Hari ini Rabu 8 April 2020 masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Dan malam ini merupakan malam Nisfu Sya'ban. Kalau di tahun-tahun sebelum ini, pastinya ketika selepas solat Magrib akan kedengaran alunan ayat-ayat suci dari kalam Allah berkumandang di setiap Masjid dan Surau. Namun hari ini PKP sedang berjalan. Pihak Masjid dan juga Surau telah maklum mengenai tiadanya solat secara berjemaah. Sesuatu yang janggal bukan. Disebabkan PKP jadual harian manusia dimuka bumi telah berubah. Semuanya kerana serangan penyakit berjangkit Covid19 yang melanda negara juga dunia.
Bila Allah swt menarik rahmatNya daripada kita apakah kita masih lagi leka? Ambillah peluang untuk berdoa di malam ini, malam yang dikatakan antara malam mustajab doa. Semoga doa-doa kita dimakbulkan oleh yang maha Esa.
Semoga buku baru lebih banyak tercatit pahala bukan menambah dosa. Semoga kita muslimin dan muslimat terus terpelihara keimanan ketika di zaman fitnah bermaharajalela.
No comments:
Post a Comment