Tuesday, May 27, 2008

Puding Cendol

Sekarang ni aku dah tahu kenapa Puding Cendol yang aku buat tak menjadi. Hmm, bahan asasnya yang salah. He...he..he... (rupanya untuk puding cendol ni tak guna agar-agar kering tapi guna agar-agar serbuk!. Patut le pun...)

Resepi yang dibawah ini diberi oleh sahabatku, Azlina yang sanggup pergi belajar teknik memasak dan dan dapatkan resepi yang betul. Aku sendiri tak berkesempatan untuk mencubanya lagi. Tapi, pagi ni bila tengok si Michele dah berjaya buat, rasa teruja le jugak.... eh! tak sabar pulak nak masak puding ni nanti bila cuti.

Resepi Puding Cendol
Bahan-Bahan :-
Bhg Bawah -
a) 175 gm atau 2/3 cawan gula halus
1 1/2 tbsp. agar-agar powder ( 1 packet)
400 ml air
1/2 tsp. garam
b) 300 ml santan pekat
c) 500 gm cendol

Bhg Kepala (atas)
d) 200 gm gula merah
50 gm gula halus (optional)
1 1/2 tbsp. Agar-agar powder (1 packet)
500 ml air
1/2 tsp. garam
e) 300 ml santan pekat

Cara-cara nak memasak pulak ye...
1. Ambil loyang size (10x10x1)
2. Masak kesemua bahan-bahan (a) sehingga mendidih. Masukkan bahan (b)
Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan cendol.
5. Kacau rata & tuang ke dalam loyang.
6. Bila bahan bawah ni dah hampir keras, masak pulak bahan (d) sehingga
mendidih. Masukkan bahan (e)
7. Tapis, kacau dan tuang ke atas bahan tadi.
8. Biarkan sejuk sehingga boleh dipotong.

Eh! kat rumah tak adalah pulak loyang saiz 10x10 tu... guna loyang biasa pun boleh kut...

2 comments:

Hartini Omar said...

selamat berjaya untuk kak, jgn catit resepi je tapi buatnya tidak! =P (pesan utk dr sndiri skali.. hehe)

aishah jamal said...

he..he... insyaAllah satu hari nanti akak buat puding ni.