Friday, August 28, 2009

MCA - Bila ada antara ahlinya tak puas hati dengan Presiden parti, mereka sanggup cadangkan untuk diadakan EGM untuk tindakan susulan.



UMNO - Ada ke ahlinya yang berani nak bersuara & berprotes bila tak puas hati dengan Presiden depa? Kalu bersuara pun setakat sok-sek belakang pintu ajelah....... depan, siap salam cium tangan tu.....
Wartawan pun kalau dapat tahu ada ahli UMNO yang tak puas hati dengan prestasi Presiden, tak akan tulis dalam akhbar depa. Silap haribulan diri sendiri yang terkena tempiasnya.

Wednesday, August 26, 2009

Kenangan Family Day di Pulai Spring

Pada 14, 15 & 16/08/2009 yang lalu company tempat aku cari makan ni anjurkan family day di Pulai Spring, Johor. Tempat tu memang cantik dengan landskap padang golf yang menjadikan pemandangannya sungguh menarik. Kita orang ditempatkan di Cinta Ayu All Suites Hotel. Rasanya kesemua bilik kat situ kali ni dipenuhi oleh staff & keluarga memasing.




Makan malam pada 14hb tu kira okeylah.... cuma yang tak syoknya ketam, udang & sotong yang dihidang semua tak segar. Tak lalu nak makan. Takut sakit perut. Menu lain boleh tahan. Alya suka sangat makan daging kambing bakar dengan sos lada hitam. Ammar pula sampai dua kali makan cendol + ais krim. Aqillah sukakan sup cendawannya sampai 2,3 kali dok mengulang. Oleh kerana penat aku tak tunggu lama kat tempat makan tu terus naik ke bilik.




Pagi 15hb ada acara games untuk anak-anak & juga orang dewasa. Huhu....sedihnya kali ni aku tak boleh join. Jadi pemerhati bebas jelah.... pagi tu hujan walaupun tak lebat mana. Seronok tengok kawan-kawan enjoy masa ni.






Bersempena dengan 1 Malaysia, tshirt kitaorang & kanak-kanak pun ada huruf satu gak. He..he.. nak menunjukkan yang kitaorang semua 1 bumbung, 1 kumpulan. Agaknyalah....... tapi yang paling best tu sebab warna dia "HIJAU & PUTIH" macam sama je dengan warna satu bendera tu kan..kan..kan...





Yang ni gambar anak Finie. Aku suka tengok dia. Besar nanti mesti hensem budak ni. Habislah ko finn, mesti ramai anak dara yang cuba mengurat dia bila besar nanti. Ahaks!...





Petang tu selepas makan tengahari kami dijamukan dengan pesta buah-buahan tempatan. Syoknya makan buah free. Tapi banyak mana yang boleh di isi ke dalam perut walaupun 2 lori buah didatangkan khas untuk kami.




Paling kelakar bila ada buah durian yang tak masak. Jenuh nak membukanya. Bila diperhatikan, la...tangkai buah macam kena potong je. Sah-sah ni durian untuk diperam, bukan jatuh sendiri dari pokok. Durian & manggis tak dibenarkan bawa ke bilik oleh pengurusan hotel. So, makan aje puas-puas kat situ.



Dinner malam tu kami dihiburkan dengan Salleh Yaacob. Cuma yang membosankan tu sebelum Salleh Yaacob ambil alih pentas, ada penari-penari yang berpakaian 'tak semengah' dok menari atas pentas. Seksinya..... yang ni ramai yang komplen pada committee tak puas hati. Begitu juga halnya dengan Elly Mazlien. Ramai yang tak berapa berkenan dengan cara persembahan dia tu.


Secara keseluruhan, makanan untuk family retreat kali ini biasa-biasa je. Ingatkan ada le laksa johor ataupun nasi briyani gam ke. Hmmm.... sepatutnya letaklah menu tradisi Johor, baru lah bermakna pergi ke Johor. Macam mana pun, aku tetap menghargai committee yang berpenat lelah bekerja untuk menjayakan program ini. Kalu ada sesiapa yang tak berpuas hati, tahun depan korang pulak jadi commitee members. Nak??

Tuesday, August 25, 2009

Nasi Kerabu Version Mak aku...

Aku baru je terima call daripada Che Abu yang sengaja menelefon dan memberitahu yang mak aku kat kampung tengah prepare untuk buat Nasi Kerabu untuk juadah berbuka nanti. Lepas tu Che Abu meracun fikiran aku supaya balik kg. Macam mana nak balik? hari ni kerja. Pulak tu bukannya dekat. Sabor ajelah hai... Terus teringat Nasi Kerabu mak yang penuh dengan ulam-ulaman dan dimakan bersama dengan ikan masin tenggiri jeruk. Sedappppppnyaa.... Waaaa........
rasa macam nak makan jugak. Tak boleh jadi ni, nampak gayanya aku kena balik kampung gak masa cuti merdeka nanti dan pujuk mak buat nasi kerabu khas untuk aku. He..he...

