Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membataskan diri. Bertanya khabar teman-teman lama pun hanya sesekali. Semoga tiada antara mereka yang berkecil hati.
Curi waktu yang terluang ini
untuk menulis pada diary. Mungkin apa yang pernah ku tulis akan menjadi penawar
hati suatu ketika nanti. Mana tahu mungkin di lain waktu bila membaca kembali
tulisan sendiri boleh menjadi ubat kepada perasaan dukalara.
Sebenarnya ketika aku masih lagi
terbayang-bayang akan adengan dalam filem MALBATT Misi Bakara yang membuat aku
menangis dalam panggung wayang tempohari serta memikir akan kesan perang pada
manusia, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan berita dari G@za.
Ya Allah..Ya Rabbi, hibanya hati
melihat rumah kediaman dibom, kanak-kanak dan bayi dibunuh tanpa ada rasa belas
kasihan. Hospital juga dibom. Membaca
bantuan kemanusiaan disekat dan segalanya tentang G@za, tipulah jika aku
tidak menangis lagi. Betapa kejamnya mereka. Kini hampir setiap hari aku
melihat laman yang dulunya burung biru untuk mengetahui status terkini. Ada
juga perasaan geram dan sakit hati kepada pihak penzalim itu. Tapi tidak mampu
untuk berbuat apa-apa selain aku hadiahkan selori kata makian sahaja. Hari ini
telah lebih dari 10 ribu rakyat G@za yang telah kembali ke negeri abadi setelah
dijemput oleh Allah, Ya Rahim, Ya Adzim.
Hanya mereka yang buta mata hati
yang tidak melihat satu jenayah kezaliman telah berlaku kepada rakyat Gaza.
Sifat kemanusiaan telah hilang !! Kepada umat islam yang tidak mengambil peduli
tentang isu ini, apakah yang akan kalian jawap dihadapan Allah swt di akhirat
nanti??
Kita yang masih duduk dan tinggal
dalam Malaysia ini patut bersyukur dengan isu keselamatan dan kesejahteraan
negara. Selalunya yang nak bergaduh siang malam dalam media sosial pun hanyalah
penyokong ahli politik sahaja. Semua isu dalam negara ini nak dikaitkan dengan
politik. Kadang tu naik menyampah pulak bila membacanya. Semua orang politik
ini gila kuasa dan semua la perasan macam parti dorang la yang paling baik
untuk memerintah. Haisshhh…penyokong tegar tak tahu agaknya yang ketua-ketua
mereka hanya bergaduh perang mulut dalam dewan rakyat dan parlimen jer.
Sedangkan mereka ini kalau berjumpa tidaklah sampai bertumbuk. Masih lagi boleh
duduk semeja sambal minum kopi.
Apa khabar agaknya teman lama?
Semoga kalian baik-baik sahaja. Aku telah menutup ruang komen dalam blog atas
faktor tertentu. Laman mukabuku juga hanya jenguk sekali sekala. Bukan membisu,
tapi kadangkala diam itu adalah lebih baik. Bila dah tua tua ni kita nak hidup
tenang-tenang jer kan. Cuba elakkan masalah yang boleh mendera hati sendiri. Apapun,
jika berkesempatan, aku pastinya akan menitip doa buat kalian. Semoga kalian
sentiasa menjaga kesihatan diri, jaga hati dan juga sentiasa menjaga kesihatan
mental.
Alhamdulillah, sehingga kini aku
masih lagi dapat bekerja dari rumah pada hari-hari tertentu dan hanya masuk ke
ibu pejabat jika perlu. Rasanya kini lebih mudah dan pratikal serta menjimatkan
kos bila majikan benarkan pekerja bekerja dari rumah sahaja. Tapi ianya tidak sesuai kepada pekerja di bahagian operasi yang memerlukan mereka sentiasa berada dilapangan. Jika kalian sedang
membaca diary maya ini, jom baca zikir
asmaul husna pulak selepas ini ya dan jangan lupa berdoa. Doa ialah senjata
umat islam untuk segala macam perkara. Makbul atau tidak, itu urusan Allah yang
maha Esa. Selain usaha, doa dan tawakal pada Illahi. Jika seandainya kita
merasakan doa-doa kita tidak tertunai pada hari ini, sebenarnya mungkin Allah
swt akan memberi yang lebih baik pada kita pada waktu yang sesuai dimasa
hadapan. Sentiasa lah berbuat baik pada manusia dan juga kepada mahluk Allah
swt namun kena sentiasa berpada-pada dan jangan lah sesekali berbuat jahat, khianat serta zalim pada orang lain.
No comments:
Post a Comment