Tuesday, August 04, 2009

Soalan Alya yang membuatkan aku terkedu...

Alya bertanyakan satu soalan yang membuatkan aku terkedu sekejap. Dengan reaksi dia yang geleng-geleng kepala dan dengan muka yang nampak macam pelik sangat....

"Mama, kenapa Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah yang umur dia baru 9 tahun? Darjah 3 tu? Mak dengan Abah dia tak marah ke?"


Alahai...., tak ku sangka-sangka keluar pertanyaan yang sebegitu daripada Alya.


"Alya, walaupun Aisyah berkahwin ketika baru berumur 9 tahun, tetapi dia tak tinggal sekali dengan Rasulullah SAW. Sehingga tempoh tertentu barulah mereka tinggal bersama. Lagipun bapa Aisyah itu kan salah seorang sahabat Rasulullah SAW sendiri".


"Habis tu Abah dia tak marah dia kawin? Dia tak payah pergi sekolah ke?" Alya bertanya lagi dengan muka yang nampak macam blur je.


Alahai........ susah juga nak diterangkan pada budak kecik ni. Macam-macam soalan yang keluar dari mulutnya. Risau juga aku kalau-kalau salah bagi penerangan nanti. Tapi Alya nampaknya macam tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku berikan. Baginya orang dewasa je yang perlu kawin. Budak-budak kena pergi sekolah. Emmm..... akhirnya aku minta Alya berjumpa dengan ustazah kat sekolah agama dia kalau dia tak puas hati dengan jawapan yang ku berikan.
Malam semalam dia tidak lagi bertanya tentang perkara ini. Mungkin ustazahnya dan terangkan dengan panjang lebar kut.....tak pulak aku tanya sama ada dia dah jumpa ustazah ke belum. Bayangkan naluri kanak-kanak yang ingin tahu serba-serbi dan kita sebagai orang yang lebih dewasa jika salah memberi penerangan kepada mereka, apa yang akan terjadi??

10 comments:

Nafiri said...

Betul ke umur Aisyah r.a ketika kawin 9 tahun?

WS Zuriati said...

Itulah kanak-kanak, dia sangat telus. Bayangkan nanti kalau dia tanya di mana Allah berada? lagi susah jawapannya...

kak ja said...

Suatu masa dulu, Abang pernah bertanya pd kja, "kan dlm Islam kena bersederhana? Dpt 'C' tu kan dikira sederhana? Jd eloklah kalau dpt C drp A, kan Umi?"

Soalan yg nampak mudah tp kalau silap cara kita menjwb, boleh menghasilkan mindset yg tak betul dlm diri anak tu..

Hartini Omar said...

oh kak, betapa bijaknya alya itu.. sungguh!

Nafiri said...

Terdapat perbahasan yang panjang berhubung dengan umur ketia Siti Aisyah r.a berkahwin dengan Nabi SAW.
Puan boleh merujuk tentang perbahasan tersebut dari sumber-sumber internet mahupun buku-buku.

Disamping menjawab dengan bijak akan soalan anak-anak, semoga puan mendapat pendedahan baru tentang perkara yg ditanya oleh Alya.

Permata SoffHas said...

Kalau orang yang kena pon mesti tak tau nak jawab macam mana..

nyOng.is.me said...

Kalau saya pun tak tahu nak jawab ape..
nasib baik lom kahwin lagi...hehe...

Aishah Jamal said...

Nafiri,
Ada yang berkata Aisyah r.a berkahwin ketika umur 9 thn. Ada juga yang berkata ketika beliau berumur 16 thn. Tetapi, ramai ustaz & ustazah yang sependapat yang beliau di nikahkan ketika berumur 9 tahun. Dan hanya bersama dengan Rasullullah saw setelah akhil baligh.

Cuma proses untuk menerangkan dengan Alya dengan panjang lebar jadi payah sebab kebanyakan soalan yang keluar hanya berpandu pada logik akalnya sahaja.


ZU,
Masa Alya tadika dulu dia pernah tanya mengenai Allah swt. Dia cakap tak nampak pun Allah swt.
Huh!... masa tu terkebil-kebil juga nak mencari jawapan. Akhirnya akak bagi contoh 'angin'. Kita tak nampak rupa angin, tapi tahu ada angin bila ada nampak daun pokok bergoyang dan juga dapat rasa sejuk angin. Lepas tu dia tak tanya dah. Hai..... anak buah awak tu dari kecil suka sangat menanya soalan cepumas.


Kak Ja,

Betul tu kak. Kadang-kadang soalan anak-anak nampak mudah tapi payah nak dijawap. Tak diberi jawapan langsung, masalah jugak nanti.

Tini,
He..he... anak akak tu bijak bagi soalan yang buatkan mama dia pening nak jawap je.

Permata,
Masa kita kecik-kecik dulu, kita tak terfikir pun nak tanya soalan yang macam tu kan? Kita cuma dengar je apa yang diajar.


nyOng,
He..he..walaupun belum berkahwin, esok lusa kalau ada anak buah yang bertanya soalan yang sama, nak jawap macam mana?

is@r said...

Hi there, salam perkenalan.
Kenkdg ada soklan anak yg terlalu rumit utk dijwb. Ermm... kena byk minum pati ayam BRANDS lagi ni..

Cheers...
is

Aishah Jamal said...

Salam perkenalan untuk Is@r juga.
terimakasih kerana sudi singgah.
Emmm....memang soalan anak-anak ada ketikanya diluar jangkaan kita. Macam ada sorang anak kawan saya bertanya kan soalan pada ibunya 'antara superman, batman, & power rangers dan juga Allah swt siapa lebih kuat?'
Huh! kan ke bunyinya macam kelakar je soalan tu tapi bab-bab pemantapan akidah kenalah dijaga semasa dorang kecil lagi...