Buat nasi kerabu ni senang je. Yang leceh tu nak cari daun ulamnya aje. Biasanya mak akan guna daun mengkudu, daun kaduk, daun lemundi, serai, daun pegaga dan berbagai jenis daun lagi yang dimayang halus. Ikan masin tu digoreng kemudian hancurkan isinya. Bila nak makan gaulkan nasi yang masih panas berasap tu dengan segala ulaman yang telah dihiris dan juga isi ikan masin yang dihancurkan. Tak perlu tambah garam sebab ikan masin tu dah masin. Biasanya kitaorang akan makan nasi ulam ni dengan sambal belacan. Sedap wooo..... cubalah buat. Tapi, kat KL ni mana nak cari ulam kampung macam tu? Payah le kan. Kat kampung je senang nak dapat daun ulam.
Nasi Kerabu Perak ni memang tak sama dengan Nasi Kerabu Trengganu yang warna biru tu. Sebab tu masa mula-mula kawin dulu, tekak aku tak boleh nak terima nasi kerabu yang warna biru tu. He..he... sekarang kira okeylah.....tapi tak setanding dengan nasi kerabu yang mak aku buat.
Tengah dok fikir nak masak apa pula untuk buka puasa petang nanti. Semalam sebagai juadah pemanis aku masak bubur bali je campur dengan sagu. Menu untuk hari ni tak tau lagi. Silap haribulan aku main tunjuk-tunjuk kat bazar ramadhan jelah. Senang cerita.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
Masa kecik-kecik dulu selalu dengar satu lagu nasyid berkaitan dengan Ramadhan. Tapi tak ingatlah pulak apa nama kumpulan nasyid tu. Antara bait-bait lagu nasyid tu macam ni....
'Ramadhan bulan yang suci
limpah kurnia padamu Ilahi
banyakkan amal dibulan ini
(alamak....tak ingat pulok dah...) he..he...
Rindu nak dengar lagu nasyid dulu-dulu.

Wednesday, August 19, 2009

N11 - Yang mana satu calon pilihan hati?

Minggu depan dah nak puasa. You all rasa kempen kali ni suam-suam kuku atau hangat mengelegak? Perh!.... entah-entah ramai juga yang tak berapa nak peduli siapa calon PAS dan siapa calon BN. Dan lepas ni ramai yang mula sakit gastrik selain dapat H1N1. Harap-harap semasa berkempen kali ini lebih 'sayangkan mulut' maklum bulan puasa. Tutur kata kena jaga karang pahala lari siapa pulak nak tolong kejar. He..he...he...
Terbaca kenyataan Muhyiddin yang berkata bagi pihak BN "inilah calon terbaik mereka" (???)
Iskh! aku peliklah........bagaimana seseorang yang telah disahkan oleh Majlis Peguam mempunyai kesalahan yang berkaitan dengan 'akaun pelanggan' boleh terpilih sebagai calon untuk menjadi wakil rakyat. Amanahkah dia nanti dengan duit rakyat pula?
Mungkin agaknya ramai orang UMNO dan BN sendiri berfikiran positif yang calon mereka telah berubah sikap. Ya.....memang betul, manusia boleh berubah. Mungkin dulu-dulu je dia gelap mata dengan 'client account' ni. Sekarang tidak lagi.
Apa pun, kepada para penyokong PAS dan juga BN selamat berkempen untuk calon pilihan hati korang.

Tuesday, August 04, 2009

Soalan Alya yang membuatkan aku terkedu...

Alya bertanyakan satu soalan yang membuatkan aku terkedu sekejap. Dengan reaksi dia yang geleng-geleng kepala dan dengan muka yang nampak macam pelik sangat....

"Mama, kenapa Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah yang umur dia baru 9 tahun? Darjah 3 tu? Mak dengan Abah dia tak marah ke?"


Alahai...., tak ku sangka-sangka keluar pertanyaan yang sebegitu daripada Alya.


"Alya, walaupun Aisyah berkahwin ketika baru berumur 9 tahun, tetapi dia tak tinggal sekali dengan Rasulullah SAW. Sehingga tempoh tertentu barulah mereka tinggal bersama. Lagipun bapa Aisyah itu kan salah seorang sahabat Rasulullah SAW sendiri".


"Habis tu Abah dia tak marah dia kawin? Dia tak payah pergi sekolah ke?" Alya bertanya lagi dengan muka yang nampak macam blur je.


Alahai........ susah juga nak diterangkan pada budak kecik ni. Macam-macam soalan yang keluar dari mulutnya. Risau juga aku kalau-kalau salah bagi penerangan nanti. Tapi Alya nampaknya macam tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku berikan. Baginya orang dewasa je yang perlu kawin. Budak-budak kena pergi sekolah. Emmm..... akhirnya aku minta Alya berjumpa dengan ustazah kat sekolah agama dia kalau dia tak puas hati dengan jawapan yang ku berikan.
Malam semalam dia tidak lagi bertanya tentang perkara ini. Mungkin ustazahnya dan terangkan dengan panjang lebar kut.....tak pulak aku tanya sama ada dia dah jumpa ustazah ke belum. Bayangkan naluri kanak-kanak yang ingin tahu serba-serbi dan kita sebagai orang yang lebih dewasa jika salah memberi penerangan kepada mereka, apa yang akan terjadi??