Syawal ke 11 baru sempat nak conteng diary maya.
SELAMAT
HARI RAYA Teman ucapkan kepada
semua. Akhir-akhir ini, selalu tak punya waktu lapang yang panjang untuk
berlama-lama di ruang maya. Kadang perasaan ingin menulis itu ada, namun
selalunya terhalang oleh sebab-sebab tertentu pula.
Kebetulan hari ini ada ruang masa
sedikit untuk menconteng diary maya. Terasa ingin memohon maaf jika ada yang
lambat bertanya khabar berita. Tak sempat nak mengirim ucapan raya pada setiap rakan taulan dan sahabat semua. Maklum
sahaja, kita semua sudah ada tanggungjawab masing-masing. Laman mukabuku juga
tak sempat nak jenguk setiap hari. Buka twitter pun hanya sebab nak baca berita
terkini dan pandangan anak muda tentang isu-isu semasa. Terasa ada beza bila
baca fb dan twitter ni. Tik Tok? Ooo…buat masa ini belum berhasrat untuk
terjebak dalam medsos itu. Tak kuasa la haii nak melayan segala video dalam
apps tersebut.
Media Sosial ini kalau banyak
sangat pun jadi pening. Dah tua-tua ni, nak relax dan tenang-tenang sahaja.
Kadang malas fikir bab-bab yang tiada kepentingan untuk diri sendiri ni. Banyak
lagi perkara lain yang lebih penting yang perlu diambil kira dan ambil peduli.
Bila otak agak tepu dan badan penat, lebih suka streaming drama Korea/Cina
secara online. Ehh…kadang sempat baca webtoon jugak. Nampak comel dan kreatif
jer setiap lukisan dalam webtoon tu. Malas nak bergaduh dengan orang, kita baca
webtoon diam-diam. Haha
Tahun ni beraya di Perak. Mak nak
makan Ketupat Palas dan juga lemang. Berjaya la tunaikan permintaan dia. Pokok
buluh yang mak tanam sendiri dulu dah banyak, memang senang la nak bakar Lemang
tu. Daun Ketupat Palas beli jer di pasar Kuala Kangsar. Tak banyak pilihan,
beli sahaja mana yang ada.
Ruas buluh kecik dapatlah la 14
batang untuk 3 kg beras pulut dan santan untuk lemang, mak guna 1 ¾ kilo
santannya. Tak perlu habiskan 2kilo santan tu. Tanya bab garam? Katanya agak2
ler, jangan masin sangat. Aduh…jenuh nak dapat resepi lemang dari mak ni.
Mak pulak tak pernah buat Ketupat
Palas sebab selalunya di negeri Perak ini kan, biasa orang buat ketupat dengan
daun Kelapa yang dianyam dengan cantik tu. Teman memang tak reti weh bab-bab
anyam kelonsong ketupat dari daun Kelapa ni. Jadinya kira okey jer untuk tunaikan
permintaan mak, masak dan bungkus Ketupat Palas sendiri.
Kalau beraya di Trengganu, hampir
setiap rumah yang kami pergi wajib ada Ketupat Palas dan Tapai Pulut dibungkus
dengan Daun Getah. Kemanisan Tapai Pulut bergantung kepada jenis Ragi. Kalau
ragi jenis baru dan elok, menjadi la tapainya. Raya di Perak jer, tak dapat ler
makan tapai. Kut kalau esok lusa atau hari kemudian datang mood rajin, mungkin
la kukus pulut dan buat tapai tu. Tengoklah dulu macam mana.
Ini resepi Ketupat Palas yang kena
dengan selera anak tekak kami sekeluarga. Manalah tahu, kut nanti lupa resepinya
boleh jugak semak semula dalam diary ni.
1 kg beras pulut – basuh dan
rendam dulu dalam 3-4 jam
½ kg Santan Pekat – Kalau dekat
kedai dapat jenis santan yang cair, lebih baik lebihkan sedikit santan
1 ½ sudu besar garam kasar (tak
ada garam kasar, guna garam biasa pun boleh)
2 sudu besar gula putih (jangan
nak memandai tukar gula perang pulak. Nanti jadi buruk warna ketupat tu)
1 cawan air
Nota: Santan, garam, gula masak
sekejap atas dapur dengan 1 cawan air sehingga gula dan garam larut. Tak perlu
sampai mendidih pun.
Cara masak? Pulut yang dah
direndam tu kena kukus la dulu. Kemudian arong dengan santan yang dah bercampur
dengan garam dan gula tu. Kemudian kukus semula. Lepas tu arong balik dengan
lebihan santan tadi. Tunggu sejuk sedikit dan boleh la bungkus dah.
Selesai bungkus, boleh jer terus
frozenkan kalau nak simpan. Kalau nak makan, kukus sekali lagi dan bila ketupat
dan sejuk, boleh goreng dengan minyak yang sedikit untuk dapatkan rasa garing
pada permukaan luar ketupat palas tu.
Hmm…ada orang komplen sebab
bungkus ketupat ada yang tak sama dengan stail Ganu. Wehh…bungkus pun sekali
sekala. Janji bungkus dahlah. Masuk perut kenyang gak nanti kalau makan cicah
rendang tu. Bukan nak bungkus ketupat masuk pertandingan pun.
Simpan sini gambar Lemang sedang
dibakar dan juga Ketupat Palas siap bungkus untuk kenang-kenangan.
No comments:
Post a Comment