh untuk karipap tu la.
Tutup adunan doh dengan tuala lembab sehingga doh menjadi naik seketika.
Setelah doh naik, tumbuk adunan tepung untuk mengeluarkan angin.

***Masa ni dah boleh panaskan Oven terlebih dahulu.

Leperkan adunan doh diatas tudung periuk atau dulang yang sesuai. Tunggu 10 minit.
Sapu dan ratakan sos chilli diatas doh.
Selepas itu boleh letak Tuna, sausage, bawang, tomato segar, lada benggala.
Taburkan chesse diatas bahan tadi. Kemudian taburkan pula oregano kering.
Lepas tu bakar.
Fuh....bau pizza yang dibakar didalam oven pasti membuatkan hidung u all semua kembang kempis..
Harum sangat!
* boleh dapat dalam 4 set pizza...bergandung pada dulang & tudung periuk u all la kan..
** SELAMAT MENCUBA YE...........

Gulai Kuning punya cerita

Hari Sabtu yang lepas aku & cik Abang pergi ke Pasar PJ. Nampak le ada orang jual Ikan Sembilang. Cik Abang beli 2 ekor. Dia minta aku masak 'gulai kuning'. Okeylah. So, pada pendapat aku gulai kuning tu mestilah gulai lemak cili api kan.... tapi cik abang tak benarkan aku letak daun kunyit. Katanya letak daun kaduk. Emmmm, tak pernah le pulak aku makan masak lemak campur daun kaduk.
Cik Abang kata dia teringat masakan neneknya. Neneknya akan masak ikan sembilang atau ikan keli dengan gulai kuning ni. Petang tu aku pun beriya-iya lah memasak gulai kuning sebagaimana permintaan suami. Tapi kan, dengan daun kaduk dalam gulai tu membuatkan hidung aku tak tahan dengan baunya. Busuk semacam je. Bau macam ubat gegat pun ada. Heeee......heee....
Alih-alih setelah siap resepi tu dan bila masa berbuka, cik Abang cakap rasa dia tak sama macam nenek dia masak. HAH??? Pas tu dia cakap gulai yang nenek dia masak taklah kuning sangat macam ni. Aikk... aku terlebih letak kunyit hidup ke? Dah kata gulai kuning, mestilah masak lemak cili padi kan. Iskh!.... musykil aku. Walau macam mana pun, dia habiskan jugak le ikan tu. Sebabnya aku sendiri rasa tak berapa lalu nak telan disebabkan bau daun kaduk tulah...
Hari ni, aku telefon makcik suami aku tanyakan betul ke gulai kuning cara yang aku masak hari sabtu tu. Guest What? Ha....ha.....ha...... rupanya gulai kuning yang dimaksudkan cik abang aku tu memang bukan masak lemak cili padi punnnn. Resepi yang makciknya bagi 100% tak sama dengan masak lemak cili padi.
Huk Alah...... dan berbelas tahun kawin dengan orang ganu ni tak pass masak lagi aku rupanya. Nak buat camna, lain negeri lain pula cara masakannya kan. Bahan-bahan untuk 'gulai kuning' ala t'ganu ni seperti berikut:-
Ketumbar 1 sudu kecil (ditumbuk halus)
kunyit hidup ]
lengkuas ] dlm 1/2 inci
halia ]
bawang putih - 1 ulas je
bawang merah - 2 atau 3 ulas
cili kering - 3, 4 biji ****** Kesemua bahan ditumbuk
asam keping
santan
Cara masak? lebih kurang sama gak le macam masak lemak biasa tu...
nampak gayanya disatu hari lain yang indah pula kita masak gulai kuning ni ye cik abang.....

Nasi Kerabu Version Mak aku...

Aku baru je terima call daripada Che Abu yang sengaja menelefon dan memberitahu yang mak aku kat kampung tengah prepare untuk buat Nasi Kerabu untuk juadah berbuka nanti. Lepas tu Che Abu meracun fikiran aku supaya balik kg. Macam mana nak balik? hari ni kerja. Pulak tu bukannya dekat. Sabor ajelah hai... Terus teringat Nasi Kerabu mak yang penuh dengan ulam-ulaman dan dimakan bersama dengan ikan masin tenggiri jeruk. Sedappppppnyaa.... Waaaa........
rasa macam nak makan jugak. Tak boleh jadi ni, nampak gayanya aku kena balik kampung gak masa cuti merdeka nanti dan pujuk mak buat nasi kerabu khas untuk aku. He..he...

Buat nasi kerabu ni senang je. Yang leceh tu nak cari daun ulamnya aje. Biasanya mak akan guna daun mengkudu, daun kaduk, daun lemundi, serai, daun pegaga dan berbagai jenis daun lagi yang dimayang halus. Ikan masin tu digoreng kemudian hancurkan isinya. Bila nak makan gaulkan nasi yang masih panas berasap tu dengan segala ulaman yang telah dihiris dan juga isi ikan masin yang dihancurkan. Tak perlu tambah garam sebab ikan masin tu dah masin. Biasanya kitaorang akan makan nasi ulam ni dengan sambal belacan. Sedap wooo..... cubalah buat. Tapi, kat KL ni mana nak cari ulam kampung macam tu? Payah le kan. Kat kampung je senang nak dapat daun ulam.
Nasi Kerabu Perak ni memang tak sama dengan Nasi Kerabu Trengganu yang warna biru tu. Sebab tu masa mula-mula kawin dulu, tekak aku tak boleh nak terima nasi kerabu yang warna biru tu. He..he... sekarang kira okeylah.....tapi tak setanding dengan nasi kerabu yang mak aku buat.
Tengah dok fikir nak masak apa pula untuk buka puasa petang nanti. Semalam sebagai juadah pemanis aku masak bubur bali je campur dengan sagu. Menu untuk hari ni tak tau lagi. Silap haribulan aku main tunjuk-tunjuk kat bazar ramadhan jelah. Senang cerita.

Resepi Kek Kukus Prune

Salam pagi semua.... pagi ni aku rasa ceria sikit sebab selalunya time-time macam ni aku dah mula rasa pening-pening. Setakat ni ok pulak, belum lagi rasa pening. Seronoknya. Sebagaimana yang dah dijanji tempohari, kat bawah ni ada resepi Kek Kukus Prune yang sedap tu.
Tapi kan, aku sendiri pun belum cuba lagi resepi ni cuma dah merasa makan je. Buat masa ni aku belum berselera lagi nak buat kek sendiri. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai.



250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
½ cawan gula putih
½ cawan gula perang
¼ tin susu pekat manis
20 biji prune (dikisar dengan sedikit air)
5 biji prune dihiris kasar
5 biji telur



Cara-caranya:-


Didihkan air dalam pengukus
Putarkan butter, gula & susu hingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Masukkan prune yang telah dikisar
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Akhir sekali masukkan prune yang dihiris
Dan kacau adunan dengan senduk pun dah ok
Pas tu apa lagi… gris kan loyang dengan butter dan kukus selama 1 ½ jam


[Pesanan daripada teman aku tu, kalau nak lagi sedap guna prune jenama sun sweet]


Selamat mencuba.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...