Sajak PKP



Sajak ini ku nukilkan dalam mukabuku pada 12 April yang lalu. Hari ini terasa ingin berkongsi dilaman diary. Laman ini kan tempat meluah rasa, bermain dengan kata. Jadi eloklah salin disini untuk kenangan kemudian hari.
😃

PKP bersambung lagi meresahkan sanubari
Seluruh negara diminta bersatu hati
Duduk dirumah lakukan aktiviti
Dan kenalah pandai mengurus emosi

PKP ada isteri terpaksa berjauhan dengan suami
PKP ada ibu ayah yang terpisah dengan anak
PKP ada keluarga hilang sumber rezeki

Rakyat yang dulu aman
Sudah mula gelisah
mereka yang bertugas dibarisan hadapan
juga merasa lelah

Semoga kita terus tabah dalam peperangan ini
Dari Singgahsana hingga rakyat jelata
Tak kira miskin atau kaya
Misi kita hanya satu
Kita mesti menang
Melawan Covid19
Yang kumannya tak terpandang
Tapi menyerang kita dalam diam

Kita mesti Menang!!


PKP dan malam Nisfu Sya'ban

Hari ini Rabu 8 April 2020 masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Dan malam ini merupakan malam Nisfu Sya'ban. Kalau di tahun-tahun sebelum ini, pastinya ketika selepas solat Magrib akan kedengaran alunan ayat-ayat suci dari kalam Allah berkumandang di setiap Masjid dan Surau. Namun hari ini PKP sedang berjalan. Pihak Masjid dan juga Surau telah maklum mengenai tiadanya solat secara berjemaah. Sesuatu yang janggal bukan. Disebabkan PKP jadual harian manusia dimuka bumi telah berubah. Semuanya kerana serangan penyakit berjangkit Covid19 yang melanda negara juga dunia.

Bila Allah swt menarik rahmatNya daripada kita apakah kita masih lagi leka? Ambillah peluang untuk berdoa di malam ini, malam yang dikatakan antara malam mustajab doa. Semoga doa-doa kita dimakbulkan oleh yang maha Esa.

Semoga buku baru lebih banyak tercatit pahala bukan menambah dosa. Semoga kita muslimin dan muslimat terus terpelihara keimanan ketika di zaman fitnah bermaharajalela.


Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...